Amanah Saham Kedah agih pendapatan 2009
Amanah Saham Kedah agih pendapatan 2009
Terakhir dikemaskini (Selasa, 30 November 1999 08:00) Khamis, 02 April 2009 10:46
Menurut Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, daripada jumlah itu, RM400,000 adalah dari keuntungan Tabung Amanah Saham Kedah (ASK) manakala bakinya RM1.2 juta adalah sumbangan ikhlas dari Kerajaan Negeri Kedah.
“Sehingga tahun kewangan yang lepas, jumlah keseluruhan pengagihan yang telah dibayar kepada pelabur sejak Tabung ASK dilancarkan adalah sebanyak RM101.9 juta,” jelasnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Menandatangi Perjanjian Pengurusan Dana Antara Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan ASK di Tingkat 15, Wisma PKNK, di sini.
Menteri Besar menjelaskan, ASKB telah mengumumkan pengagihan pendapatan bagi Tabung Amanah Saham Kedah (Tabung ASK) pada kadar satu sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 28 Februari 2009.
Dengan kadar pengagihan itu, katanya, pulangan sebenar pendapatan yang diperolehi oleh pelabur adalah 4.48 peratus iaitu pulangan berdasarkan kepada purata harian nilai aset bersih sebanyak RM0.2230 seunit bagi tahun kewangan ke-14 Tabung ASK.
“Pulangan pendapatan Tabung ASK ini dilihat wajar dan kompetitif berbanding pulangan dari simpanan di institusi kewangan pada kadar sekitar 3.60 peratus serta mengambil kira keadaan pasaran saham tempatan dan ekonomi global yang kurang memberangsangkan pada masa ini,” ujarnya.
Sejumlah 27,357 pemegang unit berdaftar yang telah melanggan 160 juta unit ASK sehingga 28 Februari 2009 layak menerima pulangan ini yang akan dikreditkan secara terus ke dalam akaun pelabur dalam bentuk unit berdasarkan harga unit pada 1 Mac 2009.
Dalam kedudukan pasaran saham yang rendah, beliau berharap Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri Kedah (GLC) mengambil peluang melantik ASKB untuk mengurus lebihan tunai yang ada di mana ASKB dengan kemahiran yang ada dapat mewujudkan portfolio pelaburan dengan pembelian saham-saham yang mempunyai potensi besar untuk menjana keuntungan dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.
“Kerajaan Negeri ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada PKNK kerana memberi kepercayaan dan bersetuju untuk melantik ASKB sebagai Pengurus Dana bagi pihak PKNK dan Kerajaan Negeri juga percaya ASKB dapat melaksanakan tugasnya sebagai Pengurus Dana dan seterusnya dapat menjana pulangan yang kompetitif selaras dengan tahap risiko yang diambil,” katanya.
Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Penerangan, YB. Dato’ Haji Ir. Amiruddin Hamzah; Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, YB. Dato’ Ir. Haji Phahrolrazi Haji Zawawi; Setiausaha Kerajaan Negeri, YB. Dato’ Bijaya Indera Dato’ Paduka Haji Syed Unan Mashri Syed Abdullah Shahabudin; Pegawai Kewangan Negeri, YB. Dato’ Seraja Setia Dato’ Wira Hj. Rasli Basir; Penasihat Undang-Undang Negeri, YB. Dato’ Zakiah Kassim; Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah, Dato’ Haji Abdul Rahman Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif, Norkhalim Ahmad.
| < Sblm | Seterusnya > |
|---|


