
Berita & Pengumuman
Majlis Mawlid (Rasulullah Dicintai Sunnah Dihayati)
Ayam berbulu disalut tepung

BUKIT MERTAJAM – “Saya tidak akan makan lagi di restoran itu,” luah seorang pelanggan selepas insiden terjumpa bulu ayam pada hidangan makanan yang dibeli dari sebuah restoran terkenal, di sini.
Ismail Halim, 45, berkata, dia membawa isteri dan tiga anaknya ke restoran berkenaan, kira-kira jam 12 malam Jumaat lalu dan memesan beberapa jenis hidangan, termasuk hidangan ayam itu.
Menurutnya, kerana kekenyangan, dia membungkus hidangan ayam itu untuk dibawa pulang ke rumah, namun, pada mulanya tidak mengesyaki apa-apa kerana ayam itu disalut dengan tepung.
“Keesokan harinya (Sabtu) kira-kira jam 12 tengah hari, isteri saya, Rosmawati Mustafa, 45, mengeluarkan hidangan ayam itu untuk dimakan.
“Bagaimanapun, ketika mengoyak lapisan tepung, dia terkejut apabila mendapati bulu ayam sepanjang kira-kira setengah inci masih melekat pada ayam itu, lalu menunjukkannya kepada saya,” katanya kepada Sinar Harian.
Ismail berkata, dia bertindak menghubungi restoran berkenaan melalui nombor talian mudah alih yang tertera pada kotak bungkusan bagi memaklumkan mengenai penemuan itu, namun, kecewa apabila kakitangannya mengambil sikap endah tak endah dengan meminta dia membawa ayam itu kembali ke restoran untuk ditukar dengan ayam baru.
Tidak berpuas hati dengan respons yang diberikan, dia kemudiannya menghubungi nombor pejabat pula setengah jam kemudian, dan sekali lagi, dia kecewa apabila mendakwa kakitangan itu tidak tahu apa yang perlu dilakukan.
Ismail berkata, dia kesal dengan pengurusan restoran yang seolah-olah bersikap lepas tangan dengan apa yang terjadi.
Menurutnya, bukan soal wang yang difikirkannya kerana harga hidangan itu hanyalah sekitar RM14 sahaja, namun, apa yang ingin dituntut adalah permohonan maaf dari pihak restoran kepada keluarganya.
“Sebagai sebuah restoran terkenal dan dikunjungi ramai pelanggan, sepatutnya mereka menjaga kualiti makanan yang dihidangkan, “ katanya.
Menurutnya, insiden itu menyebabkan isteri dan anak-anaknya yang memakan hidangan sama pada malam berkenaan menjadi loya dan trauma dek kerana teringat akan bulu ayam itu.
Malah, kesannya masih terasa hingga ke hari ini dan mereka dilihat seperti sudah serik untuk memakan hidangan ayam.
“Hingga hari ini pihak restoran tidak menghubungi saya untuk meminta maaf. Saya bukannya ingin menuntut ganti rugi, sekurang-kurangnya mereka hubungi saya dan minta maaf pada isteri dan anak-anak,” katanya yang sudah dua kali mengunjungi restoran berkenaan sebelum kejadian.
Ismail berharap apa yang terjadi ke atas keluarganya dijadikan pengajaran, dan menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika menikmati hidangan di mana-mana restoran sekali pun.
Dia juga berharap pihak restoran menjaga kualiti makanan yang dihidangkan kepada pelanggan kerana ia mampu memberi kesan kepada tahap kesihatan.
Sumber: Sinar Harian Online
Terpaksa Guna Air Tercemar

BALING - Lebih 2,000 penduduk di Mukim Siong kecewa berikutan terpaksa berdepan dengan bekalan air yang kotor dan tercemar sejak beberapa bulan lalu sehingga menjejaskan kesihatan mereka.
Bekalan air masyarakat (air bukit) dalam keadaan kotor dan berkelodak terutama ketika waktu hujan sehingga menimbulkan perasaan kurang senang penduduk sekitar yang hanya bergantung kepada bekalan berkenaan.
Bekas Pengerusi Bekalan Air masyarakat Kampung, Weng Ibrahim Ahmad, 63, mendakwa masalah itu berlaku berikutan kesan pembalakan yang tidak terkawal sehingga memberi kesan kepada kualiti air sungai.
“Sebelum ini air jernih. Bila ada pembalakan, air semakin keruh dan berkelodak. Kami tidak menyalahkan mereka yang mengambil balak, itu hak mereka. Tetapi kami kecewa kerana masalah ini tidak dipandang serius oleh pihak sepatutnya.
“Walaupun ramai yang sedia maklum mengenai masalah ini, tiada tindakan sewajarnya yang diambil untuk membedung masalah ini dari terus menghantui penduduk. Sampai bila kami perlu berdepan dengan masalah air kotor ini,” katanya.
Menurutnya, walaupun keadaan air tidak bersih, mereka terpaksa menggunakannya termasuklah untuk bekalan minuman berikutan tidak mempunyai pilihan lain.
“Kualiti air memang jauh berbeza selepas wujudnya aktiviti pembalakan yang tidak terkawal. Penduduk tiada hak untuk menghalang mereka menghentikan penebangan balak. Mereka ada hak untuk mengutip hasil, tetapi tidak seharusnya memandang remeh dengan masalah yang dihadapi penduduk.
“Kami tidak dapat bertahan lagi kerana ia melibatkan bekalan air penduduk, sampai bila kami harus berhadapan dengan masalah ini,” katanya.
Weng Ibrahim berkata, sebelum berbangga dengan hasil balak, pihak berkenaan seharusnya memikirkan soal rakyat yang merana akibat kesan pembalakan melampau.
“Saya menyeru kepada pihak sepatutnya datang ke sini dan lihat sendiri masalah bekalan air kotor ini dan menilai sendiri apakah sebenarnya yang berlaku kepada penduduk di daerah ini. Saya percaya, bukan di kampung ini sahaja, penduduk kampung lain turut berhadapan masalah sama.
“Kebanyakan penduduk kecewa dengan keadaan ini. Sehubungan itu, kami (penduduk) memohon agar masalah ini mendapat perhatian pihak berwajib. Hasil balak yang melonjak tidak membawa makna sekiranya rakyat yang menanggung derita,” katanya.
Sumber: Akhbar Sinar Harian Online / 24 januari 2012
Isu madrasah Salihiah - Persatuan Ulama Malaysia sokong keputusan Majlis fatwa Negeri Kedah.

Perancangan untuk merobohkan Madrasah Salihiyyah dan menggantikannya dengan yang baru, perlu dilihat secara menyeluruh oleh segenap lapisan masyarakat. Ia tidak boleh dilihat dari aspek politik semata-mata.
Tindakan Kerajaan Negeri Kedah untuk menggantikannya dengan membina madrasah / surau yang lebih besar, dua kali ganda kapasiti dari yang sedia ada, luas dan selesa adalah sesuatu yang boleh memberi manfaat yang lebih besar kepada orang Islam.
Tambahan pula, keputusan menggantikan madrasah tersebut adalah tidak bercanggah dengan syara’ dan disokong oleh majlis fatwa negeri. Kedudukannya dari segi hukum adalah jelas diharuskan atas konsep ‘istibdal’ berasaskan syariat Islam.
Oleh yang demikian, tidak sepatutnya berbangkit perkara-perkara yang cuba dimainkan secara emosi oleh sesetengah pihak yang dilihat cuba mengambil kesempatan di atas perkara yang tidak perlu dijadikan isu.
Oleh kerana ia menjadi perbincangan yang hangat dalam media, maka kami melihat bahawa umat Islam mesti mendahulukan aspek syara’ terlebih dahulu untuk menentukan perkara ini.
Untuk menyelesaikan isu-isu berbangkit dari aspek permainan politik perlulah diselesaikan dengan bijaksana oleh kerajaan negeri.
Pihak-pihak yang menentang, juga yang ingin melaga-lagakan umat, termasuk media, sebenarnya perlu mengetahui kedudukan hal ini dari aspek hukum terlebih dahulu kerana pengendaliannya adalah menepati syara’.
DR. MOHD ROSLAN MOHD NOR Setiausaha Agung Persatuan Ulama' Malaysia
14B, Jalan Plumbum P7/P,
Pusat Komersial Seksyen 7,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-5512 4300 / 03-5511 4301
Faks : 03-5511 4302
http://www.pum.org.my
http://ulamadaily.blogspot.com/
Perhimpunan Mahabbah Bersama Ulama Thurath
Moga Allah berkati perhimpunan Mahabbah bersama Ulama Thurath hingga ke Akhirat ameen
ALHAMDULILLAH DENGAN LIMPAH KURNIA TAUFIQ DAN HIDAYAH ALLAH MENYATUKAN HATI HAMBA-HAMBA UNTUK HADIR DAN MENJAYAKAN MAJLIS MAHABBAH BERSAMA ULAMA THURATH 1.1.2012 .
Majlis sudah berlangsung , doakan AJK suapaya majlis seperti ini INSYALLAH bakal diadakan semula . Seluruh Ulama Tua dan muda sukakan majlis seperti ini diadakan supaya masyarakat dapat mengenali dan mendekati ulama .
Terima Kasih kepada AJK Persatuan Pelajar Pondok Tauhid (PPPT Kedah) , AJK Surau Perwaja dan Majlis Ta'lim Riyadus Salihin Ustaz Nordin Singapura . "INSYALLAH AJK AKAN ANJURKAN SEMULA MAJLIS SEPERTI INI UNTUK MENGUMPULKAN LEBIH RAMAI ULAMA TUA DARI SELURUH NUSANTARA" - Kata Ustaz Nordin Singapura sewaktu beliau hendak berangkat pulang semalam beliau merupakan penyumbang terpenting dalam majlis ini . Terima kasih tidak terhingga kepada seluruh AJK Mahabbah bersama Ulama Thurath 2012
TN GURU HJ SALLEH SIK SELAKU PENASIHAT MAJLIS berkata " Alhamdulillah majlis Mahabbah berjaya , ramai yang hadir , kita perlu adakan majlis seperti ini kerana masyarakat sekarang ingin hampiri ulama keranana mereka yakin dengan ulama yang baca kitab muktabar , masyarakat sekarang sudah mula sedar , mereka pandai beza yang mana ulama yang sebenar dan yang mana ulama yang tidak betul. Majlis seperti ini patut diadakan selalu( diadakan sentiasa ) "- kata Tn Guru Hj Salleh
Syukur kepada Allah kerana satukan hati para alim ulama .
Syeikh Toyyib berusia 96 tahun berkata " ALHAMDULILLAH majlis seperti ini dapat kumpulkan rakan -rakan beliau yang belajar di Makkah dulu , hampir puluhan tahun tidak bertemu akhirnya Allah pertemukan di majlis Mahabbah ini , moga Allah pertemukan kita sekali lagi seperti ini di Syurga " - Syeikh Toyyib
Halaman 1 daripada 13








