Perancangan Kerajaan Gagal Jika Ketua Kampung Tidak Sokong

“ماي قدح - mykedah.org” ڤوست معلومت نڬري قدح - Pusat Maklumat Negeri Kedah

Perancangan Kerajaan Gagal Jika Ketua Kampung Tidak Sokong

Perancangan Kerajaan Gagal Jika Ketua Kampung Tidak Sokong

PDFCetakemel

PADANG TERAP – Bagaimana hebat pun perancangan yang dibuat oleh kerajaan, maka tetap akan mengalami kegagalan jika tidak mendapat sokongan dari ketua kampong. Ingatan itu diberikan oleh Pengerusi  Jawatankuasa Kesihatan, Penerangan, Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pembangunan Insan, YB Dr Ismail Salleh dalam Majlis Taklimat kepada Ketua-ketua kampung di Dewan Nak
 
“Tuan-tuan harus faham, ketua kampong diwujudkan dari keputusan yang dibuat oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk tempoh 2 tahun.

“Pelantikan tuan-tuan sebagai ketua kampung berkuatkuasa pada 1 Oktober 2008 hingga 30 September 2010 akan menjadi kayu ukur kepada pelaksanaan dasar-dasar kerajaan yang memerintah,” ujarnya.

Menurut Dr Ismail lagi, ketua-ketua kampung hendaklah melakukan culaan politik untuk mengumpul  data-data kemiskinan di kalangan murid-murid sekolah yang cemerlang, sakit lumpuh, ibu tunggal dan OKU.

“Tuan-tuan hendaklah bersikap proaktif, mengumpul dan menyediakan profil kampung/komuniti untuk dikemukakan kepada penghulu mukim.

 “Selain menjadi mata, hidung dan telinga kepada kerajaan, tuan-tuan juga hendaklah berlaku adil kepada semua golongan lapisan masyarakat supaya pengagihan yang dibuat oleh tuan-tuan itu dilakukan secara saksama,” kata Dr Ismail Salleh

Pada majlis itu, Ketua Penolong Pegawai Daerah Padang Terap, Abd Gafar Yahya memberikan kursus pengenalan kepada ketua-ketua kampung/komuniti tentang peranan mereka apabila berurusan dengan struktur pentadbiran kerajaan yang ada.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Padang Terap, YB Ustaz Mohd Nasir Zakaria, Adun Bukit Pinang, YB Dato’ Haji Md Rohsidi Osman, Adun Bukit Lada, YB Ustaz Ahmad Izzat Mohamad Shauki dan Pegawai Daerah Padang Terap, Tuan Haji Mat Noh Ahmad.
Comments (0)
Write comment
Your Contact Details:
Comment:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img]   
:angry::0:confused::cheer:B):evil::silly::dry::lol::kiss::D:pinch:
:(:shock::X:side::):P:unsure::woohoo::huh::whistle:;):s
:!::?::idea::arrow:
Security
Please input the anti-spam code that you can read in the image.