Restoran Bahtera Nelayan
Restoran Bahtera Nelayan
Terakhir dikemaskini (Selasa, 19 Mei 2009 23:37) Selasa, 19 Mei 2009 23:17

Restoran Bahtera Nelayan ini adalah salah satu projek baru dalam senarai Projek di bawah kelolaan Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Kedah.Lokasi berhampiran Kompleks Baru LKIM Keluncor,Kubang Rotan Kuala Kedah ini menampilkan aspek sebuah BAHTERA.Dimana lokasi restoran ini berada dipesisiran Sungai Kedah dan dikelilingi hutan paya bakau.Lokasi yang nyaman dan menenangkan dari kesibukan Bandar.Restoran ini juga berlatar belakangkan kawasan bakau ia juga dikenali sebagai “Restaurant In Mangrove”. Antara keistimewaan yang disediakan adalah perkhidmatan Bot Persiaran bagi anda yang gemar dengan aktiviti alam sekitar.Perkhidmatan ini akan membawa anda bersiar di persisiran Sungai Kedah sambil menghayati habitat kehidupan paya bakau dan panorama alam sekitar.
HARI PEMBUKAAN
Kerajaan Negeri Kedah melalui PKNK telah menyerahkanbangunan restoran yang tidak diduduki semenjak 7 tahun lalu. Restoran ini dibina di zaman Dato’ Seri Syed Razak. Restoran yang dinamakan Restoran Bahtera Nelayan (RBN) kerana senibina tapaknya berbentuk sebuah kapal.
Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Kedah telah diberi kepercayaan oleh Kerajaan Negeri Kedah untuk mengendalikan perniagaan ini .PNK Kuala Kedah yang mempunyai dua cawangan Restoran dibawah kendalian Projek Ekonomi PNKKK, persatuan ini dilihat mampu menguruskan sebuah lagi restoran.
Berkonsepkan restoran di dalam hutan bakau di pesisir Sungai Kedah, RBN mampu menjadi satu produk baru di DUN Kubang Rotan khasnya dan di Negeri Kedah amnya. Restoran yang dibina dengan kos hampir RM6 juta oleh Seri Temin Develeopment Corporation Sdn. Bhd sebuah syarikat GLC Kedah menyajikan hidangan istimewa beraneka jenis masakan kari. Kari Kepala Ikan, Kari Sembilang, Tenggiri, Jenahak serta Mee Udang.
Majlis Pembukaan dimulakan dengan bacaan Yaasin oleh lebih 50 orang kanak-kanak yang dikelolakan oleh Paklong Mat dari Kuala Kedah. Beberapa orang Ahli Lembaga Pengarah termasuk Abdul Hamid Bahari, Pengerusi PNK Kuala Kedah turut hadir pada Sabtu, 02 Mei 2009 lalu.
ADUN Kubang Rotan, YB Mohd Nasir sudi hadir menjamu selera pada jam 5 petang, 03 Mei 2009. Kedatangan beliau disambut salah seorang ALP PNK Kuala Kedah, En. Ahmad Ruddin bin Husain, Penolong Pengurus PNK Kuala Kedah, En. Mohd Sam, En. Azizan Endut, ALP PNK serta beberapa orang kakitangan pejabat. Mee Udang Istimewa menjadi pilihan beliau pada petang tersebut.
Sebelum rombongan kami pulang, tak putus-putus pengunjung tiba bagi mencuba hidangan yang disediakan di RBN ini. Antara yang pernah mengunjungi ialah Pengarah LKIM Perlis,
En. N.Hashim bin Ab. Rahman. Beliau yang juga Bekas Pengarah LKIM Kedah datang
bersama keluarga
.
Kami berharap semua pengunjung laman ini dapat mencuba masakan di RBN ini. Lokasinya yang menarik iaitu di Kg. Kelonchor, Kubang Rotan. Pastikan anda melalui Tandop Ikan Kubang Rotan kemudian bergerak ke Kompleks Baru LKIM di situ dan hanya 1 KM dari situ.
Untuk maklumat lanjut dan lihat gambar-gambar menarik sekitar restoran sila kunjungi http://www.restoran.webs.com/
Sumber: http://www.restoran.webs.com/



anda juga boleh layari laman web untuk restoran dan melihat segala menu di
http://www.pnkkk.com.my/restoran
segalanya ada disini.