‘Shuttle Bus’ atasi kesesakan menunggu bas
‘Shuttle Bus’ atasi kesesakan menunggu bas
Terakhir dikemaskini (Selasa, 30 November 1999 08:00) Rabu, 01 Julai 2009 08:33
Bas ini akan melalui Jalan Langgar, Jalan Tunku Ibrahim dan tempat-tempat strategik yang akan dikenal pasti kelak sebelum ke detinasi akhir di Terminal Bas Sahab Perdana, kata Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Azizan Abdul Razak kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco hari ini.
Untuk itu kerajaan akan mengkaji kadar tambang bagi bas berkenaan tetapi akan mengambil kira keselesaan rakyat.
Apabila ditanya adakah kerajaan akan memberi perkhidmatan percuma kepada rakyat yang menggunakan khidmat ‘Shuttle Bus’ ini beliau berkata, yang pasti tambangnya tidak akan membebankan rakyat dan kadarnya sama untuk semua laluan.
Selain itu tambahnya lagi, kepesatan Bandar Raya Alor Setar begitu ketara sejak 15 tahun kebelakangan menyebabkan kekurangan tempat-tempat meletak kereta.
Bercakap mengenai ini beliau memuji Majlis Perbandaran Sungai Petani yang melaksanakan sistemnya sendiri ternyata telah berjaya mengatasi masalah kekurangan tepat letak kereta.
Sebelum itu beliau memberitahu, Kerajaan Negeri telah meluluskan tapak baru seluas 3.4 hektar untuk bangunan baru Sekolah Rendah Jenis Kebangsan Cina, Pumpong. Tapak bernilai RM3 juta itu letaknya tidak jauh dari bangunan sekolah yang lama iaitu berhampiran Taman Pandan.
Bangunan lama bertentangan dengan bangunan Wisma Darul Aman telah dikosongkan berikutan telah uzur dan tidak mampu menampung pertambahan pelajar.
| < Sblm | Seterusnya > |
|---|


