
Tree Top Walk sepanjang 950 meter di Taman Rekreasi Sungai Sedim ini merupakan titian terpanjang di dunia.
Pelancong dari dalam dan luar negara datang ke destinasi semulajadi yang sunyi dari hiruk pikuk kota untuk menikmati pemandangan flora dan fauna yang terdapat di sepanjang titian kanopi ini.
Pelancong berpeluang melihat pemandangan hutan hujan yang tua ini dari perspektif yang amat berlainan ketika menyusuri Tree Top Walk ini.
Pelancong boleh melihat pemandangan sungai yang mengalir deras dan jenis-jenis tumbuhan dan hidupan liar yang sungguh menawan - kesemuanya dari ketinggian 50 m dari tanah.

Tips
Pakai kasut yang selesa untuk berjalan jauh dan bawa air minuman yang banyak serta sedikit makanan ringan kerana anda perlu merentas hutan menerusi sebatang jalan untuk sampai ke Tree Top Walk ini. Tambahan lagi, sebaik sahaja anda menaiki titian ini, tiada tempat untuk anda membeli minuman.
Pengangkutan
Kereta
Dari Kuala Lumpur, gunakan Lebuhraya Utara-Selatan (NSE) dan ambil susur keluar di Seberang Jaya, menuju ke Lebuhraya Butterworth-Kulim (NKE) dan pandu terus menuju ke Mahang.
Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web berikut http://www.treetopwalk.com.my/index.html Selain itu. anda juga boleh menghubungi Pejabat Tourism Malaysia Kedah di talian +604-731 2322 / 730 1322 atau Pusat Penerangan Pelancongan Bukit Kayu Hitam di talian +604-9222 078.
Penginapan
Tempat penginapan terdekat di sini terdapat di pekan Kulim kira-kira 30 km dari sini. Ianya merupakan sebuah hotel asas bertaraf 2-bintang.
Artikel ini dipetik dariĀ http://www.tourismmalaysia.gov.my
| < Sblm | Seterusnya > |
|---|









Comments
dijadikan tempat
pelancongan(kem ,chealet,hotel, rekreasidan homstay suasana yang tenang dan
nyaman berhampiran dengan tapak rekreasi sungai air deras sungai sedim ,
jambatan gantung terpanjang di dunia, berhampiran kawasan riadah dan berkelah.
kepada sesiapa yang berminta SILA HUBUNGI hj mohd khalif tel : 0126966090
mohd khairani(anak)0 127308515 "Ingin mencari tanah dusun di hulu sedim kedah.(
harga mengikut ukuran ekar yang diminta dan boleh
dirunding)
Price: 200k - 500k keatas
RSS feed for comments to this post