any body tell me tntang lebih tentang muzium padi
Muzium Padi
Muzium Padi
Terakhir dikemaskini (Khamis, 12 Mac 2009 16:24) Khamis, 04 Oktober 2007 20:08
Salah satu tempat menarik yang wajib dikunjungi di negeri Kedah ialah Muzium Padi. Lokasinya terletak kira-kira 8 kilometer dari bandar Alor Star. Ia dibuka dengan rasminya oleh KDYMM Tunku Sultan Haji Abdul Halim Muadzam Shah, Sultan Negeri Kedah pada 12 Oktober 2004, bersamaan 27 Syaaban 1425 hijrah.
Muzium ini adalah satu-satunya muzium padi di Malaysia. Ia mempamerkan bahan-bahan berkaitan padi yang melibatkan budaya, penyelidikan dan pembangunan serta perkembangan teknologi padi.
Muzium ini berkeluasan 12,000 meter persegi dan mempunyai tiga aras. Di aras 1 dipamerkan sejarah penanaman padi, variati-variati padi, alat persawahan tradisional seperti anok, renggam dan lain-lain. Selain itu alat menangkap ikan tradisional yang hampir pupus seperti sepila, tuar, bubu dan lain-lain juga dipamerkan di aras ini. Di aras 2 pula ada 6 galeri. Di galeri ini kita boleh melihat lukisan-lukisan yang menggambarkan aktiviti pertanian dari bermula dari zaman penjajah hingga sekarang. Di aras ini juga kita dapat menontong dokumentari mengenai kaedah penanaman padi yang ada ditayangkan di sini setiap hari.
Yang paling menarik dan unik di Muzium padi ini ialah apabila berada di aras 3. Di sini kita dapat melihat panorama tanaman padi dalam bentuk mural dan lanskap. Mural yang berketinggian 8 meter dan 103 meter panjang ini adalah salah satu mural yang terbesar dan tercantik di Malaysia. Di aras ini ada ruang pemerhati terletak di atas platform berputar.
Setelah puas melawat ke semua galeri, pasti inginkan sesuatu untuk dijadikan kenangan atauu buah tangan selepas pulang. Kedai cenderamata ada menjual barangan seperti baju "T", alat tulis, dan kraftangan. Disarankan juga anda mencuba makanan tradisi seperti sagon, karas dan lain-lain kerana makanan-makanan ini semakin jarang didapati. Semua makan ini dihasilkan oleh nanak-anak Kedah sendiri dengan harga yang berpatutan.
Muzium Padi semamangnya lokasi pelancongan yang menarik. Selain daripada boleh menambahkan pengetahuan mengenai sejarah penanaman padi, kita juga boleh melihat bahan-bahan dan peralatan pertaniah yang semakin pupus.
Waktu Lawatan:
Dibuka Setiap hari
Sabtu - Khamis : 9:00 pagi - 5:00 petang
Jumaat : 9:00 Pagi - 12:30 tengahari
: 2:30 Petang - 5:00 petang
Bayaran Masuk:
Dewasa : RM 3.00 ( seorang )
Kanak-kanak :RM 1.00 ( seorang )
(7 - 12 tahun )
Rombongan sekolah : RM 1.00 ( seorang )
Kamera : RM 2.00 ( sebuah )
Maklumat lanjut:
Lembaga Muzium Negeri Kedah Darul Aman
Lebuhraya Daru Aman, Bakar Bata,
05100 Alor Star,Kedah Darul Aman.
Nombor telefon :
Muzium Negeri Kedah : 04-733 1162 Fax : 04-730 5100
Muzium Padi : 04-735 1315 Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Laman web: http://www.kedah.gov.my/muzium/butiran/indeks.htm
Comments (49)
-
|210.187.7.xxx |03-08-2008 03:30:12 wawa - muzium padibest sgt klu g muzium padi,leh thu selok belok cmne pesawah mengerah keringat utk tujuan ekonomi,,di
samping mjelaskn dgn lbh detail ttg prusahaan padi di malysia..de lukisan grafik iaitu pemandangan
sekitar a.star yg mnarik dr pelukis antrabgsa spt korea,jpn n korea..
-
|60.53.204.xxx |14-03-2008 22:18:26 feeza - muzium padink tau ape sal muzium padi??saya slalu pegi muzium padi.ape2 hal..reply kat email saya k
-
|60.51.64.xxx |29-04-2008 16:57:17 as - alat? tradisisonalnape dlm laman web nie x der alat? tradisonl utuk tanam padi @ utuk menuai padi
-
|29-04-2008 22:30:34 ikhwanTerima kasih As kerana memberi maklum balas.
InsyaALLAH pada masa akan datang pihak
kami akan memasukkan maklumat-maklumat dan gambar mengenai alat-alat tradisional yang digunakan
untuk menanam padi.
Dalam masa yang sama, pihak kami juga amat mengalu-alukan sekiranya ada pihak yang ingin
menyumbangkan artikel-artikel mengenainya atau apa-apa artikel atau maklumat yang relevan untuk
dimuatkan di laman ini.
-
assalamulaikum.
saya salah seorang pelajar uitm - diploma seni lukis & senireka ..
saya mengambil muzium padi sebagai research untuk projek saya..
saya telah mencari LOGO muzium padi. tapi tidak ada..
setiap produk atau services sepatutnya ada logo tersendiri..
boleh encik tunjukkan logo muzium padi??
saya beharap encik dapat tolong..
-
|23-07-2008 20:58:47 ikhwanSaudara/i Amal Yusrah,
Saya rasa Muzium Padi adalah dibawah Muzium Negeri Kedah, jadi logonya adalah sama dengan logo
Muzium Negeri Kedah.
Saya cadangkan anda bertanya dengan pihak muzium sendiri untuk kepastian melalui alamat dan nombor
telefon tertera di atas.
Semoga research untuk projek anda berjaya dengan cemerlang.

-
|202.184.111.xxx |02-09-2008 11:13:30 artakus_pu3dcni - nothing
saya bdk as blaja kt um...
saya kena wat dokumentari tentang muzium padi...huhuhu...
-
|202.184.111.xxx |02-09-2008 11:20:16 artakus_pu3dcnitapi xda masa nk p muzium padi...
penah sekali p sna 2thun lepas...da sapa leh tolong x?huhu

-
|60.51.65.xxx |03-09-2008 23:41:01 ikhwanartakus_pu3dcni,
tolong apa? tolong tengok boleh la hehehehe...
-
salam..
saya ada dapat cenderahati dari seorang kawan yg melawat muzium padi..saya berminat nak dapatkan
sabun padi sebab ia bagus untuk kulit wajah saya setelah saya mencubanya.dan kalau boleh saya
berminat untuk menjadi ejen.boleh encik tolong beritahu harga sabun tersebut dan bagaimana cara saya
leh dapatkan sabun tersebut..apa kandungan sabun tersebut dan adakah sabun tersebut memang tergolong
daripada sabun 'homemade' dan tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya?harap pihak muzium padi
dapat menjawab pertanyaan saya melalui email saya.terima kasih..
-
|15-11-2008 21:17:21 ikhwan
-
|115.132.3.xxx |27-11-2008 06:12:07 zura - sejarah prkembangan mesin padiakum...kepada sesiapa yang berkenaan, saya pelajar ingin membuat research mengenai perkembangan
teknologi mesin padi....maksudnya saya nak tahu jenis mesin padi yang digunakan sejah zaman dahulu
hingga sekarang .....dari guna tangan hingga mesin yang terkini.
kalau boleh secepat yang mungkin...atau kat mana sepatutnya saya boleh dapatkan maklumat
ini...aper2hal email saya ok. tq
-
|30-11-2008 06:58:45 ikhwanSaudari Zura,
Adakah saudara maksudkan mesin padi itu mesin menuai padi atau mesin memproses padi menjadi beras?
setakat yang saya tahu, sebelum jentera mesin menuai padi digunakan secara meluas selepas 1980,
Sebelum daripada itu pesawah menggunakan kaedah 'mengerat' dan 'memukul' (dalam bahasa kedah ia
disebut memukoi) untuk menuai padi.
Mengerat bermaksud memotong pokok padi dan memukul pukul pula adalah perbuatan untuk memisahkan
biji-biji padi dari tangkalnya.
Sekian, harap jawapann ini membantu.
-
|219.93.152.xxx |10-12-2008 08:14:17 faisal - Pengangkutan awam ke muzium padisalam,
saya ingin tahu jika boleh menggunakan pengangkutan awam ke muzium padi terutamanya bas awam? berapa
lama untuk ke sana dari bandar alor setar?
jika menaiki teksi, berapakah tambang yang dikenakan? adakah terdapat perkhidmatan teksi untuk
pulang dari muzium padi?
terima kasih.
-
|219.93.152.xxx |10-12-2008 17:08:36 FuadiSaudara Faisal,
Kami cadangkan saudara gunakan perkhidmatan teksi dari terminal bas Shahab Perdana. Perjalanan
mengambil masa lebih kurang 15 - 20 minit untuk sampai ke muzium.
Rasanya tiada perkhidmatan bas awam yang melalui Muzium Padi. Saudara mungkin boleh berunding dengan
pemilik teksi untuk perjalanan pulang anda nanti.
-
|60.53.181.xxx |20-01-2009 20:00:26 sue_kdh - tolonggggg.....Asslmualaikum....sy kna wat reseach berkaitan kebudayaan dan kesenian. klu sy nk jdkan mzium padi
sbg kjian..apa yg sy bleh kaitkn ngan research sy 2?
-
|20-01-2009 21:54:14 ikhwanSue_kdh,
Hendak jadikan muzium Padi sebagai kajian berkaitan kebudayaan dan kesenian. Saudari pernah
berkunjung ke Muzium Padi (MP)??
saya hendak beri pendapat tetapi agak kurang faham dengan soalan saudari. Anda sedang buat kajian
tentang kebudayaan dan kesenian atau hendak mengkaji MP? atau anda memilih MP sebagai tempat untuk
membuat kajian?
Pendapat saya, di Muzium Padi anda mungkin boleh kaitkan kajian anda dengan peralatan pertania dan
lain-lain (kesenian), Budaya hidup pesawah (kebudayaan).
Hehe... saya cuma agak sahaja ia boleh dikaitkan dengan research saudari.

-
|60.53.194.xxx |04-02-2009 03:34:40 sue_kdh - terima kasihTq. InsyAllah...lps ni sy akan brknjg ke MP utk wat research sy 2. Adakah pihak MP ada mnjual CD
atau buku berkaitan yg bleh djdkan rjukan sy kelak?
-
|08-02-2009 21:55:30 ikhwan
-
|60.54.3.xxx |06-03-2009 05:47:13 Mohd Rashidi - Research Tentang Mesin PadiAssalamualaikum.. Saya adalah seorang pelajar kursus separuh masa di sebuah politeknik. Saya
bercadang untuk membina sebuah mesin pengasing padi dengan kulitnya untuk dijadikan beras pada skala
yang kecil untuk dimanfaat oleh golongan penanam padi untuk membuat stok beras kegunaan sendiri.
Konsep mesin telah saya perolehi, cuma material untuk memecahkan padi dan kulitnya saja yang saya
tiada. Sekiranya pihak tuan/puan di Muzium padi mempunyai cadangan, harap dapat memberi maklum balas
secepat yang mungkin kepada saya. Buat masa ini, projek saya ini masih diperingkat proposal dan
insyaAllah, sekiranya maklumat yang dikehendaki berjaya di perolehi, mungkin ianya akan menjadi satu
kenyataan.
Sekian, terima kasih.
-
|09-03-2009 20:59:16 ikhwan
-
|09-03-2009 21:07:11 ikhwan
-
Memandangkan post ni berkenaan dengan padi, saya nak jemput rakan-rakan melawat website saya.
http://tiangseribu.blogspot.com/
Saya ada jual Jelapang padi buatan tangan, gazebo atau wakaf.
Saiz jelapang padi kraf / mini ni
adalah 10" x 12"
Saiz gazebo atau wakaf kraf / mini ni pulak 10" x 10".
Kalau
tengok kat website http://tiangseribu.blogspot.com/, pembanting padi pon ada. Sebenarnya saya lupa
orang panggil apa pembanting padi ni..
-
|09-04-2009 23:40:11 ikhwan
-
En Rashidi, mungkin boleh amik idea dari sabah. Dorang memang ada mesin buang kulit padi sekala
kecik.
Besar sikit dari mesin perah santan.
Saya pernah tengok di rumah jiran wife saya di Sabah, tapi lupa nak amik gambar.
-
|118.101.235.xxx |18-04-2009 03:50:57 baby - youvery beutiful but it'll be more usefull if you add the map
-
|203.82.79.xxx |14-06-2009 06:17:04 AMAL YUSRAHassalamulaikum.
saya salah seorang bekas pelajar uitm - diploma seni lukis & senireka(graphic n media digital) ..
saya pernah mengambil
muzium padi untuk projek saya..
rebranding blk muzium padi..
sya ada bt byk advertising, poster,,saya nk bertanya dgn pihak muzium padi,,
adakah pihak muzium padi berminat utk melihat hasil kerja saya dan membelinya dr sya?[/quote]
-
Waalaikumussalam,[/quote]AMAL YUSRAH wrote:assalamulaikum.
saya salah seorang bekas pelajar uitm - diploma seni lukis & senireka(graphic n media digital) ..
saya pernah mengambil
muzium padi untuk projek saya..
rebranding blk muzium padi..
sya ada bt byk advertising, poster,,saya nk bertanya dgn pihak muzium padi,,
adakah pihak muzium padi berminat utk melihat hasil kerja saya dan membelinya dr sya?
Kalau saudara hendak menghubungi pihak Muzium Padi, sila gunakan email atau telefon, kerana pihak
Muzium Padi belum tentu membaca komen anda di sini.
-
|210.187.43.xxx |24-08-2009 20:30:51 Nur Hazwani - Tuarassalamualaikum...
saya student nk buat assigment mengenai tuar,bleh tolong bagi maklumat tentang tuar terutama
bahagian perikanan.
Kerjasama pihak anda,saya dahului ribuan terima kasih....
-
|27-08-2009 18:33:21 ikhwan
-
|202.184.111.xxx |15-09-2009 05:42:33 arahaloo...
sy stdnt dr akademi pengajian melayu, um
sy hdk membuat 1 temuramah dgn pegawai atau pun pengarah muzium padi untuk tugasan sy berkaitan
pengurusan sumber sejarah dan budaya.
boleh sy tahu macam mana sy nk bt appointment dgn pengarah atau phk muzium
tq
-
|15-09-2009 20:56:18 ikhwan
-
|203.82.79.xxx |27-09-2009 00:03:51 ct - muzium padidgr kata kt sblh muzium padi 2 ada pusat sains, tul ke.. Bleh x bg saya nama penuh pusat sains 2 dan
alamat surat menyuratnya.. nk wt lawatan ke muzium padi dan tmpt 2... urgent..
-
|210.48.147.xxx |14-10-2009 01:32:12 are-ngah - cara memasuukan barang pameran
assalamualaikum saya ingin mengetahui semua proses memasuukan bahan pameran ke dalam muzium padi'
-
|119.40.118.xxx |19-10-2009 11:38:10 wan - mencari maklumat tentang padisalam ..
mesj ni sy sampaikan kepada pihak yang mempunyai maklumat pasal padi di malaysia khususnya dan di
asia tenggara amnya..sebarang artikel dan gambar dialu-alukan...saya sedang mengumpul maklumat
berkenaan padi untuk projek master saya..saya harap anda dapat salurkan maklumat tersebut melalui
email saya..onenorazwani@yahoo.com..
terima kasih
-
|203.82.94.xxx |09-04-2010 01:42:04 adibkhairi
assalammualaikum semua..muzium Padi mempunyai banyak perkara yang berkaitan dengan sejarah
padi di kedah.Selain itu terdapat lukisan-lukisan yang menarik
-
Buat sume org kedah jgn lupa la pi kat muzium padi kalau tak pi rugi tambah2 lagi masuk
dalam gua best dia pusing nampak pemandangan cantik. Kalau tak pi rugi.
-
|203.82.81.xxx |14-06-2010 17:17:26 _cadaver89_ - muzium padisaya dari k.l dtg melawat muzium padi pada 13/jun/2010...sy smpai jam 5 petang. malangnya muzium dah
tutup...cdgn sy...kenape muzium tidak ditutup lebih lewat pada musim cuti sekolah atau public
holidays...sy tidak tahu bila lg dpt berkunjung ke muzium ini memandangkan sy tinggal di negeri
lain....pada waktu itu ramai lg pengunjung yg terpksa pulang dgn hampa....huhu..(sekadar cdgn)
Powered by !JoomlaComment 4.0 beta2
| < Sblm | Seterusnya > |
|---|



