MB lancar Program Bersih dan Indah Peringkat Negeri Kedah

“ماي قدح - mykedah.org” ڤوست معلومت نڬري قدح - Pusat Maklumat Negeri Kedah

MB lancar Program Bersih dan Indah Peringkat Negeri Kedah

MB lancar Program Bersih dan Indah Peringkat Negeri Kedah

PDFCetakemel

JITRA, 1 Jun: Program Bersih dan Indah yang berkonsepkan gotong-royong merupakan satu platform yang begitu baik untuk masyarakat setempat dalam mengenali antara satu sama lain.

Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, melalui program ini, ia bukan sahaja dapat memelihara kebersihan dan keindahan kawasan persekitaran, malah dapat mengeratkan silaturahim dan kerjasama antara pelbagai agensi serta jabatan bersama masyarakat di setiap kawasan.

Menurutnya, semua masyarakat di setiap daerah di negeri ini dapat menggunakan kesempatan yang ada untuk bersama-sama berganding bahu untuk membersihkan keadaan persekitaran supaya bertambah bersih dan indah agar penduduk dapat menikmati kehidupan yang lebih sempurna, selesa dan selamat dari sebarang penyakit.

Beliau berkata demikian sempena majlis Pelancaran Program Bersih dan Indah Peringkat Negeri Kedah di Dataran Darul Aman, Taman Mahsuri, Bandar Darul Aman, di sini.

“Walaupun aspek kebersihan di kawasan masing-masing adalah di bawah tanggungjawab pihak berkuasa tempatan dan Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd di setiap daerah masing-masing, saya berharap agar semua pihak tidak hanya mengharapkan pihak ini sahaja untuk menjalankan tanggungjawab mereka,” ujarnya.

Menteri Besar mengingatkan agar semua pihak turut bersama-sama berganding bahu untuk membersihkan kawasan persekitaran tempat tinggal kerana ia adalah untuk kepentingan kita bersama.

Selaras dengan itu, katanya, aktiviti-aktiviti pendedahan berhubung dengan kepentingan dalam menjaga alam sekitar dan kebersihan perlu dipertingkatkan lagi terutamanya di peringkat anak-anak kecil di alam persekolahan dan tidak ketinggalan juga kepada masyarakat umum.

“Usahasama di antara pihak berkuasa tempatan, pihak Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd dan penduduk di sini untuk menjayakan program gotong-royong ini merupakan satu pakatan yang strategik dan bijak kerana saya pasti ianya akan memudahkan semua pihak yang terlibat,” katanya.

Tambahnya, ini kerana pihak berkuasa tempatan dan Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd dapat membantu dari segi peralatan pembersihan manakala penduduk di sini pula dapat menyediakan tenaga kerja yang ramai agar program gotong-royong ini dapat berjalan dengan lancar dan cepat.

“Di pihak Kerajaan Negeri pula, kita sentiasa menyokong program-program kemasyarakatan seperti ini dan saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program bersih dan indah ini,” jelasnya.

Turut hadir ialah Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco); Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, YB. Dato’ Seraja Setia Dato’ Wira Haji Rasli Basir; Dato’ Bandar Alor Setar, Dato’ Khazali Din dan Pengarah Environment Idaman Sdn Bhd, Encik Azmanuddin Haq.

Comments (0)
Write comment
Your Contact Details:
Comment:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img]   
:angry::0:confused::cheer:B):evil::silly::dry::lol::kiss::D:pinch:
:(:shock::X:side::):P:unsure::woohoo::huh::whistle:;):s
:!::?::idea::arrow:
Security
Please input the anti-spam code that you can read in the image.