Masjid Zahir

“ماي قدح - mykedah.org” ڤوست معلومت نڬري قدح - Pusat Maklumat Negeri Kedah

Masjid Zahir

Masjid Zahir

PDFCetakemel

Masjid ini dibina pada tahun 1912 atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah. Tapak masjid ini sebelum pembinaannya adalah tanah pusara wira-wira Kedah yang gugur semasa mempertahankan Kedah dari serangan Siam(1821). Rekabentuk masjid ini diilhamkan dari Masjid AZIZI di Bandar Langkat, Sumatera Utara. Masjid ini dihiasi dengan lima kubah utama sebagai simbol lima Rukun Islam.

Upacara perasmiannya dilakukan pada hari Jumaat, 15 Oktober 1915 oleh Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah. Tunku Mahmud telah membaca khutbah Jumaat sementara baginda Sultan Abdul Hamid Shah mengimamkan solat Jumaat. Di belakang Masjid Zahir, terdapat Kompleks Bangunan Mahkamah Syariah dan Pusat Pendidikan Asas Kanak-Kanak.

Masjid Zahir mempunyai keluasan tapak kira-kira 124,412 kaki persegi. Dewan tengahnya (Dewan Sembahyang) berukuran 62 x 62 kaki persegi dan dikelilingi oleh beranda berukuran 8 kaki lebar dengan 4 anjung yang setiap satunya terdapat sebuah kubah. Menara utamanya terletak di bahagian timur laut bangunan masjid itu.

Artikel ini dipetik dari  http://www.mykedah.com/30alorsetar/305_mz.html

JavaScript must be enabled in order for you to use Google Maps.
However, it seems JavaScript is either disabled or not supported by your browser.
To view Google Maps, enable JavaScript by changing your browser options, and then try again.

Comments (5)
  • zaki  - cadangan
    saya ingin mencadangkan kepada pihak yang berkenaan dengan laman web ini supaya menambahkan lagi
    maklumat yang lebih terperinci untuk pelajr sekolah mencari maklumat untuk kami gunakan.



    harap cadangan ini akan dipertimbangkan oleh pihak tuan
  • ikhwan
    avatar
    Assalamualaikum saudara Zaki,

    Terima kasih kerana mengunjungi laman web ini. Kita mengucapkan terima kasih di atas cadangan
    saudara supaya laman web ini ditambah lebih banyak maklumat.
  • nadia  - cadangan
    saya ingin mencadangkan agar pihak yang berkaitan memperincikan lagi maklumat untuk kegunaan pelajar
    seperti saya dan jika tidak keberatan, tolong sertakan peta bagi setiap lokasi yang dipaparkan
    contohnya masjid zahir dan sebagainya..

    harap cadangan ini dapat pihak yang berkaitan pertimbangkan...terima kasih.
  • ikhwan
    avatar
    Assalaamualaikum,

    Saudari Nadia,

    Terima Kasih kerana sudi maklum balas kepada kami.

    InsyaALLAH, setiap masa kita sentiasa cuba memberikan yang terbaik dalam setiap kandungan laman ini.

    Terima kasih.
  • imah_asnal  - thanx!!
    salam...

    tq coz ltak kn map ni...

    snang ckt nk cri infrmation... :)
Write comment
Your Contact Details:
Comment:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img]   
:angry::0:confused::cheer:B):evil::silly::dry::lol::kiss::D:pinch:
:(:shock::X:side::):P:unsure::woohoo::huh::whistle:;):s
:!::?::idea::arrow:
Security
Please input the anti-spam code that you can read in the image.