Pusat Sains Negara wilayah utara

“ماي قدح - mykedah.org” ڤوست معلومت نڬري قدح - Pusat Maklumat Negeri Kedah

Pusat Sains Negara wilayah utara

Pusat Sains Negara wilayah utara

PDFCetakemel

 

Pusat Sains Negara Wilayah Utara

Satu lagi destinasi menarik untuk dikunjungi apabila bertandang ke negeri Kedah ini adalah Pusat Sains Negara Wilayah Utara. Lokasinya terletak di Gunung Keriang kira-kira 8 km dari bandar Alor Setar dan bersebelahan dengan Muzium Padi. Pusat sains ini mempamerkan kepada orang ramai berkenaan dengan sains, teknologi dan inovasi terbaru.

Di sini, pengunjung dapat mempelajari pelbagai perkara mengenai sains kerana terdapat banyak peralatan yang menerangkan kaedah-kaedah yang berkaitan dengan teknologi dan sains.

 

Yang paling menariknya adalah apabila melangkah masuk ke dalam dewan pameran.

Menunggang basikal di atas tali

Belajar bagaimana ombak berlaku

 

Bagaimana tornado terbentuk ? Datang ke sini untuk mengetahuinya

Apakah ini?  kop..? ooo... wentzscopes namanya.  Apabila datang ke sini, anda boleh mencuba banyak lagi peralatan seperti wentzscopes ini.

 

Banyak lagi perkara menarik yang ada apabila anda berkunjung ke sini Pusat Sains Negara Wilayah Utara di negeri Kedah ini.

Maklumat Ringkas

Dibuka setiap hari bermula pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang untuk lawatan dan masuk adalah percuma. Kemudahan yang disediakan di sini adalah surau, tandas, kafeteria dan lain-lain.

Sangat sesuai untuk pelajar-pelajar dan keluarga.

Cara menghubungi:

Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara,  Gunung Keriang, 06500 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Nombor Telefon: 04-735 3373   Nombor Fax: 04-735 3386 Atau kunjungi laman sesawang di http://www.psn.gov.my untuk maklumat lanjut.

 

Comments (27)
  • din  - kedah
    saya nak bertanya pusat sains negara tu ada huntu ka dat :kiss: :arrow: :X
  • ikhwan  - re: kedah
    avatar
    Din,



    din wrote:
    saya nak bertanya pusat sains negara tu ada huntu ka dat :kiss: :arrow: :X




    Di Pusat sains negara Wilayah Utara tak dak hantu aihhhh pi la melawat. Hantu tarak lampu ada....



    :lol: :D :unsure: :whistle:
  • nursolehah  - basikal tu boleh jatuh tak.
    assalammulaikun,saya nursolehah binti hasenizam dari pendang kedah,saya nak tanya basikal tu boleh
    jatuh x? ketika saya pi dengan kawan kawan saya rasa takut sangat saya takut jatuh sahaja masa tu
    saya pi kem satu malaysia mereka bawa kami pi sana.
  • Fuadi  - re: basikal tu boleh jatuh tak.
    Waalaikumussalam,



    Terima kasih kerana maklum balas kepada kami di sini.



    Nur Solehah,



    mengenai pertanyaan saudari "basikal tu boleh jatuh tak", Hal ini perlu tanya sendiri pada
    pihak yang berkaitan. B)



    Sekian, Terima kasih.



    nursolehah wrote:
    assalammulaikun,saya nursolehah binti hasenizam dari pendang kedah,saya nak tanya basikal tu boleh
    jatuh x? ketika saya pi dengan kawan kawan saya rasa takut sangat saya takut jatuh sahaja masa tu
    saya pi kem satu malaysia mereka bawa kami pi sana.
  • Dina  - Bertanya
    Assalamualaikum,
    saya ada beberapa soalan

    1. Adakah PSN Kedah akan mengenakan bayaran pada tahun hadapan?
    2. Adakah PSN kedah mempunyai program atau pameran yg sentiasa dikemaskini dari semasa kesemasa
    ataupun hanya statik (tidak berubah) sehinggalah selama-lamanya
    3. Adakah PSN Kedah mempunyai pegawai yg terlatih ataupun tangkap muat untuk memberikan penerangan
    kepada pengunjung?

    Sekian terima kasih..
  • izzati  - menarik atau tidak
    hai nama saya izzati,assalammualaikum saya nak tanya sediki sahaja,di Pusat Sains itu menarik atau
    tidak?hantar jangan lama sangat noh.
  • nur solehah  - perasaan apabila masuk ke pusat sains
    assalammualaikukm, saya ingin cerita apabila saya masuk ke pusat sains.apabila saya masuk ke pusat
    sians saya rasa :woohoo: terkejut melihat bertapa cantiknya dan saya rasa saya duduk di dunia
    teknologi yang bergitu cangih.saya nak tanya apakah nama nama benda disitu.masa saya pergi saya
    tidak dapat melihat apa nama nama benda disitu kerana guru saya menyuruh kami melihat dengan cepat.



    sekian sahaja.
  • ummi shafiqah  - adakah buka masa hari jumaat
    assalammualaikum saya ummi ssaya nak tanya hari jumaat buka tak?
  • ikhwan  - re: Bertanya
    avatar
    Waalaikumussalam,



    saudari Dina,



    Mengenai soalan-soalan saudari itu patutnya ditanyakan kepada pihak PSN Kedah sendiri dan bukannya
    kepada kami. Laman mykedah.org cuma memberikan maklumat-maklumat mengenai negeri Kedah dan tiada
    kaitan PSN Kedah ini.



    Oleh itu saya sarankan saudari mengunjungi laman PSN di alamat http://www.psn.gov.my kerana di sana
    ada pautan untuk orang ramai memberikan maklum balas secara terus kepada pihak PSN.



    Terima kasih kerana maklum balas kepada kami.



    Dina wrote:
    Assalamualaikum,

    saya ada beberapa soalan



    1. Adakah PSN Kedah akan mengenakan bayaran pada tahun hadapan?

    2. Adakah PSN kedah mempunyai program atau pameran yg sentiasa dikemaskini dari semasa kesemasa
    ataupun hanya statik (tidak berubah) sehinggalah selama-lamanya

    3. Adakah PSN Kedah mempunyai pegawai yg terlatih ataupun tangkap muat untuk memberikan penerangan
    kepada pengunjung?



    Sekian terima kasih..
  • ikhwan  - re: menarik atau tidak
    avatar
    Waalaikumussalam,



    Hai Izzati,



    Menarik atau tidak PSN Kedah begantung kepada individu itu sendiri. Lain orang lain citarasa, Tetapi
    bagi saya PSN Kedah menarik untuk dilawati terutama bagi pelajar-pelajar sekolah kerana banyak
    perkara yang boleh dipelajari di sana.



    Sekian, Terima kasih . :)



    izzati wrote:
    hai nama saya izzati,assalammualaikum saya nak tanya sediki sahaja,di Pusat Sains itu menarik atau
    tidak?hantar jangan lama sangat noh.
  • ikhwan  - re: adakah buka masa hari jumaat
    avatar
    Waalaikumussalam,



    Saudari ummi shafiqah,



    Terima kasih kerana maklum balas kepada kami di sini.



    Quote:
    Dibuka setiap hari bermula pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang untuk lawatan dan masuk adalah
    percuma.




    Sekian. B)



    ummi shafiqah wrote:
    assalammualaikum saya ummi ssaya nak tanya hari jumaat buka tak?
  • ikhwan  - re: perasaan apabila masuk ke pusat sains
    avatar
    Waalaikumussalam..



    Saudari Nur Solehah,



    Kalau hendak tahu nama-nama peralatan yang ada di situ, saudari perlulah berkunjung sekali lagi,
    pergi dengan keluarga, barulah sempat tengok semua yang ada di situ.



    nur solehah wrote:
    assalammualaikukm, saya ingin cerita apabila saya masuk ke pusat sains.apabila saya masuk ke pusat
    sians saya rasa :woohoo: terkejut melihat bertapa cantiknya dan saya rasa saya duduk di dunia
    teknologi yang bergitu cangih.saya nak tanya apakah nama nama benda disitu.masa saya pergi saya
    tidak dapat melihat apa nama nama benda disitu kerana guru saya menyuruh kami melihat dengan cepat.



    sekian sahaja.
  • NUR SOLEHAH  - TERIMA KASIH
    SALAM, :lol: TERIMA KASIH ATAS MEMBALAS MESEJ INI DAN MEMBERI MAKLUMAT KEPADA SAYA
  • izzati  - disitu macam dengan petrosains dak
    hai,saya nak tanya disitu macam dengan petrosains dak?kalau sama mesti seronok punya.di situ ada
    sains show dak.saya tahu dari sepupu saya nur solehah tapi saya tak percaya sebab dia selalu
    bergurau dengan saya.kalau ada maknanya dia tak bohong
  • alif amirul  - ada apa yang menarik
    hai saya amirul,saya nak tanya ada apa yang paling menarik kat PSN.nanti kalau ada masa saya nak pi
    la dngn my family. :)
  • ikhwan  - re: disitu macam dengan petrosains dak
    avatar
    izzati wrote:
    hai,saya nak tanya disitu macam dengan petrosains dak?kalau sama mesti seronok punya.di situ ada
    sains show dak.saya tahu dari sepupu saya nur solehah tapi saya tak percaya sebab dia selalu
    bergurau dengan saya.kalau ada maknanya dia tak bohong




    Hai Izzati,



    saya tidak pernah pergi ke PETROSAINS, jadi tidak tahu samaada sama atau tidak.



    Pergilah melawat, menarik juga PSN cawangan kedah ni.



    :cheer:
  • ikhwan  - re: ada apa yang menarik
    avatar
    Hai amirul,



    Banyak perkara menarik di PSN, antaranya adalah seperti gambar-gambar yang di tunjukkan di atas.
    Pergilah melawat, memang menarik.



    alif amirul wrote:
    hai saya amirul,saya nak tanya ada apa yang paling menarik kat PSN.nanti kalau ada masa saya nak pi
    la dngn my family. :)
  • nazifa  - ada sains show tak?
    hai,saya nak tanya ada sains show dak kalau ada mesti menarik.saya nak tanya sains show tu
    bok\leh tak datang ke sekolah sekolah yang ada.kalau boleh datang lah kat sekolah saya nama
    sekolah saya ialah sekolah kebangsaan haji mohd ariff kat pendang ayer puteh dalam datang la.
  • zulfadzli bin zamri  - assalammulaikum
    assalammulaikum saya ckup bangga kerana akhirnya negeri kita ada juga sebuah pusat sains yang macam
    kat kula lumpur tu x payahlah susah pi jauh-jauh
  • nabila binti abdul samad  - ape yang menarik?
    bai nama saya nabila.saya nak tanya apa yang menarik sangat disitu? saya rasa tempat tu mesti sama
    dngn petrosains kat kuala lumpur sama atau dak saya tak ;) pasti la.okey bye bye.
  • balqis  - kenapa tutup pukul 5.00 ptg
    salam, saya balqis saya nak tanya sikit kenapa tutup awal sangat tutup la pukul 6.30ptg.saya nak ke
    situ tapi kami sekeluarga tiba disitu pukul 5.54 ptg so kami tak dapat pergi :( .saya rasa sedih
    sangat.setakat itu sahaja .bye
  • z_jinan
    salam

    saya orang kedah kalau nak tau tentang kecantikan dan keistimewaan sesuatu tempat tu mestilah kena
    melawat...bak kata pepatah "tak kenal maka tak cinta" :cheer:
  • Anonymous  - wan
    boleh dapatkan no pusat sains ini..?...blas cpat k..
  • ikhwan
    avatar
    wan,

    Cara menghubungi:

    Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara, Gunung Keriang, 06500 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

    Nombor Telefon: 04-735 3373 Nombor Fax: 04-735 3386 Atau kunjungi laman sesawang di
    http://www.psn.gov.my untuk maklumat lanjut.

    Sekian.
  • MOHAMAD ABU HASAN  - LAWATAN SAMBIL BELAJAR
    saya berminat untuk menganjurkan lawatan sambil belajar ke sini:



    1. Ada penunjuk cara(guide)?

    2. Perlu buat secara rasmi?

  • ikhwan
    avatar
    Saudara Mohamad Abu Hasan,



    Ada baiknya saudara menghubungi pihak PSN kerana di sini bukannya laman rasmi PSN cawangan wilayah
    utara.



    Menghubungi mereka secara terus adalah lebih baik.
Write comment
Your Contact Details:
Comment:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img]   
:angry::0:confused::cheer:B):evil::silly::dry::lol::kiss::D:pinch:
:(:shock::X:side::):P:unsure::woohoo::huh::whistle:;):s
:!::?::idea::arrow:
Security
Please input the anti-spam code that you can read in the image.