www.mykedah.org - Pusat Maklumat Negeri Kedah

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Chalet terapung di Segantang Garam, Merbok

emel Cetak PDF

MERBOK: Chalet Terapung Pertubuhan Peladang Kawasan Merbok yang terletak di Segantang Garam, di sini merupakan sebuah destinasi agropelancongan yang unik dan cantik dengan berlatar belakangkan panorama hutan paya bakau Sungai Merbok.

Untuk sampai ke Chalet Terapung Pertubuhan Peladang Kawasan Merbok ini, perjalanan darat 12 kilometer dari Pekan Merbok menghala ke Sungai Gelam, Bujang dan 20 minit menaiki bot dari Tanjung Dawai serta 30 minit menaiki bot dari Jeti Semeling.

Pengurus Bahagian Agro Pelancongan dan Infra Struktur Ladang di Pertubuhan Peladang Kawasan Merbok, Hamdan Awang berkata, antara kemudahan yang disediakan di situ ialah tiga buah chalet terapung dengan dua buah bilik tidur berhawa dingin setiap satu yang dilengkapi dengan perabut, peralatan dapur untuk memasak, televisyen dan kemudahan penginapan.

Menurutnya, kemudahan lain yang disediakan ialah pelantar terapung untuk aktiviti memancing dan riadah dilengkapi kiosk jualan makanan kering/minuman, kedai cenderamata, surau, tempat membakar ikan, akuarium dan sangkar ikan untuk memancing.

Bangunan pusat informasi dan sebuah dewan terapung untuk mesyuarat, jamuan makan, karaoke dan indoor games serta aktiviti berkayak turut disediakan di samping dua buah bot untuk aktiviti menyusuri Sungai Merbok, hutan paya bakau dan memancing di pulau-pulau berhampiran.

Jeti pendaratan/pelepas, pelantar menghubungi setiap bangunan terapung, wakaf menunggu serta kiosk jualan makanan kering dan minuman di darat, tapak meletak kenderaan dan jalan masuk melalui hutan paya bakau, bekalan air paip dan elektrik serta kemudahan internet, telefon dan Astro turut disediakan.

Kadar bayaran penginapan di Chalet Terapung ini ialah RM120 untuk satu malam (maksima enam orang) dan tambahan RM15 setiap orang termasuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas manakala untuk memancing tanpa menginap akan dikenakan bayaran sebanyak RM15 seorang (tanpa had masa) dan aktiviti pakej serta mesyuarat boleh dirunding. Masa untuk check in pada jam 2 petang dan masa check out pada jam 1 petang.

Untuk keterangan lanjut dan tempahan boleh menghubungi Pertubuhan Peladang Kawasan Merbok, Jalan Batu Hampar, 08400 Merbok, Kedah di talian 04-4572117 atau melalui faksimili: 04-4572611 (waktu pejabat) atau melalui e-mail: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya atau Hyder Jaleel Gafoor Abdul Rasheed (019-5746639) atau Hamdan Awang (019-4425560) atau Rozita Adnan (019-5775812).

Comments  

 
+11 #1 salina 2010-03-23 11:02
salam semua... saya telah pun melanggan chalet ini pada cuti sekolah baru-baru ini tapi malangnya tiada kemudahan seperti yg diwawarkan. tiada penghawa dingin, tv pun cuma satu sja, bilik air yg kotor dan nyamuk sangat banyak sehingga tak dapat nk tidur. sila betulkan kenyataan. tk
Quote
 
 
0 #2 BOB MALAU 2011-10-03 15:35
PIHAK PENGURUSAN ,,SILA AMBIL PERHATIAN,BUKAN KAH DIBAWAH PKK MERBOK ??
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh