Belacan

“ماي قدح - mykedah.org” ڤوست معلومت نڬري قدح - Pusat Maklumat Negeri Kedah

Belacan

PDFCetakemel

Belacan diperbuat dari udang dan popular di negeri Kedah. Ia digunakan sebagai penambah rasa dalam masakan terutama masakan pedas seperti sambal dan lain-lain. Ada pepatah yang mengatakan "lain padang lain belalang", begitu juga dengan proses pembuatan belacan.

Di sekitar tempat tinggal penulis, pembuat belacan boleh dijumpai di kampung-kampung yang berdekatan dengan laut dan mereka terdiri dari golongan nelayan. Kebanyakan proses membuat belacan ini hanya dijalankan secara kecil-kecilan dan dilakukan di rumah.
Untuk membuat belacan, udang yang digunakan ialah udang sirin (mungkin ditempat lain ia dikenali dengan nama yang lain). Udang ini bersaiz kecil dan hanya boleh didapati pada waktu tertentu dan bergantung kepada keadaan pesisir laut.

Proses pertama membuat belacan bermula dengan membersihkan udang dari benda asing. Proses ini amat penting kerana mutu belacan berkait rapat dengan kualiti udang yang digunakan. Udang dari jenis lain juga kurang sesuai digunakan untuk membuat belacan.

Kemudian setelah udang dibersihkan, ia akan dikeringkan di bawah panas terik matahari dalam jangka masa 1 - 2 hari jika cuaca baik.

Setelah udang tadi dikeringkan, ia akan ditumbuk atau dikisar sehingga lumat. Alat yang digunakan untuk menumbuk belacan ialah lesung kayu, tetapi cara ini semakin jarang digunakan dan lesung diganti dengan mesin pengisar khas. Tetapi ada yang mengatakan belacan yang dihasilkan dengan cara menumbuk lebih bermutu dari yang dikisar. Ini kerana udang yang ditumbuk lebih lumat dari yang dikisar.

proses terakhir membuat belacan ialah memampatkan udang yang telah dilumatkan tadi menjadi ketulan mengikut saiz dan berat yang dinginkan. Kemudian ia akan dibungkus bagi menjaga mutu dan tidak mudah rosak. Belacan yang telah siap dihasilkan akan dijual kepada penduduk kampung berhampiran. Ada sesetengah pembuat belacan yang sudah maju dan mula memasarkan produk mereka ke bandar dan kedai-kedai.

Di negeri Kedah ini memang tidak sukar untuk mendapatkan belacan kerana setahu penulis, dari perkampungan tepi laut Tanjung Dawai hingga ke Sanglang pasti ada yang membuat belacan. Tetapi kalau hendak senang pergi saja ke Pekan Rabu. Selain belacan, makanan tradisi Kedah yang lain sememangnya ada di sana.
Comments (7)
  • acame77  - banyakkan maklumat lg
    :cheer: usaha lagi..
  • jacqueline
    good in writting, and full of information, i found what i should have, thanks~
  • zue


    letak lagi banyak info..... :whistle:
  • Anonymous
    maklumat bergambar de x? :D
  • ikhwan
    avatar
    Anonymous |30-10-2009 04:29:36 ,



    Tak ada gambar, sebab tak sempat ambil gambar orang sedang buat belacan... :cheer: :)



    InsyaAllah artikel yang akan datang dan seterusnya akan ada gambar menyusul.

Write comment
Your Contact Details:
Comment:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img]   
:angry::0:confused::cheer:B):evil::silly::dry::lol::kiss::D:pinch:
:(:shock::X:side::):P:unsure::woohoo::huh::whistle:;):s
:!::?::idea::arrow:
Security
Please input the anti-spam code that you can read in the image.