Menjenamakan Semula Kedah
Terakhir dikemaskini (Selasa, 04 Disember 2007 21:36) Selasa, 04 Disember 2007 21:33
Apa kelebihan Kedah sebenarnya. Aset besar Kedah adalah modal insanya. Aset terulung Kedah adalah tinggalan sejarah dan warisannya. Kerajaan kedah adalah antara tamadun tertua di Asia. Islam lebih awal tersebar di Kedah, 1164 lebih awal dari perjumpaan Batu Bersurat Trengganu dan kedatangan Islam ke Melaka 1403. Aset Kedah adalah produk alam semulajadinya. Persekitaran Kedah dan kehijauan Kedah, khususnya di daerah Yan seperti Balmoral di Scotland. Ketenangan alam di Kedah umpama, Lancashire di daerah Preston England. Pesisiran Sungai Kedah ibarat Sungai Swan di Perth, meskipun airnya tidaklah sejernih ini, kerana sikap masyarakat di Tongkang Yard dan Kampung Seberang Perak dan penduduk pesisir pantai yang membuang sampah dan sisa bahan kumbahan ke Sungai yang tidak berdosa itu.
Legasi dan monumen sejarahnya dengan tinggalan lebih 29 buah Kota yang sebahagian besarnya terbiar usang ibarat, Wallace Monument di Stirling. Sebut apa sahaja, dari tasik, air terjun, kolam air panas, tanaman, gunung ganang, bukit bukau, hutan simpan, hutan rekreasi, hidupan fora dan fauna, pantai bersih memutih, keindahan alam, semuanya ada di Kedah. Di tambah dengan sifat rakyatnya mudah mesra, hormatkan tetamu, mementingkan silaturahim, kekuatan semangat dan kerja keras, sifat rajin masyarakatnya, amalan gotong royong menjadikan negeri ini unik, menarik dan punyai sesuatu yang boleh dijadikan tarikan khususnya dalam sektor terpilih.
Justeru itulah meskipun pimpinan silih berganti, namun kedangkalan utama
kepimpinan negeri adalah tiga.
a) Merencana dasar-dasar praktikal untuk manfaat rakyat Kedah
b) Melaksana usaha memaksimumkan potensi dan aset yang dimiliki Kedah
khususnya sumber semulajadi
c) Menterjemah idea dan usaha bersepadu untuk menjenamakan Kedah
Kenapa saya berpandangan sedemilkian. Lima asas fundamental aktiviti yang
saya kira jika dijanakan secara komrehensif mampu membawa manfaat pada
ekonomi, usaha membangunkan modal insan dan kecemerlangan Kedah secara
total.
a) Aktiviti pertanian dan perikanan: Tanaman padi, adalah antara pekerjaan
tradisi tertua di Kedah. Rakyat Kedah antara pelopor tanaman padi bendang.
Luas sawah dalam hektar 100,000. Malangnya, padi yang dituai tidak dinilai
tambah. Apa salahnya jika dibangunkan perusahaan makanan dan bijirin
berasaskan padi dengan jenama hebat sepertimana keupayaan 'NESTLE'
membangunkan produk bijiran dan makanan bayi. Sebaliknya yang mampu
dilakukan setiap kali musim menuai hanyalah usaha menjual padi mentah ke
kilang BERNAS yang dikenakan potongan padi basah sehingga kadar 17% dan
petani khususnya yang mengusahakan tanah pada saiz kecil berterusan menjadi
mangsa orang tengah dan pekilang. Bukti betapa 'mandomnya' pemikiran
pimpinan negeri dan agensi yang terlibat untuk 'think outside the box'.
Akhirnya yang disalahkan adalah sikap petani, suatu budaya 'escapism' yang
merupakan alasan popular dalam konteks pentadbiran negara dunia ketiga
termasuk Malaysia.
b) Aktiviti agro-tourism. Berbekalkan aset yang sedia ada seperti yang
disebutkan, jika dimanfaatkan Kedah boleh menjadi tarikan perhatian
sepertimana perkampungan di Base. Switzerland, perkampungan di utara
Scotland dan England dengan adanya 'homestay', konsep bed and breakfast.
Pelancong luar mahu melihat unsur budaya setempat, keindahan alam, bukan
lagi monumen pencakar langit atau konsep kota metropolitan. Malangnya
perkampungan di Kedah sungguhpun hampir 80% geografi Kedah adalah dalam
kategori luar bandar gagal dibangunkan sewajarnya untuk menepati piawian
bagi membolehkan agro-tourism diperhebatkan. Sekali lagi aset yang mampu
membawa pulangan kepada masyarakat agraria dan golongan marhein
dipinggirkan. Puncanya, penduduk luar bandar perlu terus dibiaran miskin
agar sifat kebergantungan mereka terhadap pemerintah menjadi lebih tinggi.
Dalam perkiraan saintifik, kajian menggunakan kuantitatif base, korelasinya
bersandarkan 'formal modellig approach' yang diaplikasikan dalam kajian
sains politik, makin tinggi kadar kemiskinan sesebuah masyarakat, maka akan
semakin tinggilah peluang kerajaan sedia ada untuk memperlatkan golongan ini
menerusi konsep kebergantungan bagi tujuan beroleh sokongan.
c)Aktiviti penghasilan dan pengeksportan produk makanan. Di Kedah sebut apa
sahaja jenis makanan, dari kuih tradisionalnya, laksanya, nasi lemaknya, ubi
kayu rebus dimakan bersama 'nyior kukur' yang dicampur sedikit gula, kuih
karas, buah ulu, semuanya berpotensi dikomersialkan. Dengan kos tenaga buruh
yang murah, kos pengeluaran sekaligus berada pada paras yang cukup minima.
Dengan nilai tambah hasil penyelidikan MARDI, produk makanan Kedah mampu
menguasai pasaran global khususnya pasaran makanan halal yang berjumlah
trilion saban tahun. Bezanya, produk harus dibungkus, dijaga kualitinya,
dijenamakan dengan jenama superbrand Kedah dan dipasarakan melalui aktiviti
promosi yang hebat. Jika KFC, McDonals menjadi penfrancais seluruh dunia dengan premis restorannya yang menarik, 'Kedah kitchen' jika dijayakan dengan bersungguh, maka tidak mustahil kita mampu melihat premis restoran 'LAKSA TELUK KECHAI' di London, Paris, New York, Sdyney, Abu Dhabi, Riyadh, Zurich,Toronto, Los Angeles dan puluhan lagi bandaraya metropolitan dunia. Tidaklah mustahil, 'KEDAH KARAS' bakal menggantikan Restoran jenama 'PIZZAHUT' dalam arena makanan segera yang digemari ramai di serata Malaysia dan ASEAN.
Walt Disney, pengasas watak Mickey Mouse asalnya seorang yang bankrap. Di saat beliau sedang mahu mengemaskan ruang pejabatnya yang telahpun mahu disita, kebetulan beliau terlihat seekor tikus sedang keluar-masuk ke lubang tikus yang ada di pejabat usangnya, dari situlah timbulnya idea dan keinginan untuk memperkenalkan karikatur watak kartun yang kini dijenamakan dengan jenama yang hebat dan menjadi ikon kepada seluruh kanak-kanak di dunia. Demikianlah juga, apabila timbulnya usul atau idea dari beliau mahu membangunkan taman tema 'DISNEYLAND' untuk menghiburkan kanak-kanak, masyarakat sekelilingnya menggelarkan beliau sebagai 'orang gila'. Akan tetapi 'orang gila' inilah akhirnya lahir sebagai 'super jutawan' dengan taman tema Disneyland gagah berdiri di Tokyo, Hong Kong, dan ibu pejabat asalnya di negara 'Uncle Sam'.
Di Kedah 'sudah' ada pelopor yang punyai wawasan seperti Walt Disney. orangnya Pak Majid pengemudi wayang kulit Sri Asun, yang saya kira dalam tempoh lima tahun lagi watak 'Etong' dan 'Eteng' serta 'Saniman Nunui' ciptaanya akan pupus apabila Pak Majid tidak lagi beraksi. Malangya di Kedah, idea 'gila-gila' dilihat sebagai bobrok. Natijah dari sikap masyarakat dan pimpinannya yang jarang atau kekal dalam kepompong 'budaya totok'. Budaya sukar menerima pembaharuan demi kebaikan. Puncanya juga kerana rakyat Kedah mendapat pemimpin yang bukannya gila bekerja, gila berbakti tetapi gila mengumpul harta dan gila berebut kuasa.Pimpinan yang tiada punyai masa untuk memikirkan idea-idea gila yang nampak mustahil sebaliknya cukup praktikal demi manfaat golongan marehin di Kedah. Sebab itu selamanya tidak mustahil Kedah akan kekal sepertimana adanya.
SHEIKH AL-STARI
| < Sblm | Seterusnya > |
|---|



kebudayaan negeri Kedah...orang Kelantan nampak fanatik dengan wayang kulit mereka walaupun kerajaan
negeri mereka tidak membenarkan wayang kulit atas alasan tidak sesuai dengan agama,hal ini boleh
dilihat dengan lambakan rakaman wayang kulit mereka di laman YouTube
wayang kulit sebagai media sebaran dakwah islamiah di jawa...Bali turut mendapat perhatian pelancong
kerana tradisi mereka...kebudayaan tradisi seperti wayang kulit boleh disesuaikan agar selari dengan
ajaran Islam.