Kedah terus kukuh cengkaman

“ماي قدح - mykedah.org” ڤوست معلومت نڬري قدح - Pusat Maklumat Negeri Kedah

Kedah terus kukuh cengkaman

Kedah terus kukuh cengkaman

PDFCetakemel

Sumber: Berita Harian Online 

Selangor gagal memberi tekanan apabila hanya mampu seri dengan Terengganu

PENDAHULU, Kedah meneruskan penguasaan di tangga teratas Liga Super apabila berjaya menahan asakan Negeri Sembilan untuk menang tipis 2-1 dalam pertembungan dua pasukan 'heavy weight' di Stadium Darulaman, malam tadi.

Kedah yang tampak kurang menyengat selepas ketiadaan Marlon Alex James, memperoleh gol pertama menerusi Sanramsak Kram yang menyepak kencang hantaran Nelson Sam Martin pada minit ke-22 menewaskan penjaga gol pelawat, Farizal Harun.

Bagaimanapun ia tidak bertahan lama apabila pemain import skuad Hobin Jang Hobin, Udon Fortune menyamakan kedudukan pada minit ke-32 selepas menerima umpanan Lamin Conteh seterusnya menyepak kencang mengatasi penjaga gol Kedah, Mohd Helmi Eliza Elias dari jarak dekat.


Babak kedua menyaksikan pemain pertahanan Negeri Sembilan, Aidil Zafuan Abd Razak menggunakan tangan menguis keluar bola menyebabkan pengadil, R Krishnan menghadiahkan penalti yang dimanfaatkan sepenuhnya oleh tuan rumah menerusi jaringan Sam Martin pada minit ke-67.

Di Stadium Darulmakmur, jaringan pemain import Maghribi, Redouane Barkaoui pada minit ke-90 untuk memastikan Pahang memungut tiga mata penuh mengatasi UPB MyTeam.

Barkaoui yang pertama kali diturunkan musim ini berjaya menanduk masuk hantaran rakan dari bahagian tengah ketika MyTeam sudah berharap untuk mendapatkan satu mata di tempat lawan.

 


  • Di Stadium Utama Negeri, Perlis menambah derita Perak yang dibelasah Kedah sebelum ini apabila menang 2-0 dalam tempoh 10 minit terakhir menerusi Mohd Nizaruddin Yusof pada minit ke-83 dan Phillimon Chipeta, dua minit sebelum tamat perlawanan.

  • Di Stadium Selayang, jaringan pendahuluan DPMM Brunei pada minit ke-37 menerusi Abdel Hakim Eldahloul masih belum cukup untuk menewaskan Polis yang bangkit untuk mencatat kemenangan 2-1 menerusi jaringan Faizal Abdullah pada minit ke-48 dan Azlan Ismail, minit ke-68.

  • Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Selangor kempunan untuk mendapatkan tiga mata penuh apabila Terengganu berjaya menyamakan jaringan menerusi Fabio Flor tiga minit sebelum tamat perlawanan untuk berkongsi satu mata.

    Selangor sebelum itu tampak akan terus memberi tekanan terhadap pendahulu Kedah dengan jaringan tunggal Frank Seator seawal minit keenam selepas bijak meloloskan diri menanduk hantaran R Surendran menewaskan penjaga gol Sharbinee Allawee sehingga digagalkan oleh gol skuad Penyu.
  • Di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang tidak mampu menggunakan sepenuhnya kesempatan bermain di gelanggang sendiri apabila hanya seri tanpa jaringan ketika bertemu Johor FC.
  • Comments (0)
    Write comment
    Your Contact Details:
    Comment:
    [b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img]   
    :angry::0:confused::cheer:B):evil::silly::dry::lol::kiss::D:pinch:
    :(:shock::X:side::):P:unsure::woohoo::huh::whistle:;):s
    :!::?::idea::arrow:
    Security
    Please input the anti-spam code that you can read in the image.