Berita & Pengumuman
Tinggalan Kota Istana Pulau Tiga Dimusnahkan Pihak Yang Jahil Sejarah
Terakhir dikemaskini (Selasa, 31 Mac 2009 15:17) Selasa, 31 Mac 2009 14:56
Terkini, tinggalan kota istana Pulau Tiga berhampiran Bandar Laguna Merbok telah dimusnahkan oleh pihak kontraktor yang dilantik oleh tuan tanah (toll) untuk membersihkan kawasan.
Sila lihat artikel kami sebelum ini disini,
http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/2008/01/peninggalan-sejarah-di-sg-merbok.html
Kontraktor tersebut telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana menjalankan kerja-kerja melabihi had yang telah ditetapkan. Kemusnahan tapak tersebut turut dilawati oleh pegawai berwajib dari Muzium Arkeologi, Polis dan Pejabat Daerah. Lapuran kepada pihak berwajib telah dibuat oleh penduduk yang tinggal berdekatan. Kawasan tersebut kini disita dari segala kegiatan pembangunan. Kami turut bersedih diatas kemusnahan tersebut.
Ikuti gambar yang sempat kami rakamkan untuk tatapan saudara/i pembaca sekalian,
Baca Lagi: Tinggalan Kota Istana Pulau Tiga Dimusnahkan Pihak Yang Jahil Sejarah
Senarai Barisan Exco Kerajaan Negeri Kedah Mulai 3 Mac 2009
Terakhir dikemaskini (Rabu, 04 Mac 2009 15:29) Rabu, 04 Mac 2009 15:25
|
|
Sumber: http://wartakedah.com
Siapa Exco Kedah derhakai Raja?
Terakhir dikemaskini (Rabu, 04 Mac 2009 15:30) Rabu, 04 Mac 2009 15:19
Setiausaha Pemuda Umno Kedah, Haris Che Mat muncul bersama gerombolan ‘nangoi-nangoi’ Umno umum akan membuat laporan polis terhadap seorang Exco Kerajaan Negeri Kedah kononnya Exco tersebut menghina Sultan. Ia berdasarkan surat layang yang mendakwa Exco tersebut menghina Sultan. Begitulah rendahnya mutu berfikir Pemuda Umno, membuat dakwaan berasaskan surat layang. Jika polis dibenar untuk dibebankan menyiasat isi kandungan surat layang maka eloklah semua surat layang perihal kebejatan pemimpin yang tersebar luas waktu pilihanraya umum dan sewaktu pemilihan Umno sekarang ini dirujukkan ke balai polis. Terpaksalah pula polis mewujudkan sebuah unit khas untuk menyiasat surat layang.
Apa yang dilakukan oleh Haris dan gerombolannya adalah senario semasa yang sedang melanda Umno di seluruh negara iaitu wabak ‘report polis’. Atas pelbagai isu, pemimpin dan ahli Umno berulang-alik ke balai polis di seluruh negara sejak akhir-akhir ini.
Secara bergurau seorang sahabat berkata, “Dulu, masa jadi kerajaan Umno sibuk dok hurung projek, bila jadi pembangkang sibuk hurung balai polis, aku ingat simbol keris pada Umno patut diganti dengan simbol balai polis.”
Kebetulannya isu derhaka yang dicetuskan oleh Pemuda Umno Kedah itu berlaku sehari selepas calon Timbalan Presiden Umno, Dato’ Ali Rustam mencetuskan kontroversi dengan mengadakan ‘ceramah politik’ di hadapan Tuanku Sultan Kedah dalam majlis Pelancaran Buku Semangat Keris Melayu. Agak memalukan kerana dia hadir berucap sebagai Presiden Dunia Melayu Dunia Islam, tetapi memberi ucapan seolah-olah berkempen untuk memenangi jawatan penting dalam Umno. Apabila Ali berucap di hadapan Sultan Kedah yang terkenal sebagai seorang raja yang bersikap adil terhadap rakyatnya, maka ucapannya jadi sumbang serta tidak disenangi oleh ramai hadirin.
2,026 Ketua Kampung Terima Tauliah Dari Menteri Besar
Terakhir dikemaskini (Selasa, 30 November 1999 08:00) Rabu, 18 Februari 2009 12:44
ALOR SETAR – Seramai 2,026 Ketua Kampung/Komuniti di bawah 36 Dewan Undangan Negeri (DUN) telah menerima Sijil Tauliah Pelantikan yang disampaikan oleh Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak. Majlis tersebut diadakan di Dewan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Kolej Universiti Insaniah.
Menurut Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, dalam sistem pentadbiran kerajaan negeri Kedah, Ketua Kampung/Komuniti merupakan pemimpin masyarakat di peringkat akar umbi mengembeleng tenaga bersama kerajaan dalam usaha memacu pembangunan negeri bagi mencapai Kedah Sejahtera.
“Semua kita bekerja atas satu pasukan untuk capai matlamat yang kita perjuangkan, tak kira pangkat, dalam pentadbiran, tak kira kita berada di peringkat atasan mahupun bawahan.
“Seperti tayar kereta dan skru tayar, walaupun tayar lebih mahal dari skru, kalau skru longgar, tayar tercabut habis,” ujar beliau sambil memberi contoh yang mudah, tapi membawa makna kepada pendengar,” ujarnya.
Tambahnya, Ketua Kampung/Komuniti bertanggungjawab menjalankan aktiviti kemasyarakatan di bawah seliaan Penghulu Mukim dan Pegawai Daerah serta mendengar masalah masyarakat, dan seterusnya membantu menyelesaikannya.
“Ketua kampung berperanan memperkasakan kuasa penghulu, kerajaan lantik ketua kampung atau komuniti untuk menolong kerajaan bantu masyarakat, dalam usaha pembangunan sosial, keluarga, ekonomi ke arah kampung atau taman sejahtera,” ujar beliau.
Menteri Besar turut menasihatkan Ketua Kampung/komuniti agar berlaku adil dalam memberikan khidmat kepada masyarakat tanpa mengira agama, bangsa, keturunan serta fahaman politik.
“Ketua kampung boleh berpolitik, tapi dalam masyarakat perlu bersatu, kerjasama, adil untuk membina kampung atau taman aman dan sejahtera.
“Saya sering mengamalkan sikap lebih baik kita silap mengampunkan orang, daripada kita menghukum orang yang tak bersalah,” jelas beliau.
Perancangan Kerajaan Gagal Jika Ketua Kampung Tidak Sokong
Terakhir dikemaskini (Selasa, 30 November 1999 08:00) Rabu, 18 Februari 2009 12:39
PADANG TERAP – Bagaimana hebat pun perancangan yang dibuat oleh kerajaan, maka tetap akan mengalami kegagalan jika tidak mendapat sokongan dari ketua kampong. Ingatan itu diberikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Penerangan, Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pembangunan Insan, YB Dr Ismail Salleh dalam Majlis Taklimat kepada Ketua-ketua kampung di Dewan Nak“Tuan-tuan harus faham, ketua kampong diwujudkan dari keputusan yang dibuat oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk tempoh 2 tahun.
“Pelantikan tuan-tuan sebagai ketua kampung berkuatkuasa pada 1 Oktober 2008 hingga 30 September 2010 akan menjadi kayu ukur kepada pelaksanaan dasar-dasar kerajaan yang memerintah,” ujarnya.
Menurut Dr Ismail lagi, ketua-ketua kampung hendaklah melakukan culaan politik untuk mengumpul data-data kemiskinan di kalangan murid-murid sekolah yang cemerlang, sakit lumpuh, ibu tunggal dan OKU.
“Tuan-tuan hendaklah bersikap proaktif, mengumpul dan menyediakan profil kampung/komuniti untuk dikemukakan kepada penghulu mukim.
“Selain menjadi mata, hidung dan telinga kepada kerajaan, tuan-tuan juga hendaklah berlaku adil kepada semua golongan lapisan masyarakat supaya pengagihan yang dibuat oleh tuan-tuan itu dilakukan secara saksama,” kata Dr Ismail Salleh
Pada majlis itu, Ketua Penolong Pegawai Daerah Padang Terap, Abd Gafar Yahya memberikan kursus pengenalan kepada ketua-ketua kampung/komuniti tentang peranan mereka apabila berurusan dengan struktur pentadbiran kerajaan yang ada.
Hadir sama ialah Ahli Parlimen Padang Terap, YB Ustaz Mohd Nasir Zakaria, Adun Bukit Pinang, YB Dato’ Haji Md Rohsidi Osman, Adun Bukit Lada, YB Ustaz Ahmad Izzat Mohamad Shauki dan Pegawai Daerah Padang Terap, Tuan Haji Mat Noh Ahmad.
Artikel lain...
Halaman 4 daripada 9




