Dasar Sosial Perlu Dilestarikan Lagi
Dasar Sosial Perlu Dilestarikan Lagi
Terakhir dikemaskini (Selasa, 30 November 1999 08:00) Rabu, 18 Februari 2009 12:52
Telah sedemikian lama Dasar Sosial Negara (DSN) digubal tetapi kebimbangan kita terhadap sosial terus menghantui setiap orang. Ia menjadi tanda tanya, sejauh mana peranan dasar ini. Dengan statistik yang dibaca ternyata ia bukan saja menakutkan, tetapi juga membimbangkan dan jika keadaan tersebut tidak dibaiki, masa depan generasi muda negara akan menjadi generasi yang tidak punya apa-apa tujuan.
Masa depan ‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’ juga akan turut musnah apabila gejala sosial dengan statistik yang diunjurkan oleh pihak polis menggambarkan ia bukan semakin baik, tetapi semakin parah. Sekiranya ruang yang telah kita sediakan ini tidak dilihat dengan serius dan tidak diperbaiki bagi menguatkan pagar ruang dasar itu sendiri, maka Dasar Sosial Negara yang telah wujud sekian lama akan menjadi skrip-skrip yang sesuai di simpan di muzium kebangsaan.
Telah lama kita gubal dasar ini, tapi soalnya di mana Dasar Sosial Negara ini berada sekarang? Jika segala macam bentuk dasar yang kita gubal sekarang hanya tercatat seperti dasar-dasar lain tentulah tidak ada apa-apa makna sekiranya kita tidak mengamalkannya.
Apakah ia diabaikan kerana ia terlalu sukar atau tidak membawa apa-apa kesan? Dasar Sosial Negara ialah payung yang memayungi falsafah semua dasar pembangunan sosial berteraskan Perlembagaan, Rukun Negara, Wawasan 2020 dan Komitmen Negara di peringkat antara bangsa. Ia bernilai murni, berteraskan keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan dan kesetabilan sosial.
Ia telah diluluskan oleh Kabinet pasa 19 Februari 2003 dengan matlamat mewujudkan masyarakat supaya maju, mapan dalam semua aspek.
Manakala objektif umum ialah menjamin setiap individu, keluarga dan komuniti tanpa mengira gender dan faham politik. Ia digariskan empat objektif khusus. Di antaranya memasti keperluan asas semua masyarakat, membangun dan memperkasa insan sepanjang hayat, memperkukuh, membangun sistem sokongan sosial dan perkhidmatan sosial.
Tapi malangnya apa yang dianggap sebagai payung, ia tidak boleh diharap untuk berteduh. Peristiwa yang seperti mencabar kedaulatan, menghina maruah bangsa dan negara dan perundangan yang dipermainkan oleh mereka yang arif adalah gambaran-gambaran bagaimana dunia sosial kita didorong melakukan apa saja kerana ia tidak mempunyai apa-apa panduan patriotik terhadap negara dan bangsanya.
Kedah, walaupun kini di bawah pemerintahan PAS, ia tidak bererti boleh diabaikan begitu saja. Jika dasar yang baik dan dasar itu pula menjadi dasar kebangsaan, ia mestilah diakui. Bagaimana pun Kedah tidak terkecuali dalam soal sosial yang kian parah ini.
Misalnya dalam tahun 2008 yang lalu Kedah telah menghadapi tingkah laku sosial, khususnya kes-kes rogol sebanyak 226 daripada keseluruhan 309 kes berlaku di kawasan luas bandar. Daripada 226, sebanyak 187 adalah pelajar 12-16 tahun dan 39 kes pelajar 17-18 tahun.
Sebanyak 10,676 kes jenayah di Kedah pada bulan Januari hingga Oktober 2008.
Menurut kajian, sebelah malam adalah penyumbang utama jenayah di Kedah. Ini tentu ada sebabnya? Adakah Kedah kurang kuasa elektrik?
Melihat perkara di atas ia bukan saja penting dari segi statistik gejala sosial tetapi bagaimana dan cara apa Dasar Sosial negara kita dipraktik dan diaktifkan semula kerana gejala sosial yang berlaku dengan hujah statistik ini memnunjukan bagaimana golongan remaja kita sudah jauh ketinggalan dari panduan sosial yang sepatutnya.
Majlis Sosial Negara kelihatan seolah-olah terkubur. Jika begitu anggapan kita maka eloklah sangat pihak kerajaan menghidupkan semula dasar yang telah sedia ada ini. Bagaimana pun kerajaan saja tidak cukup. Gejala sosial termasuk dalam konsep ‘Amal Makruf nahi Mungkar.’ ‘Amal Makruf Nahi Mungkar’ sangat sinonim dengan perjuangan PAS. Dan barangkali memandang hal ini sebagai kewajipan bukan bermotif politik, tiba-tiba saya mendapat tahun telah wujud satu unit rasmi dibawah naungan kerajaan negeri Kedah. Pastinya ia dengan inisiatif Dr. Hamdan Khalib, Exco Belia dan Sukan. Ustaz Kamarudin Kasim sebagai Koordinator Mengenai Gejala Sosial Negeri Kedah diberi tanggung jawab mempimpin beberapa pelatih sukarelawan bagi membantu membasikan gejala sosial ini.
Memang sekali pandang ia seperti setitik air dicurah ke dalam sungai. Tapi apapun tafsiran, setitik dititik, bererti setitik jugalah yang bertambah. Maka telah berlaku aktiviti ini yang harus, bukan saja dipuji tetapi perlu diberi kerjasama.
Mereka meredah kesibukan kompleks membeli belah, menegur dan memberi nasihat para remaja. Mereka ke rumah-rumah kosong menemui penagih dadah dan memberi pertunjuk, nasihat yang terbaik. Mereka mengambil pendekatan yang begitu mesra.
Aktiviti mereka ini seakan NGO yang diberi nama LANDAS, dengan matlamat melahirkan golongan aktiviti sosiobudaya tempatan bagi menangani masalah gejala sosial. Dengan visi ia satu unit rasmi di bawah kerajaan negeri dan bermisi melaksanakan program memberentas dan memulih gejala sosial.
Sangat mulia aktivis ini. Saya mendapat tahu ada di antara mereka mahasiswa UUM. Syabas!
Dasar Sosial Negara adalah satu dasar strategik yang setara dengan mana-mana dasar, seperti Dasar Pembangunan Nasional. Maka amatlah dikesali jika Dasar Sosial Negara ditinggalkan atau ketinggalan dalam memberi manfaatnya. Maka apa yang dilakukan oleh LANDAS di bawah Unit Rasmi Dr. Hamdan Khalib pasti ia menepati ‘Amal Makruf Nahi Mungkar.’
Sosial adalah sesuatu yang hidup, berkembang. Ia tidak statik. Gejala sosial seperti mat rempit, perogolan, sumbang mahram dan lain-lain adalah hasil dari perkembangan sosial dalam bentuk yang tidak sihat. Manakala Dasar Sosial Negara yang disebut pada awal tadi sebagai payung, sepatutnya memayungi sosial yang basah, yang ditimpa oleh hujan kemungkaran.
Dasar Sosial negara dikatakan memberi panduan di dalam pelaksanaan dan pengurusan pembangunan sosial, setanding dengan dasar-dasar yang lain.
Perspektifnya tentulah merujuk kepada kehidupan serta jalinan perhubungan yang wujud di kalangan individu serta keluarga dan dengan wujudnya Dasar Sosial Negara memberi jaminan bahawa setiap individu berhak menikmati keperluan asas dan keperluan lain melalui penyampaian perkhidmatan sosial yang sepatutnya.
| < Sblm | Seterusnya > |
|---|



lebih peka atas setiap kejadian yang berlaku.jangan ianya terus berlaku dan terus berlalu
seolah-olah sesuatu yang jijik didengar tetapi tidak jijik dipandang. semua golonga dan peringkat
mesti memainkan peranan.Perlu difikirkan bersama masaalah yang telah menyebabkan kterjadinya masalah
sosial ini. Dimana punca dan sebab-sebab terjadinya. Bermulanya peranan dari dalam rumah,peranan
ibubapa,adik beradik dan sanak saudara.
Apa yang terjadi pada hari ini ,kesibukan ibubapa dalam mencari rezeki untuk keluarga yang berniat
baik ,kadang kala bertukai menjadi satu punca keruntuhan akhlak kepada anak-anak. Kekosongan dan
tumpuan ibubapa telah menyebabkan anak-anak akan mempunyai ruang dan mencari ruang mengisi
kekosongan. Ini amat jelas jika dikatakan pada suatu masa kesempitan hidup menjadi punca kepada
kerosakan moral anak-anak tetapi pada hari ini ,kemewahan menjadi satu yang dikejar,dengan sebab itu
,kurangnya kedalaman ilmu akhirat dikalangan ibubapa telah menyebabkan kemewahan yang menjadi
tumpuan . Kekuatan diiri ibubapa sendiri dalam ilmu keagamaan akan terus menyebabkan anak -anak juga
ketandusan ilmu agama,justru itu ruang-ruang tersebut akan diisi oleh ilmu-ilmu dunia yang penuh
dengan hiburan dan keseronokan.Ruang yang telah lama ditunggu oleh syaitan dan iblis dan peluang
yang ditunggu oleh anasir-anasir yang akan merosakkan agama islam secara halus.Berbalik kepada
peranan ibubapa dalam mendidik anak-anak dalam dunia yang penuh mencabar ini.perlu kepada satu
pendekatan semula dan perubahan terhadap sistem pendidikan ,perlu dikembalikan cara pendidikan agama
yang menjadi teras kehidupan secara lebih teratur dan kembali kepada Al Quran dan Al Sunnah