Yan Daerah Pelancongan

“ماي قدح - mykedah.org” ڤوست معلومت نڬري قدح - Pusat Maklumat Negeri Kedah

Yan Daerah Pelancongan

Yan Daerah Pelancongan

PDFCetakemel

Yan sebuah daerah yang kaya dengan tempat-tempat menarik. Ia dikelilingi pemandangan indah, masyarakat yang menghormati tetamu dan suasana yang damai. Terletak kira-kira 50 kilometer dari Alor Star dan 30 kilometer jika dari Sungai Petani. Ia sememangnya daerah pelancongan menarik untuk dilawati.


Tempat-tempat peranginan dan rekreasi yang sering menjadi tumpuan di daerah ini ialah seperti Hutan Lipur Titi Hayun, Hutan Rekreasi Batu Hampar, Hutan Rekreasi Sri Perigi dan banyak lagi. Tempat yang disebutkan ini mempunyai daya tarikan yang tersendiri.


Titi Hayun contohnya, ia tempat yang sesuai kepada mereka yang gemarkan aktiviti perkhemahan dan berkelah bersama keluarga . Ini kerana suasananya yang nyaman, tempat mandi-manda yang sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa dan tapak perkhemahannya yang luas. Selain itu di Titi Hayun terdapat tangga yang dikenali dengan panggilan Tangga Kenari. Tangga ini menuju ke atas bukit.


Selain dari Hutan rekreasi dan air terjun, Daerah yan juga ada pantai peranginan. Pantai yang dimaksudkan ialah Pantai Murni. Ia terletak tidak jauh dari pekan Yan Besar. Pemandangan di sini sungguh indah terutama pada waktu petang. Kedudukannya mengadap ke arah laut dan berlatar belakangkan Gunung Jerai sungguh mempersonakan. Kedai yang menjual makanan dan minuman juga terdapat di sini untuk pengunjung menjamu selera di tepi pantai. Pantai Murni sememangnya sebuah tempat sesuai kepada mereka yang ingin merehatkan diri.


Selain dari yang diceritakan di atas, banyak lagi tempat-tempat menarik yang ada di daerah ini kerana Yan sememangnya kaya dengan pusat peranginan dan rekreasi. Suasana yang damai, udara yang segar dan bumi yang menghijau. Ia semestinya pilihan mereka yang gemarkan aktiviti riadah dan suasana yang damai. Selamat datang ke daerah Yan!!

Comments (23)
  • kunciperak  - yan yang indah
    saya tertarik dengan keindahan dan ketenangan daerah yan dan kawasan pantai muri...tetapi saya agak
    kesal kerana prasarana di pantai murni kurang terjaga dengan baik :( ...harap prasarana seperti
    medan makan di pantai murni boleh dinaik taraf supaya dapat menarik lebih ramai pelancong tempatan
    dan luar serta meningkatkan industri pelancongan Kedah amnya.
  • azzah  - Potensi Daerah Yan sebagai kaw
    Sy anak kelahiran Yan...ngah wat latihan ilmiah pasal Yan sebagai kawasan yang berpotensi untuk
    dimajukan sebagai kawasan pelancongan...adakah anda semua bersetuju? :dry:
  • ikhwan
    avatar
    Azzah,

    Saya setujuu!!! .

    Kalau anda ada apa-apa nak tulis tentang Yan contohnya seperti tempat-tempat menarik, anda boleh
    kirimkan
    penulisan anda ke email admin[at]mykedah.org. Atau sekiranya anda mendaftar sebagai pengguna, anda
    boleh gunakan pautan Kirim Artikel yang ada pada ruangan menu ahli berdaftar.

    Semoga kita dapat mempromosikan tempat-tempat menarik yang ada di negeri Kedah ini.

    :) :) :D :D B) B)
  • lyn  - tempat menarik di alor star
    saya kini belajar di kl dlm ijazah perlancongan so tgh buat research tempat-tempat menarik sekitar
    alor star dan kubang pasu.saya dapati kedua tempat ini kurang tempat-tempat untuk melakukan aktiviti
    reakrasi tidak seperti yan atau baling. so saya ingin minta info mungkin ada tempat2 yang menarik
    sekitar as dan kubang pasu ini tetapi kurang mendapat sambutan dan promosi.terima kasih
  • ikhwan
    avatar
    Saudara/i lyn,

    Terima kasih dengan pendapat anda.

    Bentuk muka bumi daerah Kota Setar tidak seperti Yan dan Baling yang berbukit bukau dan mempunyai
    kawasan air terjun. tetapi untuk tempat rekreasi pada pendapat saya Gunung Keriang, Taman Rimba
    @ taman Jubli Perak yang berdekatan dengan wisma Darul Aman sesuai untuk aktiviti riadah.

    Gunung Keriang pada pendapat saya sesuai untuk rekreasi tetapi kurang mendapat sambutan.

    Sekian :) :) :)
  • kutu  - bodo
    tak versetail langsung :evil: :evil: B) :?: :idea: :arrow: :?: :!: :( <img src=hock:' title=':shock:' class='postemoticon' /> :X <img src=ide:' title=':side:' class='postemoticon' />
    :confused: :evil: :evil: :evil: :evil: :evil: :lol: :dry:
  • Muhammad Sufyan Bin Noorezan
    Yan sebuah daerah yang kaya dengan tempat-tempat menarik. Ia dikelilingi pemandangan indah,
    masyarakat yang menghormati tetamu dan suasana yang damai. Terletak kira-kira 50 kilometer dari Alor
    Star dan 30 kilometer jika dari Sungai Petani. Ia sememangnya daerah pelancongan menarik untuk
    dilawati
  • imama samudra
    :evil: dok tgk laman web ni tak pernah up det kot..... kerajaan kedah la ni dah bertukar..drpd
    kedah gemilang kepada kedah sejahtera....laman web ni masih dok pakai lagi slogan kedah
    gemilang....kenapa nak sebotajke...atau malas nak up det..
  • Man badak  - pusat latihan
    nk kata pusat latihan pn macam tapak camp..hm dikhaskan utk aktiviti2 riadah atau aktiviti2 luar
    kampus.menyediakan tapak khemah..dewan kursus untuk kem motivasi atau lain2 aktiviti...betul2 dlm
    kawasan peranginan batu hampar jalan kampung raga jgk la.haa badan2 kerajaan atau swasta n pelajar2
    ipt slalu masuk buat kem kt cni...nama tempat tu Anjung Pendeta...sesapa yg nk anjur kem tu boleh la
    masuk ctu bleh memuatkan lebih 100 perserta pada satu2 masa..boleh pilih nk masak sendri atau kami
    yang masak n mcm2 lg... :woohoo:
  • ikhwan
    avatar
    Saudara Man Badak,

    Kalau saudara ada maklumat tentang Anjung Pendeta, tulislah satu artikel tentang tempat itu. Promot
    di sini. B)
  • roslan saad  - yan memang indah dan cantik
    harap-harap pihak berwajib lebih banyak memainkan peranan dalam memajukan sektor pelancongan
    kedah..khususnya daerah sik yang sememangnya kaya dengan flora dan faunanya.........KEDAH MAJU
    2010....harap tercapai la misi tu...
  • ikhwan
    avatar
    Saudara Roslan Saad,

    kita bersetuju dengan pendapat saudara .

    Apabila saudara ada maklumat mengenai tempat-tempat menarik atau berita engenai daerah Sik semoga
    sauadara dapat berkongsi bersama dengan kami di sini.
  • Ezri
    Memang saya setuju, Yan sememangnya daerah yg begitu menarik. Tenang dan mendamaikan. Dulu saya
    pernah bersekolah di Yan selama 5 tahun. Dan boleh dikatakan waktu itu memang waktu yang paling
    mendamaikan. Selain Yan, daerah yg boleh dipromisikan sebagai tempat perlancongan di Kedah,
    semestinya daerah Kulim. Banyak air terjun terdapat di daerah ini. Contohnya arus deras sungai
    sedim. Saya rasa negeri Kedah sesuai dengan ecotourism. :)
  • edayah  - single
    :evil: yan tu tempat ke?paparlh gambar sekali..baru senang pguna nak tengok..
  • deqna
    sesiapa ada num telefon unutk menempah kem2 seperti kem kenari nature park dan anjung
    pelita??plz...urgent!! :(
  • Anonymous
    B)
  • yanie
    dulu masa saya mengaggur tempat untuk tenangkan fikiran di Yan. pergi lepak di air terjun n jogging
    d pantai murni. Rindunyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...wawawa
  • AZAM MUDDIN BIN YAHAYA  - beli tanah kebun getah
    askum............ da x tanah nak jual
  • nurazwana mohd irfan
    sya nk tau nme menteri pelancongan kedah...plez urgent :s
  • nurazwana mohd irfan
    Tempat yang agak2 best bagi saya ialah kem palas...dekat je gan titi hayun :P

  • nurazwana mohd irfan
    ley tlg sya?
  • Muhammad Sufyan Bin Noorezan  - hehehe...
    salam..tlg apa ark...
  • nurazwana mohd irfan
    ok lah out lu...
Write comment
Your Contact Details:
Comment:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img]   
:angry::0:confused::cheer:B):evil::silly::dry::lol::kiss::D:pinch:
:(:shock::X:side::):P:unsure::woohoo::huh::whistle:;):s
:!::?::idea::arrow:
Security
Please input the anti-spam code that you can read in the image.