www.mykedah.org - Pusat Maklumat Negeri Kedah

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Thai atau Siam: Mana lebih tepat?

emel Cetak PDF

BERIKUTAN insiden pembunuhan kejam melibatkan 11 orang Islam ketika menunaikan solat Isyak di Masjid Al-Furqan, Kg Air Tempayan, Narathiwat 9 Jun lalu, kita wajarlah menyusun beberapa pelan tindakan berasaskan kebijaksanaan dan keberanian.

Setidak-tidaknya, ada tiga gerakan yang perlu terlibat iaitu gerakan ilmiah melibatkan ahli akademik, intelektual dan pensyarah, gerakan ketenteraan yang melibatkan Ahmad Zahid Hamidi dan rundingan politik melibatkan Menteri Luar Malaysia.

Percubaan awal untuk membincangkan isu ini di Parlimen menemui jalan buntu apabila Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin, di bawah Peraturan Mesyuarat 18(2) sudah pun menolak usul ini untuk dibincangkan segera.

Ahli Parlimen PAS Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria meminta Malaysia mengambil inisiatif memanggil sidang khas Asean dengan segera bagi membincangkan pergolakan itu. Tambah Nasir, 'Malaysia perlu mendesak OIC agar mengiktirafnya sebagai orang tengah bagi membantu menyelesaikan masalah selatan Thailand.

Tetapi, jika tidak salah ingatan saya, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) sudah meminta Malaysia menjadi wakilnya untuk menangani kemelut di Selatan Thai sebelum ini.

Malangnya, tatkala menjawab tuntutan OIC ini, Rais Yatim berkata, bahawa kemelut itu melibatkan masalah hal-ehwal dalaman negara-negara Asean dan negara tidak boleh ikut mencampuri urusan dalaman Thai.

Akhirnya, titik penamatnya berlaku di situ. Mungkin Rais boleh dihubungi semula untuk mengesahkan hal berkenaan.

Libatkan juga Britain

Selain ketenteraan negara, pergerakan intelektual dan rundingan kuasa politik, pihak yang perlu kita libatkan ialah kerajaan Britain sendiri.

Perjanjian Inggeris - Siam 1909 (Perjanjian Bangkok 1909, Perjanjian Anglo Siam 1909) di Istana Raja Thailand, bersama Gabenor Negeri-Negeri Selat Sir John Anderson adalah antara titik tolak yang menyaksikan pemecahan kerajaan Melayu Patani.

 

Isi perjanjian pada tahun 1909 itu melibatkan perkara-perkara berikut. Antaranya:

1. Kerajaan Melayu Pattani meliputi wilayah Yala dan Narathiwat di Thailand disahkan sebagai jajahan Thailand. Padahal kerajaan Melayu Patani tidak diajak berunding dalam perjanjian itu.
2. Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu yang sebelum ini dijajah Thailand diserahkan kepada Britain.
3. Negeri Kedah dan Perlis menerima seorang penasihat British pada tahun 1909.
4. Kelantan menerima penasihat British pada tahun 1910.
5. Terengganu menerima penasihat British pada tahun 1919.

Mungkin inilah asal-usul penjajahan Thai terhadap Melayu di utara Semenanjung dengan rasminya melalui pengiktirafan British; sebuah empayar terbesar pada saat itu.

Uusan mengkaji segala bentuk rundingan dan perjanjian yang terkait dengan penjajahan Yala, Narathiwat ini, maka ia terpundak di atas bidang tanggungjawab intelektual.

Tentera Malaysia perlu ambil peranan bersama

Desas-desus andaian yang kerap merebak dalam kalangan Melayu Islam di selatan Thai adalah, kebanyakan serangan itu berlaku dengan sebab tentera Thai sendiri yang terpecah dua; Utara dan Selatan.

Tapi, sejauhmanakah Ahmad Zahid Hamidi bersetuju untuk mewujudkan rondaan tentera di wilayah berkenaan masih diragui. Sebelum dilantik sebagai Menteri Pertahanan, Zahid pernah mencadangkan Pakatan Ketenteraan Negara Islam.

Tetapi selepas dilantik, Zahid berdiam diri. Tidak mustahil, Zahid Hamidi akan berbelah-bahagi dan takut-takut mengguna ketenteraan guna mengawal pergolakan di selatan Thai. Rakyat Malaysia yang prihatin perlu melobi agar hal ini tetap didebatkan.

Bantah nama Thai, ganti dengan Siam

Menelaah sejarah tentunya melibatkan fikiran yang mengundang keletihan. Di sana, telahpun ada usaha pengkarya filem yang mengeluarkan Queen of Langkasuka (Thai), Hikayat Merong Mahawangsa (Malaysia, bakal terbit) untuk menggeledah kisah-kisah purba.

Mungkin dengan jalan ini, setidak-tidaknya, perca-perca gambaran sejarah dapat dimuat dalam gambaran rakyat. Tapi, perkembangan mutakhir ini di Thailand agak menarik. Dan ia dimulai dengan gerakan intelektual, bukan melalui kuasa politik dan ketenteraan.

Misalnya, baru-baru ini, ahli sejarah terkemuka, Charnvit Kasetsiri membuat bantahan ke atas Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva dan beberapa jawatankuasa politik untuk menukar nama negara itu daripada Thailand kepada nama asalnya; Siam.

Siam adalah negara asal di mana ia memiliki benderanya sendiri, berwarna merah dengan gambar seekor gajah putih menghiasi bendera tersebut.

Mantan rektor Thammasat University itu berkata piagam perlu diubah dari 'Perlembagaan Negeri Thailand' kepada 'Perlembagaan Negeri bagi Siam' atau 'Perlembagaan Siam". Ini perlu bagi tujuan menggalakkan 'perpaduan ', 'keharmonian' dan 'perdamaian'.

Akademikus itu berkata, bahawa usaha menamakan semula Thai itu adalah langkah awal untuk merawat kemelut politik dan masyarakat di negara itu yang terdiri daripada 60 juta rakyat termasuk lebih daripada 50 kumpulan etnik.

Menurut ahli sejarah itu, Thai sebagai sebuah negara, telah beransur-ansur menjadi 'ultra nasionalisme' dalam beberapa dekad lalu yang mungkin menjadi replika negara sebelum itu. Rusuhan politik di negara itu berlaku kerana rakyat bukan saja dipisah melalui sikap politik yang berbeza, tetapi yang jauh lebih penting, wujudnya peminggiran etnik.

Usaha menamakan semula negara Siam itu boleh menjadi batu loncatan untuk menyusun penyelesaian yang dinantikan rakyat negara itu, kata ahli akademik tersebut.

Dinamakan Siam, sejak Ayutthaya

Semua orang negara ini telah digelar Siam sejak era pemerintahan Ayutthaya era. Maka, dengan sebab campurtangan British dengan Thai, kaum-kaumMelayu diperangkap dalam beberapa perjanjian mereka.

Menurut Charnvit Kasetsiri, sejak Perang Dunia Kedua bermula, faham Hitler Nazisme di Jerman dan fasisme di Itali dan Jepun. Ketika inilah kerajaan tentera pimpinan Field Marshal Phibulsongkhram (Por) dipengaruhi ultra nasionalisme Nazisme dan fasisme. Akhirnya, nama bangsa Thai menenggelamkan nama Siam, nama sebuah negara.

Tambahnya, perubahan nama Thai kepada Siam adalah untuk membawa keharmonian di negara itu yang terdiri daripada 50 kumpulan etnik dengan bahasa masing-masing. Antara mereka selain Thai adalah Yuan, Laos, Lue, Melayu, Mon, Khmer, Teochiu, Cantonese, Hokkien, Hainan, Hakka, Cham, Sakai, Tamil, Pathan, Parsi, Arab, Phuan, Tai Yai, Phu Tai, Yong, Hmong, Karen, Museur dan Farang, dan sebagainya.

Melayu selatan Thai bukan orang Thai

Dalam temubual di Bangkok Post, Charnvit Kasetsiri menjelaskan bahawa secara etniknya, orang Islam selatan Thai bukan orang Thai, sebaliknya keturunan Melayu. Tapi mereka terpaksa menamakan diri mereka sebagai orang Thai atas dasar kewilayahan.

"Tiada salahnya dengan 'Siam', tetapi istilah itu tak menjelaskan siapakah raja di sini. Ia karut. Apa-apa pun, istilah 'Thai' merujuk bangsa, dan bukan negara itu," kata beliau.

Agak menarik ialah ketika Charnvit Kasetsiri memberi penjelasan asal-usul nama Siam yang menjadi sebab, kenapakah nama Siam itu ternyata lebih baik berbanding Thai untuk diabadikan sebagai nama kepada sebuah negara.

"Siam berasal daripada perkataan purba 'Sam', bermaksud tanah suai tani. Dalam Khmer dan Mon ada istilah 'siem', merujuk nama Siem Reap. Dalam bahasa Burma, ada istilah 'shan', kerana ada Negeri Shan, dan di Jepun, ada istilah 'shamuro'," tambahnya.

Selain itu, tambah akademikus itu, permulaan abjad 's' untuk Siam, dianggap lebih baik untuk nama negara itu berbanding permulaan abjad 'th', untuk Thailand, yang kedengaran seperti 'Taiwan' kepada orang-orang Barat.

Kekuatan kejujuran intelektual Thai

Selain usaha kita dalam menolong Melayu di selatan Thai, perlu dilibatkan juga kekuatan intelektual di universiti Thai selain pergerakan politik, ketenteraan dan intelektualis untuk mendorong kemajuan perdamaian di wilayah berkenaan.

Kita tak boleh melihat penyelesaian ini melibatkan politik sahaja. Terbukti, Parlimen kita sendiri telah menolak perbincangan berhubung usul membincangkan kemelut di wilayah tersebut. Rais Yatim tidak dapat berbuat apa-apa dengan alasan, sesama negara Asean tak boleh mencampuri urusan pergolakan dalam negara masing-masing.

Rasa-rasanya, tafsiran dan debat ke atas prinsip tidak campurtangan antara sesama negara Asean ini masih boleh dikaji semula.

Sedangkan wilayah Palestin yang bergolak kerana dibedil tentera Israel boleh kita peduli dengan menubuhkan tabung bantuan dan menggerakkan kempen kesedaran mengenainya kenapa dalam isu ini, seperti tiada kumpulan yang wujud untuk mengatur gerakan melobi dan pergerakan intelektual untuk tujuan merawat masalah yang sama?

5:29 a.m, 20 Jun
Sekolah Pemikiran Kg Baru

Bantuan pemikiran dan cadangan mewujudkan grup peduli Patani boleh dimajukan lewat mel-e Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya .Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya

 

Comments  

 
-1 #1 Nazrin 2009-08-13 10:21
Dari sejak dahulu hinggalah setelah 52tahun merdeka kita semua tertipu dengan dakyah penjajah Inggeris yang menulis sejarah mengikut selera mereka. Tiap-tiap penulisan sejarah bangsa Melayu di Nusantara, mereka menggambarkan Bangsa Melayu sebagai lanun, penderhaka dan pemalas.Kebanyakan dari kita semua bulat-bulat menerima cerita sejarah karangan penjajah in. Tetapi setelah 52 tahun ALLAH telah membuka hati beberapa orang insan yang telah membuka mata dan hati dikalangan mereka yang selama ini telah ditipu dengan dakyah penipuan sejarah oleh Penjajah. Sila layari web : http://sejarahnagarakedah.blogspot.com yang membongkar sejarah sebenar tentang kegemilangan Benua Siam Islam Kedah.
Quote
 
 
0 #2 hasbi 2010-03-12 15:12
saya bersetuju dengan saudara Nazrin..
banyak sejarah kita telah diubah agar kepentingan penjajah ini kekal..
buku yang menjadi panduan tentang sejarah kita perlu diubah kerana banyak pendedahan tentang sejarah kita bercanggah dengan apa yang ditulis..diharapkan kepada pengkaji sejarah kita dapat mendedahkan lebih banyak lagi sejarah yang dilupakan ataupun yang dihapuskan oleh penjajah. pandangan setiap pihak perlu diambil berat dan dikaji agar mendapat fakta yang betul-betul tepat.tidak semata-mata sumber dari penulisan bangsa penjajah sahaja.
Quote
 
 
0 #3 Ja 2010-04-10 16:23
Salam,

pe yg mbezekan mereka yang bgelar siam dan puak sukhothai (thai) kat malaysia ???

mmdgkan bahasa petuturan dan adat resam mereka "hmpir same" bjaya mgelirukan ak yg dbutakan sejarah

berikan ak petunjuk ...
Quote
 
 
0 #4 lan 2010-09-29 14:36
Nak libatkan kerajaan British? Sebab diorang buat Treaty dulu tu? Bangang ke apa?

Masalah tu masalah dalaman Thailand. Takpayah nak kacau. Kalau nak ikutkan camtu baik kita panggil orang British sekali settle kan masalah dekat Singapore tu. Alang alang panggil orang Belanda settlekan masalah dekat Indonesia tu.

Apa ke bodoh ke apa? Korang ni bodoh sangat. macam mana Islam nak maju kalau korang ni mcm ni. Aduhhh
Quote
 
 
0 #5 zack 2010-11-03 16:38
sejarah biar tinggal sejarah,mmg dulu siam penah menapak di perlis,kedah,da n di kelantan.siam dulu penah kuasai wilayah tu sebab kerajaan lankasuka kalah kat siam utara.sebab tu je tp diorang tetap wilayah melayu..jd jgn nak perasan anda siam.sbb tu kita byk nampak diorang banyak bina patung buddha kat wilayah tu tanda kemenangan diorang.tu je.
Quote
 
 
0 #6 abdi 2011-01-11 21:19
wahai saudara lan...bukankah islam sesama islam itu perlu membantu..klu bkn org ISLAM siapa lagi yg nk mmbantu????????jadi apa gung nya oic????????sy sgt bersetuju dgn cdangan saudara kita,para pgkaji silalah mengkaji semula sejarah negara kita dgn teliti...dan betulkn sejarah yg sedia ada ini yg mna selama ini telah mnutup mata2 yg sedia jumud..dan sebenarnya saudara zack...sejarah adalah yang tersangat penting bagi kita..oleh kerana sikap sejarah biar tinggal sejarah inilah yang telah memundurkan intitusi ISLAM sebenarnya,,ole h kerana sikap x mau tau sejarah inilh juga yang membuatkan kita tidak bersungguh2 dlm memperjuangkan ISLAM..tidak phm ttg perjuangan..mereka inilah juga yg slh phm erti MERDEKA!!
Quote
 
 
0 #7 ala 2011-05-17 11:58
harap pattani keluar dari thailand , bin kerajaan sendiri , kemudian menyertai semula kedah , maka sejrah akan berulang , kerajaan kedah yg cukup hebat seperti dahulu
Quote
 
 
0 #8 angah 2011-05-18 14:51
Jika kita melihat perjanjian SIAM-BRITISH pada tahun 1909 memang ianya hanya antara SIAM-BRITISH ini bermakna negeri-negeri melayu dimasa itu tidak diajak berunding dan berbincang kerana tanah melayu dijajah oleh British. Perjanjian itu adalah sebuah 'PAJAKAN' selama 99 tahun oleh British dari SIAM jadi jika dikira 1909-2011 bermakna perjanjian itu telah terbatal atau tamat tempoh. Ada beberapa kemungkinan;-

1. Malaysia yang merdeka boleh memohon surat itu dikaji oleh mahkamah antarabangsa dan meminta negeri Selatan SIAM membuat keputusan untuk merdeka dan sebagainya. Tetapi sanggupkah malaysia?

2. Sebelum merdeka Tanah Melayu ini tidak duduk di bawah satu negara, ia terdiri dari negeri2 yg mempunyai raja/sultan sendiri jadi apabila tanah melayu merdeka dan dinamakan malaysia, bermakna SIAM/THAILAND tiada hak keatas negeri Utara serta Kelantan & Terengganu. Cuma selatan Thai sahaja yang masih dibawah jajahan SIAM kerana mereka tidak merdeka.
Quote
 
 
0 #9 angah 2011-05-18 14:51
sambungan...
Jadi dari hemat saya yg tak la mahir undang2 hanya dari aspek logik, perjanjian anglo siam itu sudah terbatal dan negeri-negeri selatan Thai sekarang tidak boleh digelar milik Thailand. Ya mereka belum merdeka tapi mereka bukan hak Thailand jadi jika OIC atau Malaysia nak masuk campur rasanya boleh. Adakan pilihanraya bagi negeri2 selatan thai dan undi sama ada mewujudkan negara sendiri atau kembali ke dalam Malaysia. Saya secara peribadi berpendapat wujudkan negara sendiri serta takbir sendiri. Doa saya buat saudara sedarah dan sebangsa serta seagama di selatan thai moga diberikan kekuatan dan rahmat atas perjaungan mereka yang masih berterusan dari zaman nenek moyang kita dahulu, legasi perjuangan mereka masih ada. wallahualam
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh