Jom Ke Karnival Seri Astana 2009 Di Pasar Astana & Home Mart, Bandar Seri Astana, Sungai Petani
Jom Ke Karnival Seri Astana 2009 Di Pasar Astana & Home Mart, Bandar Seri Astana, Sungai Petani
Terakhir dikemaskini (Khamis, 02 Julai 2009 10:28) Khamis, 02 Julai 2009 09:48
Kami menerima email seperti berikut:
Assalamualaikum..
Saya shaifol nizam bin abu bakar, marketing executive di EUPE Kemajuan Sdn. Bhd. di hubungi di 017-5170691.saya merujuk kepada laman web mykedah.org (Apabila anda ada maklumat seperti aktiviti, berita dan lain-lain yang ingin dihebahkan di sini sila kirimkan kepada kami ke
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
.).
saya ingin menyumbang sedikit berita untuk dihebahkan .
EUPE Kemajuan Sdn. Bhd., anak syarikat EUPE Corporation Berhad akan mengadakan satu karnival seperti yang saya attachkan di email ini:
_____________________________________________________________________
JOM KE KARNIVAL SERI ASTANA 2009, DI PASAR ASTANA & HOME MART, BANDAR SERI ASTANA, SUNGAI PETANI
Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan “Selamat Datang Ke Bandar Seri Astana” untuk para pembeli Parcel C yang baru sahaja mendapat Sijil Kelayakan Menduduki dan kepada masyarakat di luar umumnya. Sebagai mengalu-alukan perpindahan mereka ke rumah baru, kami akan mengadakan Karnival Seri Astana disamping mempromosikan fasa baru kami iaitu Fasa E.
Tarikh : 10 & 11 hb Julai 2009
Masa : 8.00 pagi – 6.00 petang
Tempat : Pasar Astana & Home Mart
Bandar Seri Astana, Sungai Petani, Kedah.
Acara- Acara : 1. Kejohanan Futsal Piala Eupe Corp. Bhd 2009 (Musim ke 3)
2. Pertandingan Autoshow Car & Scooter
3. Pertandingan Gubahan Bunga
4. Penampilan Istimewa Orang Tertinggi Dunia-Ijaz Ahmad
Selain daripada acara- acara tersebut, pelbagai aktiviti lain juga akan diadakan. Anda dapat membeli pelbagai barangan dari para peniaga yang turut menyertai aktiviti ini dengan harga yang menarik dan menangilah pelbagai hadiah yang ditawarkan sepanjang hari tersebut.
Untuk maklumat lanjut sila klik pada --> KejohananFutsalPialaEupeCorp.Bhd2009.doc
____________________________________________________________________
Terima kasih kepada saudara Shaifol Nizam bin Abu Bakar di atas email yang dikirim oleh beliau.
| < Sblm | Seterusnya > |
|---|


