Sejauh mana peranan Majlis Perbandaran (MP) dan kuasa Pegawai Daerah di Negeri Kedah Darul Aman dalam memastikan kafe siber-kafe siber dan karaoke mematuhi garis panduan berkenaan apabila garis panduan yang sedia ada oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan kerajaan baru yang berteraskan keIslaman ini?
Dari cakap-cakap dan tinjauan (walaupun belum secara rasmi) nampaknya hal ini seperti terbiar dan dibiar. Baru-baru ini hal ini ada disentuh sedikit di dalam Dewan Undangan Negeri, tetapi jawapannya sangat tidak kuat. Masakan polis sahaja yang dipertanggung jawab sedangkan ketegasan pelaksanaan undang-undang itulah yang diperlukan.
Kita belum lagi membuat tinjauan secara rasmi tetapi nampaknya terdapat semacam kepincangan. MP dan Pejabat Daerah, seolah-olah tidak mengambil peduli serta memantau kafe siber-kafe siber yang berselerak di negeri ini. Malah sejak akhir-akhir ini di ceruk pokok buluh dan bangsal tepi jalan pun sudah ada karaoke. Jelas sangat semacam, sejak PAS memerintah Kedah, karaoke mula subur, seolah-olah ia tidak ada kawalan.
Orang kampung mula bersungut kerana ia mengganggu suasana malam.
Karaoke sebenar hanyalah dibuat dalam bangunan dan bilik tertutup di mana suara tidak boleh terpelancut keluar.
Kini kafe siber dan karaoke bukan saja dikunjungi orang dewasa tetapi juga dari kalangan pelajar sekolah menengah.Sangat munasabah dikatakan siber kafe satu-satunya destinasi bagi pemonteng sekolah.
Kita pernah berkunjung ke kafe siber, terdapat 40 buah komputer. Hanya seorang dewasa manakala yang lain ialah pelajar sekolah yang lengkap berpakaian seragam sekolah. Dianggarkan mereka menghabiskan antara RM3-RM7 untuk sekali mengunjungi kafe siber (antara RM9-RM21 seminggu).
Golongan pelajar-pelajar sekolah berusia antara 13-15 tahun ini tidak berhenti di sini sahaja. Mereka turut mengakui bahawa tujuan utama mereka mengunjungi kafe siber adalah untuk bermain permainan video game berunsur seks. Mereka menyatakan bahawa permainan seperti Nasty Anime Game membuatkan mereka merasa ghairah dan 'seolah-olah puas melakukan hubungan seks' walaupun secara maya.
Selain daripada chatting, kafe siber menjadi antara pusat permainan video yang digemari oleh golongan muda. Jangan terkejut kiranya anda mendapati bahawa anak-anak anda berusia seawal 13 tahun menjadi ketagih dengan permainan video seks seperti Hentai, The Sexy Empire dan Nasty Anime Game yang kesemuanya memperlihat wanita bogel manakala permainan video Nasty Anime Game pula mengajar pemainnya untuk bagaimana melakukan hubungan seks.
Manakala karaoke yang beroperasi sebelah malam, ia dikunjungi oleh orang dewasa yang mungkin beralasan melepas penat lelah di sawah siang hari. Namun remaja dan muda mudi berpasangan tetap tidak dilarang.
Parlimen lima tahun yang lalu, Timbalan Menteri Pelajaran Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir (Mantan) ketika itu menyatakan jumlah pelajar ponteng sekolah seluruh negara bagi tahun 2002 seramai 48,407 orang dan tahun 2004 hingga Jun, terdapat 37,050.
Kes-kes tersebut diperolehi hasil daripada aduan daripada masyarakat setempat, agensi-agensi kerajaan termasuk pihak polis dan juga orang perseorangan selain daripada rekod kedatangan pelajar. Tetapi, tiada perangkaan yang spesifik pelajar yang ponteng yang ditangkap polis. Sekarang banyak aduan dan sungutan sehingga sampai kepengetahuan exco dan menteri besar, namun ia nampaknya tidak dianggap serius.
Pada 26 Julai 2006, Timbalan Menteri Pelajaran ketika itu, Datuk Noh Omar (Mantan) pula muncul dengan kenyataan bahawa Kementerian Pelajaran akan memperluaskan penubuhan Pasukan Petugas Anti Ponteng ke seluruh negara sebagai satu pendekatan baru untuk mengatasi gejala ponteng dan lepak di kalangan pelajar sekolah.
Keputusan tersebut diambil berikutan hingga kini guru disiplin, Polis Di Raja Malaysia dan Pihak Berkuasa Tempatan tidak mempunyai kuasa di bawah Ordinan Pelajaran 1957 untuk menahan pelajar ponteng atau lepak, kata beliau.
Pencabulan Seksyen 107(2) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) mungkin berlaku sekiranya ada kafe siber atau karaoke ada penjualan minuman keras dan rokok. Bukan mustahil ada pelajar sekolah merokok dan ada yang minum Tiger Beer dan Heineken yang dijual dalam tin.
Kafe siber ini mungkin bebas menayang video lucah yang boleh dimuat turun daripada laman web seperti Youtube atau Redtube atau "melayari" pelbagai bahan yang mereka gemari melalui internet tanpa sekatan. Malah sesetengah kafe siber dipasang pula dengan lampu malap yang kadangkala boleh menimbulkan keraguan mengenai apa yang berlaku di dalamnya.
Pengusaha kafe siber-kafe siber ini pada amnya tidak disyaratkan untuk memasang perisian tapisan seperti Cyberpatrol, Cybersitter, Surfwatch dan Net-Nanny pada komputer bagi mengelak kanak-kanak daripada mengakses halaman pornografi.
Hahhh, kita hanya mendedahkan saja. Ia tidak bermaksud memburuk-buruk kerajaan tetapi haruslah waspada dan mengambil kira rungutan dan suksik-suksik orang ramai yang prihatin dalam hal ini.
Kafe siber memang telah lama wujud dan ia semacam budaya baru yang kononnya di situlah tempat melepas penat lelah. Tetapi karaoke, walaupun ia muncul agak lama, nampaknya ia diperbaharui oleh golongan yang ingin mengambil kesempatan atau mungkin hendak menguji sejauh mana ketegasan pemerintah baru sekarang yang kononnya berteras kepada Islam.
Kita rasa ini bukanlah mustahil. Pihak Pejabat Daerah dan Pegawai Daerah sendiri (bukan semua) semacam tidak peka dan tahu apa itu karaoke dari sudut moral atau mereka semcam hendak 'test' apa yang boleh dilakukan oleh pihak pentadbir baru kerana mereka tidak berjiwa ke arah agama.
Kita sebutkan ini, apabila perkara ini dibangkitkan di dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri baru-baru ini, di mana undang-undang ini sudah sedia ada tetapi pihak yang berkenaan saja tidak merealisasinya atau tidak menjalankan kuat kuasanya.
Apakah betul alasan, mereka adalah penyumbang pertambahan undi atau pihak berkenaan tidak minat tentang 'amal makruf nahi mungkar?'
Wallahu aklam.
| < Sblm | Seterusnya > |
|---|









Comments
dari segi pemikiran yang pendek..
memang la kelihatan seperti kerajaan negeri kedah tidak menjalan tugas...
tetapi apakah saudara mengkaji langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan negeri dalam membasmi gejala sosial..
kita tidak akan nampak perubahan dalam masa terdekat..
tetapi pada suatu hari nanti..
barulah kita sedar bahawa adanya perubahan dikalangan belia di kedah...
harap bersabar la...
Terima kasih kerana kesudian saudara berdiskusi di sini.
Untuk makluman saudara artikel bertajuk \"Azizi Menulis - Mana ‘Amar Makruf, Nahi Munkar’? \\\" ini kita petik dari laman wartadarulaman.blogspot.com dan aziziabdullah.blogspot.com . Sekiranya saudara ingin berdiskusi dengan penulis disarankan saudara berkunjung ke laman blog beliau ( kerana mungkin beliau tidak membaca apa yang saudara tulis di sini dan berkemungkinan besar juga penulis tidak tahu bahawa artikel beliau disiarkan semula di sini.)
Tetapi jika saudara ingin berdiskusi mengenai artikel ini bersama pengunjung laman ini kita di sini amat mengalu-alukannya.
Saya juga yakin penulis menulis bukan secara membabi buta tanpa sebarang kajian dan fakta.
Saya percaya dan yakin kerajaan negeri amat mengalu-alukan sebarang teguran dan pendapat yang membawa kebaikan kepada masyarakat.
Mungkin pada pandangan saudara penulisan di atas seolah mengatakan kerajaan negeri Kedah tidak menjalankan tugas dan perkara lain yang negatif .
Tetapi ada baiknya penulisan ini dibaca dari sudut positif. Ada peringatan dan pendapat untuk melihat negeri Kedah ke arah kesejahteraan. Adakah salah sekiranya saling ingat-mengingati...??
http://www.wartakedah.com/?lang=my&id=1&mnu=1&act=5&content=67
ada tu.... jangan gelabah bewak sangat
Pautan kepada blog penulis artikel ini boleh di layari di http://aziziabdullah.blogspot.com .
Saudara,
Quoting Erry:
Jangan mudah melatah dan terkilan dengan apa yang ditulis oleh penulis artikel ini, saya yakin penulis tidak menulis secara membuta tuli. Saya harap saudara baca dan fahami betul-betul maksud penulis.
Quoting Erry:
Jangan lupa juga untuk tanya budak-budak sekolah yang ponteng sekolah, di mana mereka lepak semasa ponteng sekolah .
Saya tidak mengatakan semua cc itu menjadi tempat budak ponteng sekolah. Ada juga pengusaha cc yang jujur menjalankan perniagaan mereka.
Tetapi kalau saudara hendak rasa amat terkilan dengan artikel di atas amatlah tidak wajar!
mungkin saudara seorang pengusaha cc yang jujur, tetapi pernah saudara lihat cc lain berhampiran saudara, siapa pengunjungnya? budak sekolahkah? orang dewasakah? buat apa? cari maklumat? buat kerja sekolah? hal perniagaan? main game? atau tonton video di youtubekah?
Jangan mudah sangat rasa amat terkilan dengan artikel di atas, cuba fahami maksud penulis.
berjaya di menara gading tidak bermakna berjaya di akhirat. Itu hakikat. berapa ramai graduan /belum graduan yg terlanjur n melahirkan anak luar nikah? pecah amanah? hubungan terlarang dgn isteri/suami orang?
focus di sini ialah: cegah apa yg mungkar.apa yg Islam kata salah, tetap salah.
universiti/tidak bukan justifikasi berjaya.
jika anda orang Islam, sila gunakan takrif 'berjaya' dari perspektif Islam.
RSS feed for comments to this post