Tree Top Walk Sungai Sedim

“ماي قدح - mykedah.org” ڤوست معلومت نڬري قدح - Pusat Maklumat Negeri Kedah

Tree Top Walk Sungai Sedim

Tree Top Walk Sungai Sedim

PDFCetakemel

Tree Top Walk sepanjang 950 meter di Taman Rekreasi Sungai Sedim ini merupakan titian terpanjang di dunia.

Pelancong dari dalam dan luar negara datang ke destinasi semulajadi yang sunyi dari hiruk pikuk kota untuk menikmati pemandangan flora dan fauna yang terdapat di sepanjang titian kanopi ini.

Pelancong berpeluang melihat pemandangan hutan hujan yang tua ini dari perspektif yang amat berlainan ketika menyusuri Tree Top Walk ini.

Pelancong boleh melihat pemandangan sungai yang mengalir deras dan jenis-jenis tumbuhan dan hidupan liar yang sungguh menawan - kesemuanya dari ketinggian 50 m dari tanah.

Tips

Pakai kasut yang selesa untuk berjalan jauh dan bawa air minuman yang banyak serta sedikit makanan ringan kerana anda perlu merentas hutan menerusi sebatang jalan untuk sampai ke Tree Top Walk ini. Tambahan lagi, sebaik sahaja anda menaiki titian ini, tiada tempat untuk anda membeli minuman.

Pengangkutan

Kereta

Dari Kuala Lumpur, gunakan Lebuhraya Utara-Selatan (NSE) dan ambil susur keluar di Seberang Jaya, menuju ke Lebuhraya Butterworth-Kulim (NKE) dan pandu terus menuju ke Mahang.

Talian Untuk Dihubungi

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web berikut http://www.treetopwalk.com.my/index.html Selain itu. anda juga boleh menghubungi Pejabat Tourism Malaysia Kedah di talian +604-731 2322 / 730 1322 atau Pusat Penerangan Pelancongan Bukit Kayu Hitam di talian +604-9222 078.

Penginapan

Tempat penginapan terdekat di sini terdapat di pekan Kulim kira-kira 30 km dari sini. Ianya merupakan sebuah hotel asas bertaraf 2-bintang.

Artikel ini dipetik dari http://www.tourismmalaysia.gov.my

Comments (0)
Write comment
Your Contact Details:
Comment:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img]   
:angry::0:confused::cheer:B):evil::silly::dry::lol::kiss::D:pinch:
:(:shock::X:side::):P:unsure::woohoo::huh::whistle:;):s
:!::?::idea::arrow:
Security
Please input the anti-spam code that you can read in the image.