Maksiat di Pantai Leman, Kuala Kedah

“ماي قدح - mykedah.org” ڤوست معلومت نڬري قدح - Pusat Maklumat Negeri Kedah

Maksiat di Pantai Leman, Kuala Kedah

Maksiat di Pantai Leman, Kuala Kedah

PDFCetakemel

La iLah ha il LalLAH……….

Pemuda dan Pemudiku

13 Julai 2008, 4.00 petang, hari Ahad, aku sebagai Pengerusi Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kubang Rotan, terima laporan dalam mesyuarat ada perbuatan maksiat para remaja Islam secara berleluasa telah berlaku dikawasan belukar sepanjang Pantai Leman, Seberang Kota Kuala Kedah hingga ke Kubang Jawi.

Penduduk tempatan meminta agar PKWR mengambil tindakan serperti memaklumkan kepada pejabat Agama, pihak keselamatan atau langkah berikutnya membersihkan kawasan belukar sepanjang pantai.

14 Julai 2008, 5.30 petang aku bersama Hj Yazid Hashim, Ahli Majlis MBBAS, Ahmad Hj Saleh, AJK PKWR dan Lee Hock Seng, Pembantu Setia PAS Kubang Rotan telah bertolak ke lokasi dengan menaiki kereta kancil YB Nasir Mustafa. (Dia tak dapat pergi kerana ada undangan majlis baca Yasin kat Sultan sambut 50 tahun jadi Raja)

Menyusuri jalan pantai yang penuh semak samun, jalan makin kecil masih tak jumpa pasangan yang merendek (buat maksiat).

Yang jumpa ialah kaki skodeng (mengendap) bersembunyi dalam semak, menanti mangsa untuk melihat lakonan panas remaja Islam.

Kami terpaksa turun kereta, jalan dah dipenuhi belukar, tiggal lorong kecil yang sesuai dengan motor sahaja. Aku telefon Ramli Shafie, Setiausaha PKWR kalau nak nak mai jangan mai dengan kereta tetapi mai dengan motor, malangnya dia dah bertolak dengan kereta Fadzil Baharum, Setiausaha DPPKK.


Tunggu beberapa ketika sampai, Mazhar Yusof (Art), AJK PKWR dengan motornya, balik dari tempat kerja. Mat Salleh dengan Lee Hock Seng Pinjam Motor Art untuk meninjau dilorong kecil.

Aku dok sembang dengan Hj Yazid dan Art macam mana nak buat masalah maksiat yang dok berlaku, sambil ditiup angin petang yang sedap, sekali-sekala bau selut Pantai Leman menusuk kelubang hidung, air laut dalam proses kembali pasang.

Tengah dok sembang sampai orang Kampung dekat situ bersama anak kecil menaiki motor, lepas tu sampai pula Mat Nor Kubang Jawi, Art tumpang motor Mat Noor masuk dalam lorong kecil yang penuh semak.

Aku terus sembang pula dengan Hj Yazid dan Orang Kampung yang sampai, lepas tu sampai pula Bang Mat Tiang, sembang lagi macam mana nak selesai masalah, macam idea diberi.

Ada Minta Tauliah nak jadi pencegah maksiat

Ada suroh buboh papan tanda melarang melakukan maksiat

Ada suroh tolak semak samun sepanjang pantai

Depa yang masuk lorong dalam semak sampai balik…. Aku tanya, “apa macam ada ka orang dok beromen”.

Depa kata, “ada, baru dok muqadimah”

Aku minta pinjam motor kat Orang Kampung yang datang bersembang dengan kami.

Start, motor aku pula masuk kelorong dalam semak, 5 minit jumpa sepasang, lepas tu jumpa lagi, lepas tu jumpa lagi………….. Oooooo ….oh……. Ni tak boleh jadi, aku patah balik.

Berhenti kat pasangan pertama (yang betina pakai tudong), Tanya depa, “Buat apa ni” Depa jawab “Saja, Pak Cik, ambil angin petang” Aku Tanya balik, “awat yang mai ambil angin petang dalam semak cik oiii…, pi balik”

Rupanya depa patuh……. Ambil motor dan balik, yang betina celapak naik dibelakang lah (takan nak tinggal dalam semak tu pulak).

Lepas pasangan berikutnya…….. aku hambat balik pulak, masa ni aku rasa Mat Salleh sampai dan dia sempat ambik gambar.

Selepas halau……… keluar dengan motor dari lorong semak samun.

Kami sambung sembang.

Azizi Abdullah. AJK DPPKK kata, “Kawasan ni jadi macam Singpore le…”

Lee Hock Seng dengar, dia terus jampuk (mencelah), “itu Singapore, biar kat depa la, ini tempat kita mana boleh perintah Islam buat kotor macam tu, nak kencing pun kita dak tunjuk kat orang ooooo….(sambil menggaya orang jantan kencin)”

Dia tambah lagi, “Saya bila kawan dengan Laset (YB Nasir) pun dah kurang buat jahat, oooooooo….”

Aku tepuk dahi, “malu, Cina kapiaq Lee, boleh cakap macam tu”

Pemuda dan Pemudiku hasil dari real story di atas, kita tidak perlu tauliah nak tangkap yang buat maksiat. Kita tak perlu papan tanda cegah maksiat, kita tak perlu orang pejabat agama turun mengendap dan tangkap dan kita tak perlu tolak semak samun tu, kalau nak tolak kena tolak bersih sampai Kuala Perlis.

1. Yang kita perlu ialah kepekaan penduduk setempat terhadap amal maaruf nahi mungkar, aku bukan suroh katok mereka yang dok beromen, Cuma kalau geng lebai yang dok sembahyang dimasjid, lepas Asar cuba la pi bersembang di tempat banyak maksiat lepas tu tengot anak remaja yang nak merendek tu tegor dan nasihat mereka.

2. Yang kita perlu ialah mereka yang dok mengaji kuliah (kilik kitab sampai kitab bau ketiak, ketiak bau kitab) – amalkan apa yang dipelajari dengan melihat sekitaran kita kelaku kelayak remaja dan halanglah mereka dari terjerumus lebih jauh.

3. Yang kita perlu ialah kesedaran semua umat Islam sekitar, bahawa kerja kotor yang dibuat oleh remaja ini, jika tidak dihalang akan mendatang musibah pada generasi akan datang dan ia adalah tanggung jawab semua pihak untuk mencegahnya.

4. Yang kita perlu ialah tindakan Dewan Pemuda PAS Kawasan, yang lama dah dok Usrah……… awat hang je Puad nak masuk syurga akhirat, biar anak remaja baya hampa masuk syurga dunia, terjun neraka di akhirat.

5. Kerjasama sama semua pihak amat diperlukan untuk membendung gejala maksiat ini, dan insyaAllah kami di PKWR Kubang Rotan pandang serius gejala maksiat ini…… mari sama-sama kita bersih unsur maksiat sepanjang pantai Leman, Seberang Kota, Kuala Kedah (Berhampiran Marina Castle yang dibina zaman Tun Mahathir) dan seluruh Kedah ini.

6. Kepada orang luar kawasan mari lah melawat, menghirup udara petang sambil tolong cegah maksiat. Relax dapat pahala dapat insyaAllah, Cuma jangan skodeng je………….

Comments (11)
  • mabubak
    area kuala kedah yg ngadap laut ni mmg kawasan panas utk maksiat...la ni tgk semak2 dan pokok2 besar
    dah kena tolak

    kurang la sket depa nak buat keja. tapi masih ada lagi...org PAS kalo ampa betul2 nak tegak syiar
    islam ampa gempur la kawasan2 panas ni..jgn asyik politik ja
  • anak_jati
    :X

    kegiatan maksiat berlaku d mana saja,elok pihak pihak brwajib pantau kegiatan yg tidak berfaedah
    ini,
  • aloq janggus..
    kepada yang bertanggungjawab...minta sangat agar majlis ilmu ditambah, terutama di masjid-masjid
    yang dilihat semakin berkurangnya fungsi.. kalau boleh kerapkan aktiviti ceramah ilmu sebelum jumaat
    dan selepas maghrib.nak harap ustaz2 kat sekolah tu banyak manalah sangat ilmu yang masuk. tok-tok
    imam juga harus berani menegur anak2 kariah dan mengajak ke arah kebaikan. selain tu, remaja ni
    perlukan permainan.. sediakan aktiviti untuk remaja bermain seprti bolasepak, badminton, sepakraga
    dan sebagainya.. jangan asyik ronda dan cari salah orang ja.. kita kena jaga orang muda ni, harap2
    xdakla rempit banyak sangat.. remaja perempuan pun kena sediakan aktiviti utk mereka.. kelas
    menjahit, memasak, semua ada.. pikir-pikirlah.. ekonomi kita pun kena jaga..
  • ahmad jehan  - cadangan
    saya nak beri cadangan kepada pihak berwajib...untuk mengelak perkara sedemikian minta pihak penguat
    kuasa agama islam buat rondaan setiap ptg setiap minggu.jika dapat cekup mamat poyo minah gedik
    nie.bawak naik atas lori pusing2 satu kampung dengan kain rentang.dengan perkataan saya mintak maaf
    pada agama saya dan masyarakat kerana melakukan maksiat di pantai sekian2...beri kaunseling 1 minggu
    buat kerja amal...
  • Mohd Yussof  - kahwin dua tiga
    galak kawin dua tiga baru kurang maksiat
  • ali bin napiah  - menara roboh tak ikut prosedur
    :evil: menteri besar kedah tolong tgk-tgk mpkk kulim
  • Fuadi  - re: menara roboh tak ikut prosedur
    Saudara Ali,



    Terima kasih kerana mengunjungi laman mykedah.org.



    Saudara tersalah saluran, di sini bukan saluran aduan kepada menteri besar. Sila gunakan saluran
    yang betul untuk membuat aduan.



    Sekian, terima kasih

    B) B) B)

    ali bin napiah wrote:
    :evil: menteri besar kedah tolong tgk-tgk mpkk kulim
  • ZIZ  - MAKSIAT DI DEPAN MASJID SBG KOTA
    <img src=hock:' title=':shock:' class='postemoticon' /> SAYA X DUK DI KOLA.TAPI ANAK JATI KOLA.TIAP KALI BALIK ADA SAJA BUDAK/REMAJA DUK MERENDEK DI
    DEPAN MASJID SBG KOTA JALAN KE SK SBG KOTA TEPI KLINIK IBU DEKAT DGN RUMAH AJK MASJID SBG KOTA ORG
    KUAT UMNO.MAT TIANG PUN TAU NI.JADI MINTA LA PERHATI SAMA MASALAH NI.BUKAN KAT PANTAI PAK LANG LEMAN
    SAJA WEI.DPN MASJID PUN DEPA PROJEK.KACAU WEI...PAK NDAK DON KENA AMBIK PERHATIAN LA.KG KITA
    NI.ALLAH TAK PILIH2 BILA NAK TURUN BALA.SEMUA KENA BANG.PAK MID HARAP DAPAT BAGI LAPORAN LA...

    AIR KETUM PUN SATU MASALAH JUGA.SEJAK PAS PERINTAH NI AIR KETUM DAH BERLELUASA.UMNO KA PAS KA SEMUA
    MINUM.MAI SAMA-SAMA KITA PAKAT HIDUP CARA ISLAM.

    ANAK MUDA GENG KITA..YB NASIR TENGOK NO.SAYA SOKONG ANDA.
  • Anonymous  - maksiat!!!!!!!.
    klau tangkap tngah dokj merendek 2 soh kawin je trus....habis cita.. B) B)
  • Lay kbg jawi  - Ronda-ronda
    Kerapkan rondaan. Ramai-ramai pakat pi raound lepaih solat asar tu, pakai kepiah putih. kalau jumpa
    budak2 jantan/betina dok situ pi pelan2 nasihat....kalau dah selalu dok kena nasihat dan ramai orang
    dok ronda depa pun tak pi dah la.
  • jinggo  - bentuk keluarga sendiri dulu..!!
    adik yb nasir lagi hebat ... tiap2 malam dok disko ... jadi tokan dadah plak tu .. betina toksah dok
    habaq la.. cuba bentuk diri sendiri dan keluarga dulu.. baru bole bentuk masyrakat..

    terang lagi bersuluh..
Write comment
Your Contact Details:
Comment:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img]   
:angry::0:confused::cheer:B):evil::silly::dry::lol::kiss::D:pinch:
:(:shock::X:side::):P:unsure::woohoo::huh::whistle:;):s
:!::?::idea::arrow:
Security
Please input the anti-spam code that you can read in the image.