www.mykedah.org - Pusat Maklumat Negeri Kedah

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Pulau Dayang Bunting

emel Cetak PDF

Pulau Dayang Bunting adalah pulau kedua terbesar dalam gugusan Pulau Langkawi, dan merupakan destinasi pelancongan yang popular.

Pulau itu, yang terletak 20 kilometer dari pekan Kuah mendapat nama dari suatu legenda yang terkenal di sini.
Legenda Tasik Dayang Bunting dikatakan sebuah tempat pemandian kegemaran seorang puteri dari kayangan bernama Mambang Sari. Dia diberi julukan sebagai Tasik Dayang Bunting.
Menurut cerita, seorang putera raja, Mat Teja, jatuh cinta dengannya dan menipu puteri itu untuk mengahwininya. Mereka dikurniakan seorang anak, yang kemudiannya meninggal dunia setelah tujuh hari akibat penyakit misteri.
Disebabkan terlalu sedih, Mambang Sari meletakkan mayat anaknya ke dalam tasik itu dan kembali semula ke dunia kayangan.
Sehingga ke hari ini, ada yang masih percaya wanita yang sukar mendapat anak, jika mandi dalam tasik itu akan dikurniakan anak. Ada yang turut mengakui kebenaran hal ini.
Tips
Tasik Dayang Bunting merupakan tasik air tawar terbesar yang terdapat di Langkawi. Pembentukan batu-bata di salah satu sisi tasik itu kelihatan seperti seorang wanita mengandung yang sedang baring.
Pengangkutan
Bot
Dari jeti Kuah atau Pantai Cenang, anda boleh menyewa bot untuk ke Pulau Dayang Bunting. Ia memakan masa 15 minit.
Talian Untuk Dihubungi
Hubungi Pusat Maklumat Pelancongan Langkawi: +604-966 7789 atau +604-955 7155.
Penginapan
Pulau Langkawi menawarkan pelbagai pilihan penginapan untuk para pengunjung.

Artikel ini dipetik dari http://www.tourismmalaysia.gov.my

Comments  

0 #1 Guest 2010-02-18 22:56
:smile:
Quote
 
+1 #2 eiza 2010-06-10 18:48
salam,saya nak tanya harga pengangkutan dan penginapan ke tasik dayang bunting untuk 2 hari 1 malam.hotel atau resort yg paling hampir dgn tasik.
Quote
 
+1 #3 sofea 2010-11-26 09:49
saya nak tanya berapa harga kalu menginap selama 7 hari 7 malamdi resort yang selesa tempatnya untnk lima orang :sad:
Quote
 
-1 #4 lyn 2011-01-14 18:58
8)
Quote
 
+1 #5 lynda 2011-05-06 15:56
salam, chelt @ hotel mn yg bdktan dgn tasik pulau dayang bnting, n bpeh kos 4ari 3mlm n bpeh kos pgkutan ke pulau tasik dyang bnting ;-) teme kceh.
Quote
 
-1 #6 yaya 2011-07-19 13:30
saye dh pernh gi tasik ni ,, sonok :lol:
Quote
 
Add comment

Security code
Refresh