Artikel Dan Dokumentari

Muzium Padi

 

 Salah satu tempat menarik yang wajib dikunjungi di negeri Kedah ialah Muzium Padi. Lokasinya terletak kira-kira 8 kilometer dari bandar Alor Star. Ia dibuka dengan rasminya oleh KDYMM Tunku Sultan Haji Abdul Halim Muadzam Shah, Sultan Negeri Kedah pada 12 Oktober 2004, bersamaan 27 Syaaban 1425 hijrah.

Muzium ini adalah satu-satunya muzium padi di Malaysia. Ia mempamerkan bahan-bahan berkaitan padi yang melibatkan budaya, penyelidikan dan pembangunan serta perkembangan teknologi padi.

 

 Muzium ini berkeluasan 12,000 meter persegi dan mempunyai tiga aras. Di aras 1 dipamerkan sejarah penanaman padi, variati-variati padi, alat persawahan tradisional seperti anok, renggam dan lain-lain. Selain itu alat menangkap ikan tradisional yang hampir pupus seperti sepila, tuar, bubu dan lain-lain juga dipamerkan di aras ini.

Di aras 2 pula ada 6 galeri. Di galeri ini kita boleh melihat lukisan-lukisan yang menggambarkan aktiviti pertanian dari bermula dari zaman penjajah hingga sekarang. Di aras ini juga kita dapat menontong dokumentari mengenai kaedah penanaman padi yang ada ditayangkan di sini setiap hari.

Yang paling menarik dan unik di Muzium padi ini ialah apabila berada di aras 3. Di sini kita dapat melihat panorama tanaman padi dalam bentuk mural dan lanskap. Mural yang berketinggian 8 meter dan 103 meter panjang ini adalah salah satu mural yang terbesar dan tercantik di Malaysia. Di aras ini ada ruang pemerhati terletak di atas platform berputar.

Setelah puas melawat ke semua galeri, pasti inginkan sesuatu untuk dijadikan kenangan atauu buah tangan selepas pulang. Kedai cenderamata ada menjual barangan seperti baju "T", alat tulis, dan kraftangan. Disarankan juga anda mencuba makanan tradisi seperti sagon, karas dan lain-lain kerana makanan-makanan ini semakin jarang didapati. Semua makan ini dihasilkan oleh nanak-anak Kedah sendiri dengan harga yang berpatutan.

Muzium Padi semamangnya lokasi pelancongan yang menarik. Selain daripada boleh menambahkan pengetahuan mengenai sejarah penanaman padi, kita juga boleh melihat bahan-bahan dan peralatan pertaniah yang semakin pupus.

Waktu Lawatan:

Dibuka Setiap hari

Sabtu - Khamis : 9:00 pagi - 5:00 petang

Jumaat       : 9:00 Pagi - 12:30 tengahari
           : 2:30 Petang - 5:00 petang


Bayaran Masuk:

Dewasa          : RM 3.00 ( seorang )

Kanak-kanak       :RM 1.00 ( seorang )
(7 - 12 tahun )

Rombongan sekolah : RM 1.00 ( seorang )

Kamera        : RM 2.00 ( sebuah )



Maklumat lanjut:

Lembaga Muzium Negeri Kedah Darul Aman
Lebuhraya Daru Aman, Bakar Bata,
05100 Alor Star,Kedah Darul Aman.

Nombor telefon :
 
Muzium Negeri Kedah : 04-733 1162 Fax : 04-730 5100
Muzium Padi          : 04-735 1315 Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Laman web: http://www.kedah.gov.my/muzium/butiran/indeks.htm

{peta lat='6.188427'|lon='100.328693'|zoom='11'|text='Lokasi Muzium Padi'|tooltip='Muzium Padi'|marker='1'}

Comments   

 
+2 #1 zack 2008-03-12 15:29
any body tell me tntang lebih tentang muzium padi
 
 
-1 #2 ikhwan 2008-03-12 16:19
Encik Zack,

Quoting zack:
any body tell me tntang lebih tentang muzium padi


Apa yang encik ingin tahu mengenai Muzium Padi?

;-) B)
 
 
-3 #3 feeza 2008-03-14 14:18
nk tau ape sal muzium padi??saya slalu pegi muzium padi.ape2 hal..reply kat email saya k
 
 
-2 #4 feeza 2008-03-14 14:19
nak tau ape sal muzium padi??? :huh:
 
 
-2 #5 feeza 2008-03-14 14:23
cek nk tau sal apa???
 
 
-2 #6 as 2008-04-29 08:57
nape dlm laman web nie x der alat? tradisonl utuk tanam padi @ utuk menuai padi
 
 
#7 ikhwan 2008-04-29 14:30
Terima kasih As kerana memberi maklum balas.

InsyaALLAH pada masa akan datang pihak
kami akan memasukkan maklumat-maklum at dan gambar mengenai alat-alat tradisional yang digunakan untuk menanam padi.

Dalam masa yang sama, pihak kami juga amat mengalu-alukan sekiranya ada pihak yang ingin menyumbangkan artikel-artikel mengenainya atau apa-apa artikel atau maklumat yang relevan untuk dimuatkan di laman ini.
 
 
-2 #8 AMAL YUSRAH 2008-07-23 10:31
assalamulaikum.
saya salah seorang pelajar uitm - diploma seni lukis & senireka ..
saya mengambil muzium padi sebagai research untuk projek saya..
saya telah mencari LOGO muzium padi. tapi tidak ada..
setiap produk atau services sepatutnya ada logo tersendiri..
boleh encik tunjukkan logo muzium padi??
saya beharap encik dapat tolong..
 
 
-2 #9 ikhwan 2008-07-23 12:58
Saudara/i Amal Yusrah,

Saya rasa Muzium Padi adalah dibawah Muzium Negeri Kedah, jadi logonya adalah sama dengan logo Muzium Negeri Kedah.

Saya cadangkan anda bertanya dengan pihak muzium sendiri untuk kepastian melalui alamat dan nombor telefon tertera di atas.

Semoga research untuk projek anda berjaya dengan cemerlang.

:-) :-)
 
 
-2 #10 wawa 2008-08-02 19:30
best sgt klu g muzium padi,leh thu selok belok cmne pesawah mengerah keringat utk tujuan ekonomi,,di samping mjelaskn dgn lbh detail ttg prusahaan padi di malysia..de lukisan grafik iaitu pemandangan sekitar a.star yg mnarik dr pelukis antrabgsa spt korea,jpn n korea..
 
 
-5 #11 fiza 2008-08-07 21:55
gtau byk psl tuar
 
 
-3 #12 artakus_pu3dcni 2008-09-02 03:13
:sad:
saya bdk as blaja kt um...
saya kena wat dokumentari tentang muzium padi...huhuhu.. .
 
 
-2 #13 artakus_pu3dcni 2008-09-02 03:20
tapi xda masa nk p muzium padi...
penah sekali p sna 2thun lepas...da sapa leh tolong x?huhu :-?: ;-)
 
 
-2 #14 ikhwan 2008-09-03 15:41
artakus_pu3dcni,
tolong apa? tolong tengok boleh la hehehehe...
 
 
-2 #15 meng 2008-09-30 20:11
thx
 
 
#16 Wen Yan 2008-10-14 22:11
:cheer: :idea: Ini sangat baikuntuk anda.Terima kasih.
 
 
#17 silentlady 2008-11-14 15:30
salam.. :-)
saya ada dapat cenderahati dari seorang kawan yg melawat muzium padi..saya berminat nak dapatkan sabun padi sebab ia bagus untuk kulit wajah saya setelah saya mencubanya.dan kalau boleh saya berminat untuk menjadi ejen.boleh encik tolong beritahu harga sabun tersebut dan bagaimana cara saya leh dapatkan sabun tersebut..apa kandungan sabun tersebut dan adakah sabun tersebut memang tergolong daripada sabun 'homemade' dan tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya?harap pihak muzium padi dapat menjawab pertanyaan saya melalui email saya.terima kasih..
 
 
-1 #18 ikhwan 2008-11-15 13:17
silentlady,

Untuk maklumat lanjut sila hubungi pihak muzium :

Muzium Negeri Kedah : 04-733 1162 Fax : 04-730 5100
Muzium Padi : 04-735 1315 Email: muziumkd@tm.net.my
 
 
-1 #19 zura 2008-11-26 22:12
akum...kepada sesiapa yang berkenaan, saya pelajar ingin membuat research mengenai perkembangan teknologi mesin padi....maksudn ya saya nak tahu jenis mesin padi yang digunakan sejah zaman dahulu hingga sekarang .....dari guna tangan hingga mesin yang terkini.
kalau boleh secepat yang mungkin...atau kat mana sepatutnya saya boleh dapatkan maklumat ini...aper2hal email saya ok. tq
 
 
-1 #20 ikhwan 2008-11-29 22:58
Saudari Zura,

Adakah saudara maksudkan mesin padi itu mesin menuai padi atau mesin memproses padi menjadi beras?

setakat yang saya tahu, sebelum jentera mesin menuai padi digunakan secara meluas selepas 1980, Sebelum daripada itu pesawah menggunakan kaedah 'mengerat' dan 'memukul' (dalam bahasa kedah ia disebut memukoi) untuk menuai padi.

Mengerat bermaksud memotong pokok padi dan memukul pukul pula adalah perbuatan untuk memisahkan biji-biji padi dari tangkalnya.

Sekian, harap jawapann ini membantu.
 
 
#21 faisal 2008-12-10 00:14
salam,

saya ingin tahu jika boleh menggunakan pengangkutan awam ke muzium padi terutamanya bas awam? berapa lama untuk ke sana dari bandar alor setar?

jika menaiki teksi, berapakah tambang yang dikenakan? adakah terdapat perkhidmatan teksi untuk pulang dari muzium padi?

terima kasih.
 
 
#22 Fuadi 2008-12-10 09:08
Saudara Faisal,

Kami cadangkan saudara gunakan perkhidmatan teksi dari terminal bas Shahab Perdana. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 - 20 minit untuk sampai ke muzium.

Rasanya tiada perkhidmatan bas awam yang melalui Muzium Padi. Saudara mungkin boleh berunding dengan pemilik teksi untuk perjalanan pulang anda nanti.
 
 
#23 sue_kdh 2009-01-20 12:00
Asslmualaikum.. ..sy kna wat reseach berkaitan kebudayaan dan kesenian. klu sy nk jdkan mzium padi sbg kjian..apa yg sy bleh kaitkn ngan research sy 2?
 
 
#24 ikhwan 2009-01-20 13:54
Sue_kdh,

Hendak jadikan muzium Padi sebagai kajian berkaitan kebudayaan dan kesenian. Saudari pernah berkunjung ke Muzium Padi (MP)??

saya hendak beri pendapat tetapi agak kurang faham dengan soalan saudari. Anda sedang buat kajian tentang kebudayaan dan kesenian atau hendak mengkaji MP? atau anda memilih MP sebagai tempat untuk membuat kajian?

Pendapat saya, di Muzium Padi anda mungkin boleh kaitkan kajian anda dengan peralatan pertania dan lain-lain (kesenian), Budaya hidup pesawah (kebudayaan).

Hehe... saya cuma agak sahaja ia boleh dikaitkan dengan research saudari.
:-) :-)
 
 
#25 sue_kdh 2009-02-03 19:34
Tq. InsyAllah...lps ni sy akan brknjg ke MP utk wat research sy 2. Adakah pihak MP ada mnjual CD atau buku berkaitan yg bleh djdkan rjukan sy kelak?
 
 
#26 ikhwan 2009-02-08 13:55
sue_kdh,

Berkenaan buku atau cd, saudari cuba bertanya sendiri kepada pihak muzium, mungkin pihak muzium boleh bantu.

B)
 
 
#27 faisal 2009-02-12 11:37
Ok, terima kasih untuk maklumat. :cheer:
 
 
-1 #28 syaqall 2009-02-21 14:49
:dry: tak sebab aku tak nah pegi muzium padi
 
 
#29 Mohd Rashidi 2009-03-05 21:47
Assalamualaikum .. Saya adalah seorang pelajar kursus separuh masa di sebuah politeknik. Saya bercadang untuk membina sebuah mesin pengasing padi dengan kulitnya untuk dijadikan beras pada skala yang kecil untuk dimanfaat oleh golongan penanam padi untuk membuat stok beras kegunaan sendiri. Konsep mesin telah saya perolehi, cuma material untuk memecahkan padi dan kulitnya saja yang saya tiada. Sekiranya pihak tuan/puan di Muzium padi mempunyai cadangan, harap dapat memberi maklum balas secepat yang mungkin kepada saya. Buat masa ini, projek saya ini masih diperingkat proposal dan insyaAllah, sekiranya maklumat yang dikehendaki berjaya di perolehi, mungkin ianya akan menjadi satu kenyataan.
Sekian, terima kasih.
 
 
#30 ikhwan 2009-03-09 12:59
Wa'alaikumussal am warahmatullah Saudara Mohd Rashidi,

Sekiranya saudara perlukan maklum balas dari pihak Muzium Padi, kita syorkan supaya saudara menghubungi terus pihak muzium atau berkunjung ke Muzium Padi kerana pihak Muzium Padi mungkin tidak membaca mesej anda di sini.
 
 
#31 ikhwan 2009-03-09 13:07
Mohd Rashidi,

Berkenaan cadangan saudara untuk membina sebuah mesin memproses padi pada skala kecil untuk golongan pesawah amat menarik dan wajar. Kita di sini mendoakan kejayaan saudara.
 
 
#32 Mohd Ashraf bin Shuib 2009-04-09 14:26
Memandangkan post ni berkenaan dengan padi, saya nak jemput rakan-rakan melawat website saya.

tiangseribu.blogspot.com/

Saya ada jual Jelapang padi buatan tangan, gazebo atau wakaf.

Saiz jelapang padi kraf / mini ni
adalah 10" x 12"

Saiz gazebo atau wakaf kraf / mini ni pulak 10" x 10".

Kalau
tengok kat website tiangseribu.blogspot.com/, pembanting padi pon ada. Sebenarnya saya lupa
orang panggil apa pembanting padi ni..
 
 
#33 Mohd Ashraf bin Shuib 2009-04-09 14:30
En Rashidi, mungkin boleh amik idea dari sabah. Dorang memang ada mesin buang kulit padi sekala kecik.

Besar sikit dari mesin perah santan.

Saya pernah tengok di rumah jiran wife saya di Sabah, tapi lupa nak amik gambar.
 
 
#34 ikhwan 2009-04-09 15:40
Saudara Mohd Ashraf,

Apa yang saya tahu mengenai nama alat pembanting padi terbahagi kepada 3 bahagian :

1. Tebar layar ( yang macam layar kapal)
2. kayu yang berbentuk seperti tangga
3. Tong

Apabila digabungkan semuanya maka jadilah Tong Memukoi (tong membanting padi)

Saudara timnggal di mana?

:-) :-)
 
 
#35 Guest 2009-04-17 19:49
:sad: :o :Pinch: :s ;-) :whistle: :unsure: :-x
 
 
#36 baby 2009-04-17 19:50
very beutiful but it'll be more usefull if you add the map
 
 
#37 AMAL YUSRAH 2009-06-13 22:17
assalamulaikum.
saya salah seorang bekas pelajar uitm - diploma seni lukis & senireka(graphi c n media digital) ..
saya pernah mengambil
muzium padi untuk projek saya..
rebranding blk muzium padi..
sya ada bt byk advertising, poster,,saya nk bertanya dgn pihak muzium padi,,
adakah pihak muzium padi berminat utk melihat hasil kerja saya dan membelinya dr sya?
 
 
#38 ikhwan 2009-06-14 23:47
Waalaikumussala m,

Quoting AMAL YUSRAH:
assalamulaikum.
saya salah seorang bekas pelajar uitm - diploma seni lukis & senireka(graphic n media digital) ..
saya pernah mengambil
muzium padi untuk projek saya..
rebranding blk muzium padi..
sya ada bt byk advertising, poster,,saya nk bertanya dgn pihak muzium padi,,
adakah pihak muzium padi berminat utk melihat hasil kerja saya dan membelinya dr sya?


Kalau saudara hendak menghubungi pihak Muzium Padi, sila gunakan email atau telefon, kerana pihak Muzium Padi belum tentu membaca komen anda di sini.
 
 
#39 yanie 2009-08-05 22:37
B) :kiss: :P :-) :woohoo:
 
 
#40 Nur Hazwani 2009-08-24 12:30
assalamualaikum...
saya student nk buat assigment mengenai tuar,bleh tolong bagi maklumat tentang tuar terutama bahagian perikanan.
Kerjasama pihak anda,saya dahului ribuan terima kasih.... :-)
 
 
#41 ikhwan 2009-08-27 10:33
Saudari Nur Hazwani,

Terima kasih kerana maklum balas kepada kami.

Kami mohon maaf, Pada masa ini, pihak kami belum ada maklumat lengkap mengenai Tuar.
 
 
#42 ara 2009-09-14 21:42
haloo...
sy stdnt dr akademi pengajian melayu, um
sy hdk membuat 1 temuramah dgn pegawai atau pun pengarah muzium padi untuk tugasan sy berkaitan pengurusan sumber sejarah dan budaya.
boleh sy tahu macam mana sy nk bt appointment dgn pengarah atau phk muzium
tq
 
 
#43 ikhwan 2009-09-15 12:56
Ara,

Sila hubungi melalui telefon menggunakan nombor telefon yang tertera di atas.
 
 
#44 ct 2009-09-26 16:03
dgr kata kt sblh muzium padi 2 ada pusat sains, tul ke.. Bleh x bg saya nama penuh pusat sains 2 dan alamat surat menyuratnya.. nk wt lawatan ke muzium padi dan tmpt 2... urgent..
 
 
#45 are-ngah 2009-10-13 17:32
assalamualaikum saya ingin mengetahui semua proses memasuukan bahan pameran ke dalam muzium padi'
 
 
#46 wan 2009-10-19 03:38
salam ..
mesj ni sy sampaikan kepada pihak yang mempunyai maklumat pasal padi di malaysia khususnya dan di asia tenggara amnya..sebarang artikel dan gambar dialu-alukan... saya sedang mengumpul maklumat berkenaan padi untuk projek master saya..saya harap anda dapat salurkan maklumat tersebut melalui email saya..onenorazwani@yahoo.com..
terima kasih
 
 
+1 #47 adibkhairi 2010-04-08 17:42
:cheer: assalammualaiku m semua..muzium Padi mempunyai banyak perkara yang berkaitan dengan sejarah padi di kedah.Selain itu terdapat lukisan-lukisan yang menarik
 
 
#48 fatin izzati 2010-05-02 10:39
:cheer: Buat sume org kedah jgn lupa la pi kat muzium padi kalau tak pi rugi tambah2 lagi masuk dalam gua best dia pusing nampak pemandangan cantik. Kalau tak pi rugi.
 
 
#49 _cadaver89_ 2010-06-14 09:17
saya dari k.l dtg melawat muzium padi pada 13/jun/2010...s y smpai jam 5 petang. malangnya muzium dah tutup...cdgn sy...kenape muzium tidak ditutup lebih lewat pada musim cuti sekolah atau public holidays...sy tidak tahu bila lg dpt berkunjung ke muzium ini memandangkan sy tinggal di negeri lain....pada waktu itu ramai lg pengunjung yg terpksa pulang dgn hampa....huhu.. (sekadar cdgn)
 
 
#50 QASEH ZEHRA 2010-10-17 19:57
wahhh dh x sabar rase nyer nk g tempat nie...........t ggu yer...i coming this week........cut i2 malaysia.......
 
 
#51 Ika 2011-02-01 01:37
Klu cuti am ada bukak x? Cth thn br cina ni...
 
 
#52 nana... 2011-02-13 12:04
:sad: :zzz tak best la
 
 
#53 amira syuhada 2011-03-17 03:24
sya nk buat lawatn ke rmah klahiran tun dr.mathdir..cma ner erk
 
 
#54 Luna 2011-05-03 07:20
adakah muzium padi dibuka pada cuti umum..contoh hari wesak?
 
 
-1 #55 sdff 2011-05-04 15:56
Buka kot, sebab ditutup pada hari raya Puasa dan hari raya Aidiladha sahaja


Quoting Luna:
adakah muzium padi dibuka pada cuti umum..contoh hari wesak?
 
 
#56 maisara 2011-07-21 17:13
salam,sy stdnt dr uitm..nnt sy nk dtg muzium padi nk buat 8) research sikit..sblom tue bole tau x muzium padi nie terbuka utk sume org ke?
 
 
#57 aka 2011-10-20 05:08
muzium padi.............
tunggu kami datang......... ..
 
 
#58 rin 2011-11-19 17:04
saya nak tahu masalah padi di malaysia . . boleh saudara/i bg thu . . . . tnx
 

Add comment

Security code
Refresh

Host Ditaja Oleh:

Radio Online