Gunung Keriang
Gunung Keriang
Terakhir dikemaskini (Isnin, 09 Julai 2007 19:32) Ditulis oleh ikhwan Isnin, 09 Julai 2007 18:57
Ada mitos yang mengatakan gunung ini asalnya sebuah kapal yang disumpah menjadi batu oleh Sang Gedembai kerana hajatnya untuk mengahwini puteri yang berada di dalam kapal itu tidak dipenuhi .Di dalam gua ini pula dikatakan mempunyai pinggan mangkuk yang dipercayai dibawa oleh kapal tersebut. Masyarakat yang mendiami kawasan ini ketika dahulu pernah meminjam mangkuk berkenaan untuk majlis kenduri. Kini, Mitos tersebut telah menjadi salah satu daya tarikan pelancong untuk datang ke sini.

Gunung yang dimaksudkan ialah Gunung Keriang yang terletak kira-kira 7 km dari bandar Alor Star, ia adalah destinasi yang harus kita kunjungi kerana kaya dengan keindahan alam ciptaan tuhan. Taman rekreasi yang indah di sini sesuai kepada mereka yang ingin merehatkan diri setelah penat bekerja. Kemudahan seperti tempat meletak kenderaan, tandas awam dan taman permainan ada disediakan di sini. Ia juga sesuai sekiranya kita datang untuk bersenam.

Selain itu, Gunung Keriang juga kaya dengan batu kapur atau batu bunga ( kristal ) . Batu ini dicari di dalam gua-gua yang terdapat di sini oleh penduduk tempatan dan luar . Sekiranya kita ingin mendapatkan batu ini, kita boleh membelinya dari peniaga yang menjualnya di sekitar taman rekreasi ini. Pada masa sekarang, pencarian batu ini tidak dibenarkan lagi dan dengar khabar di sekitar Gunung Keriang ini akan dibangunkan menjadi sebuah tempat perlancongan bertaraf lebih tinggi.

Yang pastinya, kunjungan kita ke sini pasti akan memberikan ilham dan ketenangan betapa pentingnya kita perlu terus menjaga keindahan alam ini.
-
|60.53.154.xxx |19-09-2008 01:32:23 nuruljannah binti salehuddin - goodbagus untuk peminat cam kita
-
Bulan lalu pergi G.Keriang dan ternampak masih ada orang masuk cari kristal dan bawa keluar beg-beg
kristal. Gunung ini sudah rosak teruk. Sampah pun banyak. Akan habislah Gunung ini tidak lama lagi.
Bye-bye warisan alam sekitar.
-
|27-02-2009 23:35:39 ikhwan
-
|118.101.0.xxx |28-02-2009 00:01:55 AnonymousYeah, memang suka masuk hutan. Tak pandai BI...belajar loh.

-
|28-02-2009 00:24:25 ikhwan
-
|124.13.144.xxx |28-02-2009 04:01:27 ForestSudah pi G.Keriang. Senang sja ikut tangga.
G.Jerai tarak masuk tapi ada panjat. Pernah panjat dari Bujang Valley dan Gurun, masih belum dari
Tangga Kenari.
P.Bunting ada trek kat situ yg dibuat oleh pencari kayu ubatan. Saya pernah pi lama dulu. Gambar ada
disini http://www.worldisround.com/articles/313397/
Ikhwan duduk mana?
-
|60.53.196.xxx |10-07-2010 09:43:55 lanninja utara - forestkepada ikhwan.hamba sedang mengumpul orang jelajah g.keriang untuk tujuan sukan xtrem.jika berminat
hubungi sy 0174869131
-
|28-02-2009 07:57:00 ikhwanForest,
Saya tinggal berdekatan dengan Kuala Kedah (7km dari Kuala Kedah dan 30 km dari Yan).
"Pernah panjat dari
Bujang Valley dan Gurun" wow.. hebat! saya tabik dengan Encik Forest.
Saya pernah juga Naik Tangga Kenari. Sampai penghujung tangga sahaja, sudah tidak larat untuk naik
ke atas lagi.
Gunung Keriang saya belum pernah panjat lagi.
-
|124.13.146.xxx |01-03-2009 05:58:29 ForestJadi agak Ikhwan tinggal dekat sja dengan P.Bunting. Mesti di kawasan sawah padi...ada betul ke? Pi
G.Keriang sangat senang sja. Sudah ada tangga yg di sediakan oleh Perbandaran Alor Setar. Ada 2
pintu naik atas. Yang pertama dari carpark...boleh nampak papan penunjuk ke arah gerbang naik. Pi
lah naik atas tengok2 mungkin dapat nampak rumah Ikhwan hehehe
Yang Tangga Kenari sampai hujung? Ini bererti sudah sampai kat air terjun (tak ingat nama)
betul?...kalau situ dekat sja sampai puncak di resort.
-
|01-03-2009 06:35:28 ikhwanForest,
Betul, saya tinggal di kawasan berhampiran sawah padi.
Naik tangga kenari cuma setakat penghujung tangga sahaja, tidak sampai ke puncak lagi (takut sesat
hehehe...) .
Dulu-dulu semasa di tingkatan satu (lebih kurang 15 tahun lepas)pernah jungle treking dengan
rombongan sekolah, bermula dari Taman Rimba naik ke puncak (dekat resort). Semasa sampai ke puncak
akan lalu ditepi kandang rusa atau kijang kalau tidak silap saya.
Forest orang kedah?
-
Gunung Keriang adalah kampung Allahyarham ayah saya. Walaupun saya lahir di kampung Sematang dan
dibesarkan di Alor Janggus, namun Gunung Keriang tetap menjadi sebahagian dari hidup saya.
Sewaktu remaja, saya pernah mendaki sampai ke puncak Gunung Keriang.Kini, Gunung Keriang sentiasa di
hati kerana dikakinya ayah saya disemadikan.
| < Sblm | Seterusnya > |
|---|



