Wayang Kulit Seri Asun - Persembahan Wayang Kulit

“ماي قدح - mykedah.org” ڤوست معلومت نڬري قدح - Pusat Maklumat Negeri Kedah

Wayang Kulit Seri Asun - Persembahan Wayang Kulit

PDFCetakemel

Upacara Buka Panggung

Dilakukan bagi menyenangkan persembahan yang akan diadakan. Agar dapat dijalankan dengan lancar tanpa gangguan dan halangan.

Semasa upacara ini, alat-alat muzik turut dijampi bagi tujuan menarik minat para penonton.

Barang-barang yang diperlukan :

  1. Kemenyan
  2. Tepak sireh
  3. Tiga batang lilin
  4.  Wang pengeras sebanyak RM2.15

Peranan Dalang

Orang yang bertanggungjawab mengendalikan persembahan wayang kulit ini dikenali sebagai Tok Dalang. Beliau juga membuat peranan seperti:

  1. Sebagai pengarah dan pelakon - Dalang menggerakkan mulut dan tangan patung serta menggerakkan keseluruhan patung.
  2. Dalang sebagai pencerita - Dalang memberi dialog kepada patung.

Semasa persembahan wayang kulit, Dalang akan menentukan cerita dan lagu yang akan dimainkan. Kebanyakkan cerita dan lagu yang sering dimainkan pada masa kini telah dimodenkan. Namun begitu, cerita-cerita lama turut dimainkan pada masa-masa tertentu.

 

Upacara Tutup Panggung

Semasa Buka Panggung, suatu rajah dilukis di batang pisang, apabila Tutup Panggung, rajah itu dibuang oleh Dalang bagi mengelak kemudaratan. Upacara ini bertujuan mengembalikan roh-roh yang telah dipuja oleh Dalang ke tempat asalnya.

 

Sumber: http://memori-kedah.net
Comments (0)
Write comment
Your Contact Details:
Comment:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img]   
:angry::0:confused::cheer:B):evil::silly::dry::lol::kiss::D:pinch:
:(:shock::X:side::):P:unsure::woohoo::huh::whistle:;):s
:!::?::idea::arrow:
Security
Please input the anti-spam code that you can read in the image.