
Terminal Penumpang Kuala Kedah atau lebih dikenali sebagai Jeti Kuala Kedah terletak kira-kira 10 kilometer dari bandar Alor Star. Ia sebuah jeti untuk ke pulau Langkawi. Sekiranya berkenderaan sendiri masa yang diambil untuk sampai ke sini ialah lebih kurang 25 minit jika dari Alor Star. Selain itu, kita boleh menggunakan pengangkutan awam seperti bas atau teksi untuk ke sini.
Jika menaiki bas, jeti boleh dilihat di sebelah kanan kita, apabila bas sudah memasuki pekan Kuala Kedah. Kita perlu turun betul-betul berdekatan jeti kerana stesen bas terletak agak jauh dari jeti. Oleh itu, tidak perlu tunggu sehingga bas samapai ke stesennya. jika tidak, kita perlu berjalan kaki pula untuk ke jeti!.
Sekiranya kita hendak ke Langkawi dan pergi ke jeti dengan kenderaan sendiri, kita boleh meletakkan kenderaan di tempat yang disediakan. Di perkarangan Jeti Kuala Kedah ada disediakan tempat letak kenderaan untuk ke Langkawi. Selain itu, banyak lagi tempat letak kenderaan untuk ke Langkawi yang disediakan oleh individu dan persatuan di sekitar pekan Kuala Kedah. Ada tempat letak kenderaan yang berbumbung, tidak berbumbung dan di dalam banggunan . Terserah kepada anda untuk memilih tempat meletak kenderaan yang jenis mana.
Tiket boleh ditempah awal atau boleh didapati di kaunter-kaunter yang disediakan di dalam
banggunan terminal. Ada lebih dari 5 kaunter dari syarikat feri yang berlainan. Pilih feri mana yang anda hendak naiki mengikut keselesaan anda. Ruang menunggu yang selesa disediakan di sini sementara menanti feri sampai.
Antara kemudahan asas yang disediakan di sini ialah :
1. Surau
2. Tandas
3. Kantin
4. Troli
5. Kerusi roda (untuk orang kurang upaya)
6. Telefon awam dan lain-lain kemudahan lagi.
Perkhidmatan lain yang boleh didapati di sekitar jeti :
1. Stesen Teksi
2. Kereta Sewa (Pandu sendiri)
3. Khidmat penghantaran barang ke langkawi
4. Khidmat pakej pelancongan dan banyak lagi.
Semasa berada di labuhan, kita akan dapat melihat panorama perkampungan nelayan dan jeti kargo pengangkut barang yang berada tidak jauh dari sini. Selain itu, jambatan Tok Pasai juga jelas kelihatan. Jambatan ini menjadi laluan utama yang menghubungkan seberang kota dan kuala kedah. Sebelum jambatan ini dibina pada sekitar awal 1990 an , sampan dan perahu menjadi pengangkutan utama untuk menyeberangi Sungai Kedah . ketika itu sampan dan perahu hanya digerakkan menggunakan tenaga manusia.
Semasa feri bergerak meninggalkan jeti, kita akan dapat menyaksikan pula pemandangan kota bersejarah Kota Kuala Kedah dan Marina Harbour. Perjalanan dari Jeti kuala Kedah ke Jeti kuah di langkawi mengambil masa sekitar 1 jam 30 minit untuk sampai.

Lokasi Jeti Kuala Kedah :
{peta lat='6.107061'|lon='100.289834'|zoom='13'|text='Jeti Kuala Kedah'|tooltip='Terminal Feri Kuala Kedah'|marker='1'}
| Seterusnya > |
|---|









Comments
bangga nya aku....
kebersihan tandas. Kerusi-kerusi pun dah uzur, ada bahagian bangunan yang memerlukan cat baru.
Walau apa pun keadaan jeti tidak elok atau tidak sedap mata memandang, padahal jeti itu merupakan tempat tumpuan umum baik dari dalam negeri mau pun pelancong dari luar negeri.
Quote:
Bolehhh.... Di kuala kedah ada khidmat membawa kereta ke Pulau Langkawi.
Quote:
cekk... tak boleh la kalau nak bawa kereta ke pulau Langkawi guna feri sebab feri yang ada kecil saja. muat untuk bawa penumpang saja. Kereta mainan boleh la bawa ikut feri
Biasanya kalau nak bawa kereta ke Langkawi, perlu menggunakan perkhidmatan kargo.
Quote:
sila rujuk disini --> http://www.mykedah.org/Soal-jawab-umum/khidmat-penghantaran-barang-ke-langkawi.html
Quoting wakman:
di sini saya nak tanye coordinate utk ke jeti kuala kedah cos saya nak g langkawi ujung bulan nie..n naik feri from kuala kedah..
n lagi 1 sekarang nie tengah musim tengkujuh agak2 nye lau naik feri ke langkawi tue terasa x ombak dari dalam feri..cos wife saya mengandung...
tq..
Untuk maklumat kordinat, saudara boleh cuba dapatkan melalui google map. Untuk panduan perjalanan juga saudara boleh cuba dapatkan melalui fungsi get direction yang ada dalam google map.
Biasanya tak terasa sangat alunan ombak semasa berada dalam feri. Tapi tak pastilah bagi orang yang sedang mengandung.
Apa-apapun saya ucapkan selamat bercuti!!
Quoting Saiful:
Kalau nak bawa kereta sendiri ke Langkawi, perlu hantar kereta menggunakan kargo, mungkin ambil masa salam 1 - 2 hari untuk kereta sampai ke Langkawi dan bergantung juga tahap kesibukan pada masa tu.
Kalau kargo tak penuh, pukul 8 pagi hantar ke jeti kargo, esok pagi kereta sampai di Langkawi. Jadi elok rancang perjalanan terlebih dahulu.
Tuan kereta naik feri penumpang, tak boleh naik kargo bersama kereta, harap maklum hehehe.....
Quoting Nik Nor:
Tumpang tanye. Berapa tambang feri untuk dewasa dan kanak-kanak?
Tq
RSS feed for comments to this post