Pancing kerapu di Titi Pulau Bunting
Pancing kerapu di Titi Pulau Bunting
Terakhir dikemaskini (Ahad, 16 November 2008 15:58) Ditulis oleh ikhwan Sabtu, 15 November 2008 23:55
Beberapa hari lepas saya pergi memancing di Titi Pulau Bunting. Kalau di daerah yan, ia adalah salah satu tempat yang sesuai untuk memancing. Selain dari boleh memancing kita boleh tenangkan fikiran dengan pemandangan indah yang dapat kita nikmati ketika berada di sini .
Sedang ayik memancing dan sedang bosan sebab belum dapat ikan, terdengar suara riuh rendah di bahagian tengah jambatan. Ada seorang budak datang memberitahu ayahnya ada berhampiran dengan saya bahawa ada seorang pemancing yang berjaya mendaratkan ikan sebesar lebih kurang dalam belasan kilo. Apa lagi, saya pun segera bergegas ke tempat yang dikatakan.

Kalau tidak silap saya pemancing berbaju putih di atas adalah orang yang berjaya mendaratkan ikan ini.
Kali pertama saya tengok orang berjaya mendaratkan ikan sebesar ini .
Ini sahaja gambar yang sempat saya ambil.
Kalau anda masih tercari-cari lokasi memancing, saya sarankan berkunjung ke sini . Sesuai sekiranya datang bersama keluarga atau rakan-rakan.
Cara untuk sampai ke sini: Lebih Kurang 20 kilometer dari bandar Alor Setar . Sekiranya menggunakan jalan Alor setar/Sungai Petani anda perlu membelok ke kanan apabila sampai di pekan sungai Limau luar, terus memandu menuju ke Sungai Limau Dalam. Apabila sampai di simpang 3 Sungai Limau belok ke kiri (jalan Yan) dan pandu terus sehingga sampai ke simpang 4 Sedaka. Dari sini kita sudah boleh melihat Pulau Bunting dari Jalan yan. Belok ke kanan (lihat papan tanda menuju ke Kuala Sedaka), sampai di kuala sedaka belok ke kanan, jalan terus sehingga berjumpa Jambatan.
Sekiranya dari Yan, pandu terus melalui jalan Yan menuju ke Kuala Kedah/Alor Setar. Jarak Pekan Sungai Yan dengan Simpang 4 Sedaka lebih kurang 6 - 7 kilometer. Belok ke kiri (Ikut papan tanda menuju ke Kuala Sedaka)
-
|20-12-2008 18:06:58 ikhwanSaudara Man Badak,
Sebenarnya saya pun tidak pasti ikan apa semasa menulis ( hentam saja lah tulis ikan kerapu hehe..
).
Kadang-kadang ada juga tengok orang bawak pulang ikan besar. tapi tidak tahu mereka memancing di
kawasan mana. Pernah tengok orang bawa balik ikan pari yang agak besar dan ikan kacang .
Saudara selalu memancing di situ ?
-
|61.6.56.xxx |02-02-2009 16:40:25 aika - salam..salam..
sesiapa yg boleh tolong beri maklumat berkaitan dengan ikan kerapu..tlg sent kat saya yer..harap
saudara/i dpt membantu sy membuat assyment...tq
-
|08-02-2009 22:01:25 ikhwan
-
|60.53.75.xxx |24-02-2010 01:01:13 ZAIMEER - kerapuikan kerapu makan ape?umpan ape yang sesuai untuk memancing kt sana???
-
|25-02-2010 11:35:49 ikhwan
-
|60.53.75.xxx |24-02-2010 01:03:54 ZAIMEER - jom memancinghujung mggu ni sya dan rakan-rakan akan pegi memancing d sana...........kalau anda sudi jom la
join..
-
|25-02-2010 11:36:55 ikhwan
| < Sblm | Seterusnya > |
|---|




rasa hmm kt tengah tu diorg kata byk ikan bsr2 ,,hmm rasanya ikan kt dlm gmbr ni ikan pak ti
puk..ataupn ikan pecah periuk