www.mykedah.org - Pusat Maklumat Negeri Kedah

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Mendaki Gunung Keriang

emel Cetak PDF

Gunung Keriang terletak kira-kira 7 kilometer dari bandar Alor Setar. Antara keunikan Gunung Keriang adalah lokasinya terletak di tengah-tengah sawah padi dan satu-satunya bukit batu kapur yang terdapat di situ. Selain itu ia kaya dengan batu-batu kristal yang cantik dan unik yang menjadi buruan kepada penggemar batu kristal. Di sesetengah tempat, Gunung Keriang masih jelas kelihatan dalam jarak 15 - 20 kilometer.


Salah satu aktiviti riadah yang dapat kita lakukan di sini adalah mendaki ke puncak Gunung Keriang. Pada hari ini saya bersama seorang kawan berkesempatan untuk mendaki melalui jalan yang telah disediakan yang terletak berhampiran tempat letak kereta di taman rekreasi ini.


Kami memulakan pendakian lebih kurang pada pukul 9.00 pagi dengan menyusuri lorong kecil menuju ke permulaan tempat mendaki.

Keadaan laluan di sini agak dipenuhi dengan semak samun rumput dan pokok-pokok liar kecil yang menggambarkan tempat ini jarang dilalui dan tidak terurus.

Bagi sesetengah orang terutamanya orang yang gemar mendaki, keadaan laluan sebegini bukanlah sesuatu yang mencabar. Tetapi bagi saya dan rakan yang jarang melakukan aktiviti riadah, laluan sebegini sudah cukup mencabar fizikal kami.

Setelah 15 minit mendaki, suasana dan mood mendaki semakin dirasai. Suhu sejuk dan suasana persekitaran bukit batu kapur terus membakar semangat kami untuk terus mendaki ke puncak walaupun nafas mula termenggah-menggah ( maklumlah jarang senaman :) ). Pemandangan di sepanjang laluan ketika itu membuatkan terdetik di hati saya " tak sangka ada pemandangan begini di Gunung Keriang ". Seolah ianya adalah bukit yang sangat besar,

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Lebih kurang 30 minit  mendaki, kami sampai ke puncak. Di puncak ini terdapat pondok berteduh yang dibina menggunakan pasir dan simen. Bagaimana agaknya bahan-bahan mentah tersebut dibawa naik?


Sejauh mata memandang, dari atas puncak kami dapat melihat terbentang luasnya separuh dari daerah Kota Setar, nun di arah barat terbentang luas laut selat melaka dan jika cuaca tidak berkabus ketika itu mungkin tersergam indah pulau Langkawi dapat dilihat dengan jelas dari sini.


Pada setahun yang lalu, pertama kali mendaki Gunung Keriang, kami mennyusuri puncak bukit mencari jalan sekiranya ada jalan lain untuk sampai ke hujung bukit  kalau-kalau ada laluan lain untuk turun dari bukit tetapi gagal menemui jalan lain kerana faktor masa dan tiada persediaan untuk mendaki yang sesuai ( ketika itu hanya memakai kasut selipar untuk mendaki). Bagi pencari tahi kelawar, pencari batu kristal dan Penggemar aktiviti mendaki mungkin mereka lebih arif tentang laluan-laluan lain yang boleh digunakan untuk sampai ke seluruh puncak Gunung Keriang .

Setelah hampir 1 jam setengah berehat di puncak, kami memulakan perjalanan turun. Berehat selama 1 jam setengah bukan kerana keletihan mendaki, tetapi masa itu digunakan untuk menghayati suasana puncak bukit yang pemandangan indah sejauh mata memandang dan angin sepoi-sepoi bahasa yang nyaman. Agak mengujakan kami!.

 

Dalam perjalanan menuruni bukit kami menyedari cabaran bukan hanya pada waktu mendaki, tetapi cabaran yang betul-betul mencabar fizikal dan tenaga kami adalah pada waktu menuruni bukit di laluan yang sangat curam. Tidak termenggah seperti waktu mendaki tetapi dari paha ke betis terasa saaaaangat lenguh.

ketika hampir sampai di kaki bukit, kami ternampak kelibat sekumpulan beruk liar yang menghuni Gunung Keriang, pada mulanya agak rasa risau kalau-kalau kumpulan beruk ini bersikap ganas. Alhamdulillah... selepas beberapa ketika kumpulan beruk tadi beredar ke arah lain.


 

Setelah sampai di kaki bukit, kami berehat sebentar di gerai berdekatan dan mengira masa yang diambil untuk turun dari puncak. 11.30 mula menuruni bukit,  lebih kurang pukul 12.00 kami sampai ke bawah. jumlah masa yang sama digunakan untuk mendaki, 30 minit!

Pada pemerhatian dan pendapat kami, Taman Rekreasi Gunung keriang sangat berpotensi untuk menjadi lokasi riadah yang popular di daerah Kota Setar sekiranya pihak berkuasa tempatan mengambil berat perihal kebersihan kawasan, faktor keselamatan, etika pengunjung, menambah baik prasarana yang ada dan sedikit promosi,mungkin boleh juga diadakan kemudahan menyewa basikal untuk pengunjung mengelilingi Gunung Keriang dan juru pandu yang membawa pengunjung mendaki bukit melalui laluan yang pelbagai.

kepada anda yang berminat untuk cuba mendaki Gunung Keriang, kami ucapkan SELAMAT MENDAKI!!!!.

Comments  

 
0 #1 ema 2011-03-10 13:34
nk minta izin kongsi maklumat ni boleh tak? ingin memuatkannya di assigmen...
Quote
 
 
0 #2 farizulanuarmurad 2011-05-03 14:17
mne jalan nk mla ahhh..??
Quote
 
 
0 #3 sdff 2011-05-05 00:00
Dekat dengan tempat letak kereta. Agak tersorok.... kalau tak jumpa baik tanya orang...
Quote
 
 
0 #4 SYAFIQAH 2011-05-14 08:22
mmg best la... :lol:
Quote
 
 
0 #5 FKKee 2011-10-14 12:59
adakah perlu minta kebenaran dari pihak bertugas. terima kasih kpd sesiapa yg membalas.
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh