Berita & Pengumuman

“ماي قدح - mykedah.org” ڤوست معلومت نڬري قدح - Pusat Maklumat Negeri Kedah

Berita & Pengumuman

Keputusan Terkini PRK N 25 Bukit Selambau

PDFCetakemel

Terakhir dikemaskini (Rabu, 08 April 2009 10:44) Rabu, 08 April 2009 10:27

Keputusan Terkini PRK N 25 Bukit Selambau

 TAMAN RIA UTARA
-PKR: 704
-BN: 628
-BEBAS: 62

TAMAN RIA JAYA
-
PKR: 2137
-BN: 1201
-BEBAS: 157


TAMAN RIA SELATAN
-
PKR: 882
-BN: 578
-BEBAS: 45


TAMAN PERUDA

-PKR: 668
-BN: 484
-BEBAS: 70

TAMAN BANDAR BARU
-
PKR: 1419
-BN: 1309
-BEBAS: 151


KUALA SIN

-PKR: 205
-BN: 415
-BEBAS: 35

POKOK MACHANG
-PKR: 271
-BN: 301
-BEBAS: 14

TAMAN TASEK APONG
-
PKR: 528
-BN: 335

-BEBAS: 41

PEKAN BUKIT SELAMBAU
-
PKR: 592
-BN: 742
-BEBAS: 103


TITI PANJANG
-
PKR: 427
-BN: 360
-BEBAS: 25


BATU BELACAN

-PKR: 256
-BN: 338
-BEBAS: 18

 


BUKIT RUSA
-
PKR: 260
-BN: 185
-BEBAS: 64


BUKIT LEMBU
-
PKR: 406
-BN: 440
-BEBAS: 50


TAMAN DESA AMAN
-
PKR: 810
-BN: 834
-BEBAS: 123


KAMPUNG SUNGKAP
-PKR: 148
-BN: 298
-BEBAS: 13


AIR MENIDEH
-
PKR: 699
-BN: 313
-BEBAS: 35


UNITED PETANI
-
PKR: 427
-BN: 236
-BEBAS: 28


PETANI PARA
-
PKR: 192
-BN: 97
-BEBAS: 28


BANDAR LAGUNA MERBOK
-
PKR: 388
-BN: 267
-BEBAS: 16


AMBANGAN HEIGHTS
-
PKR: 346
-BN: 214
-BEBAS: 27


UNDI POS
-PKR: 13
-BN: 34
-BEBAS: 7

JALAN BADLISHAH
-
PKR: 221
-BN: 145
-BEBAS: 30


SUNGAI LALANG
-
PKR: 850
-BN: 499
-BEBAS: 55

  

 

JUMLAH PENGUNDI: 35 140

JUMLAH KELUAR MENGUNDI: 24 347

PKR: 12 632

BN: 10 269

BEBAS: 1 306

UNDI ROSAK: 387

MAJORITI: 2403

PERATUSAN UNDI: 20%

 

Tunai janji pilihanraya umum ke 12 KERAJAAN NEGERI BERI 5.5 HEKTAR TANAH UNTUK SRJK TAMIL

PDFCetakemel

Terakhir dikemaskini (Rabu, 08 April 2009 10:45) Rabu, 08 April 2009 10:17

BEDONG:  Kerajaan Negeri Kedah telah meluluskan sebidang tanah seluas 5.5 hektar untuk mendirikan bangunan baru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Sungai Tok Pawang, di sini tanpa dikenakan sebarang premium.

 
SJKT Sungai Tok Pawang mula diasaskan pada tahun 1935, tetapi selepas merdeka impian ibu bapa yang inginkan bangunan baru sekolah tersebut masih belum tercapai.

Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, pada bulan Mac tahun 2008, beliau telah dihubungi pemimpin kaum India di situ yang meminta kerajaan baru sekiranya memenangi pilihan raya umum lalu membantu menyelesaikan masalah ibu bapa kaum India di situ yang inginkan bangunan sekolah untuk anak-anak mereka.

“Oleh itu, saya telah berjanji sekiranya kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang memenangi pilihan raya umum tersebut, kita akan tunaikan janji membina sebuah bangunan baru khas untuk anak-anak kaum India di sini mendapat pendidikan dengan lebih sempurna dan selesa,” jelasnya.

Menurutnya, selepas tiga bulan kerajaan PR mentadbir negeri ini, usaha dijalankan untuk menunaikan janji-janji yang telah dibuat sebelum pilihan raya umum tersebut.

Beliau berkata demikian pada majlis pecah tanah bangunan baru SJKT Sungai Tok Pawang, di sini.

Sebanyak RM1.6 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi membina bangunan baru berkenaan.

Menteri Besar berkata, ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri PR tidak pernah melupakan janji sebelum pilihan raya, apa yang dikatakan oleh pihak tertentu bahawa kerajaan negeri ini yang diperintah oleh PR tidak menunaikan janji adalah tidak benar.

Baca Lagi: Tunai janji pilihanraya umum ke 12 KERAJAAN NEGERI BERI 5.5 HEKTAR TANAH UNTUK SRJK TAMIL

 

Kononnya MB tinggalkan Sultan untuk makan sendiri

PDFCetakemel

Terakhir dikemaskini (Sabtu, 04 April 2009 18:48) Sabtu, 04 April 2009 18:43

FITNAH JAHAT YANG TERKUTUK!

Usaha mengecam seorang Exco Kerajaan Negeri Kedah kononnya menderhaka kepada Kebawah Duli Yang Maha (KDYMM) Sultan Kedah tidak berhasil. Sekarang Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak pula dikatakan tidak hormat KDYMM Sultan.

Sewaktu kekecohan mengatakan Exco menderhaka KDYMM Tuanku Sultan, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan sering dikejar para wartawan bagi mendapatkan maklum balas isu tersebut.

Pada satu sidang media selepas Majlis Pelantikan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah di Istana Anak Bukit, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan sempat berjenaka dengan para wartawan, dengan berkata, sekarang Exco dituduh menderhaka KDYMM Tuanku Sultan, esok-esok Menteri Besar pula dituduh menderhaka KDYMM Tuanku Sultan.

Hari ini, jenaka tersebut menjadi kenyataan, namun kenyataan mengenai YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan tidak hormat KDYMM Tuanku Sultan disiarkan dalam ruangan surat & e-mel di Berita Harian, dikirimkan oleh seorang pembaca yang bertajuk ‘MB Kedah tak hormat Sultan’.

Dalam kiriman tersebut, mendakwa kononnya sewaktu majlis perasmian Tree Top Walk di Sungai Sedim, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan dikatakan tidak hormat KDYMM Tuanku Sultan kerana meninggalkan pentas Di-Raja dan makan seorang diri berhadapan dengan orang ramai yang hadir di dalam khemah jamuan sebelum keberangkatan tiba KDYMM Tuanku Sultan dan Sultanah.

Sesungguhnya ia adalah satu fitnah yang sangat jahat kerana peristiwa yang digambarkan itu sama sekali TIDAK BERLAKU, hanya rekaan penulis tersebut semata-mata. Lihatlah betapa buruknya etika penulis tersebut yang sanggup bernohong dalam sebuah akhbar yang terkenal suka memecahbelahkan masyarakat.

Apakah muslihat di sebalik kiriman ini? Adakah disebabkan bahang pilihan raya di Bukit Selambau? Mengapa isu istana digunakan? Sedangkan kita sendiri sedia maklum bahawa SPR sudah keluar kenyataan bahawa isu istana tidak boleh digunakan dalam kempen Pilihan Raya Kecil di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Air.

Sudah sebulan majlis tersebut berlangsung, kenapa sekarang ianya baru dibangkitkan? Sedangkan majlis tersebut berjalan dengan lancar dan tiada langsung khabar-khabar angin berlaku di kalangan para hadirin yang hadir.

Majlis tersebut hanya dihadiri oleh Exco-exco serta ADUN-ADUN dari Pakatan Rakyat sahaja. Mana menghilangnya ADUN-ADUN pembangkang? Adakah ini dikatakan taat pada KDYMM Tuanku Sultan? 

Sumber: http://wartakedah.com 

   

Lantikan semula Mufti Kedah oleh KDYMM Tuanku Sultan

PDFCetakemel

Terakhir dikemaskini (Selasa, 30 November 1999 08:00) Khamis, 02 April 2009 10:51

ALOR SETAR, 29 Mac  Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan oleh subseksyen 5 (2) Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) No.6 Tahun 2008, maka inilah Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah telah berkenan melantik Dato’ Setia Jaya Dato’ Paduka Syeikh Hasbullah Hj. Abd. Halim sebagai Mufti Negeri Kedah pada tarikh lantikan iaitu 1 Julai 2008 manakala Syeikh Marwazi Dziyauddin sebagai Timbalan Mufti Negeri Kedah pada tarikh lantikan iaitu 16 Oktober 2008.


Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan oleh subseksyen 11 (1) Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) No.6 Tahun 20008, maka inilah KDYMM Tuanku Sultan Kedah telah berkenan melantik Dato’ Mursyid Diraja Dato’ Paduka (Dr) Syeikh Abd. Majid Mohd. Noor, Dato’ Syeikh Zakaria Haji Ahmad, Dato’ Syeikh Yaakob Senawi, Dato’ Syeikh Abdul Razak Haji Mohd. Yusof, Profesor Madya Dato’ Syeikh Muhammad Baderuddin Haji Ahmad, Dato’ Syeikh Abd. Hamid Md. Tahir, Dato’ Syeikh Fadzil Haji Awang dan Syeikh Abdul Rahman Abu Bakar sebagai Ahli Jawatankuasa Mufti Negeri Kedah Darul Aman pada tarikh lantikan iaitu 1 Januari 2009.

Sumber: http://wartakedah.com

 

Amanah Saham Kedah agih pendapatan 2009

PDFCetakemel

Terakhir dikemaskini (Selasa, 30 November 1999 08:00) Khamis, 02 April 2009 10:46

ALOR SETAR, 1 April: Bagi tujuan pengagihan pendapatan pada tahun 2009, Amanah Saham Kedah Berhad (ASKB) bersama-sama Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM1.6 juta untuk diagihkan kepada setiap pemenang saham ASKB.
Menurut Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, daripada jumlah itu, RM400,000 adalah dari keuntungan Tabung Amanah Saham Kedah (ASK) manakala bakinya RM1.2 juta adalah sumbangan ikhlas dari Kerajaan Negeri Kedah.

“Sehingga tahun kewangan yang lepas, jumlah keseluruhan pengagihan yang telah dibayar kepada pelabur sejak Tabung ASK dilancarkan adalah sebanyak RM101.9 juta,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Menandatangi Perjanjian Pengurusan Dana Antara Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan ASK di Tingkat 15, Wisma PKNK, di sini.

Menteri Besar menjelaskan, ASKB telah mengumumkan pengagihan pendapatan bagi Tabung Amanah Saham Kedah (Tabung ASK) pada kadar satu sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 28 Februari 2009.

Dengan kadar pengagihan itu, katanya, pulangan sebenar pendapatan yang diperolehi oleh pelabur adalah 4.48 peratus iaitu pulangan berdasarkan kepada purata harian nilai aset bersih sebanyak RM0.2230 seunit bagi tahun kewangan ke-14 Tabung ASK.

“Pulangan pendapatan Tabung ASK ini dilihat wajar dan kompetitif berbanding pulangan dari simpanan di institusi kewangan pada kadar sekitar 3.60 peratus serta mengambil kira keadaan pasaran saham tempatan dan ekonomi global yang kurang memberangsangkan pada masa ini,” ujarnya.

Sejumlah 27,357 pemegang unit berdaftar yang telah melanggan 160 juta unit ASK sehingga 28 Februari 2009 layak menerima pulangan ini yang akan dikreditkan secara terus ke dalam akaun pelabur dalam bentuk unit berdasarkan harga unit pada 1 Mac 2009.

Dalam kedudukan pasaran saham yang rendah, beliau berharap Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri Kedah (GLC) mengambil peluang melantik ASKB untuk mengurus lebihan tunai yang ada di mana ASKB dengan kemahiran yang ada dapat mewujudkan portfolio pelaburan dengan pembelian saham-saham yang mempunyai potensi besar untuk menjana keuntungan dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

“Kerajaan Negeri ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada PKNK kerana memberi kepercayaan dan bersetuju untuk melantik ASKB sebagai Pengurus Dana bagi pihak PKNK dan Kerajaan Negeri juga percaya ASKB dapat melaksanakan tugasnya sebagai Pengurus Dana dan seterusnya dapat menjana pulangan yang kompetitif selaras dengan tahap risiko yang diambil,” katanya.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Penerangan, YB. Dato’ Haji Ir. Amiruddin Hamzah; Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, YB. Dato’ Ir. Haji Phahrolrazi Haji Zawawi; Setiausaha Kerajaan Negeri, YB. Dato’ Bijaya Indera Dato’ Paduka Haji Syed Unan Mashri Syed Abdullah Shahabudin; Pegawai Kewangan Negeri, YB. Dato’ Seraja Setia Dato’ Wira Hj. Rasli Basir; Penasihat Undang-Undang Negeri, YB. Dato’ Zakiah Kassim; Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah, Dato’ Haji Abdul Rahman Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif, Norkhalim Ahmad.
   

Halaman 4 daripada 9