Wayang Kulit Seri Asun - Latar Belakang Peribadi
Wayang Kulit Seri Asun - Latar Belakang Peribadi
Terakhir dikemaskini (Selasa, 30 November 1999 08:00) Khamis, 26 Februari 2009 12:28
Tarikh Lahir : 24 Januari 1949.
Pekerjaan : Dalang Wayang Kulit.
Pendidikan : Sekolah Kebangsaan Binjai.
Sek. Men. Lanjutan Kampung, Jitra.
Nama Isteri : Che Amah bt. Kechik.
Alamat : Kampung Kunluang, Mukim Binjai 06000, Asun Jitra Kedah.
Encik Abdul Majid adalah anak kedua kepada Encik Mohd. Noh Bin Haji Mahmud, pengasas perkumpulan Wayang Kulit Seri Asun, Jitra. Menurut Encik Abdul Majid, beliau mula menceburkan diri dalam permainan ini sejak berumur 16 tahun. Minatnya dalam bidang ini timbul apabila beliau selalu mengikut dan melihat bapanya bermain wayang kulit ke merata tempat. Dari saat itu, beliau sudah merasakan bahawa suatu hati nanti beliau perlu untuk mewarisi ilmu tersebut dari bapanya.
Bertolak dari situ, Abdul Majid mula mempelajari asas-asas permainan wayang kulit dari bapanya serta ahli-ahli kumpulan Seri Asun yang lain.
Sumber: http://memori-kedah.net
-
|16-04-2009 05:32:34 ikhwan
-
|124.82.40.xxx |21-08-2009 18:14:19 izzahsaya nak tanya dah ada orang buat atau belum kajian atau tasis tentang wayang kulit seri asun
| < Sblm | Seterusnya > |
|---|




alamat atau no. phone.
Tima kasih