Berita & Pengumuman

“ماي قدح - mykedah.org” ڤوست معلومت نڬري قدح - Pusat Maklumat Negeri Kedah

Berita & Pengumuman

Tahap kebersihan Alor Setar meningkat

PDFCetakemel

Terakhir dikemaskini (Rabu, 28 Oktober 2009 10:35) Rabu, 28 Oktober 2009 10:30


ALOR SETAR- Tahap kebersihan di bandar raya ini menampakkan perubahan apabila longgokan sampah di sini sudah pun mula dikutip oleh kontraktor pelupusan sisa pepejal, E-Idaman.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Membasmi Kemiskinan, Kerja Raya, Pertanian Industri Asas Tani, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga negeri, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, walaupun E-Idaman belum mengambil alih kerja pungutan sampah secara rasmi namun hampir 50 peratus sampah sudah pun mula dikutip.

Menurutnya, sejak E-Idaman mula beroperasi, tahap kebersihan di bandar raya ini berada di tahap yang cukup memuaskan kerana E-Idaman menjalankan kerja pembersihan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

“Buat masa sekarang saya berasa amat selesa dan berpuas hati dengan kemajuan serta tahap kebersihan di bandar raya ini. Namun saya juga berasakan masih banyak lagi perkara yang perlu kita baiki agar tahap kebersihan di bandar raya ini menjadi bertambah baik,” katanya. 

:Ir Phahrolrazi berkata, penambahan dan pembaikan tong sampah di kawasan perumahan juga akan dibuat untuk mengurangkan longgokan sampah. 

Beliau berkata, bukan sahaja penambahan tong sampah akan dibuat malahan jadual pengurusan pekerja akan diperbaiki bagi menjadikan operasi berkesan. 

Selain itu, beliau berkata, setelah Alor Setar tidak lagi dibebani masalah longgokan sampah dan tahap kebersihan mencapai tahap yang paling memuaskan, kerja pembersihan longkang dan pemotongan rumput pula akan dilaksanakan. 

Menurutnya, kerja itu akan dilaksanakan setelah kerja pembersihan sampah mencapai ke tahap 70 peratus. 

Beliau menasihatkan warga bandar raya ini agar sentiasa menjaga kebersihan dengan membuang sampah ke dalam tong sampah mengikut cara yang betul dengan mengikat beg plastik tersebut dan tidak meletakkan sampah di luar tong.

Sumber: http://sinarharian.com.my
 

Rayuan Sumbangan Tabung Kebakaran SAIF

PDFCetakemel

Terakhir dikemaskini (Selasa, 30 November 1999 08:00) Isnin, 10 Ogos 2009 15:50

RAYUAN SUMBANGAN TABUNG KEBAKARAN SAIF

Kepada sesiapa yang ingin menyumbang boleh salurkan melalui akaun Bank Islam : Tabung Pembangunan SAIF no akaun 02084010028830.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi ust Musoddak Hj Ahmad, Pengerusi Sekolah 012 4827563 atau Ust Mohamad Ismail, Setiausaha Lembaga tadbir 019 4227323.
------------------------------------

 

Pembinaan Banggunan 3 Tingkat, Blok Asrama, Kelas Dan kantin SAIF Perlukan RM 600,00

PDFCetakemel

Terakhir dikemaskini (Isnin, 10 Ogos 2009 15:53) Isnin, 10 Ogos 2009 15:47

BANGUNAN 3 TINGKAT YANG SEDANG DALAM PEMBINAAN




Bangunan Sekolah Integrasi Faizin yang terbakar telah dibersihkan pada 1 Ogos 2009 lepas. Hasil kerjasama majlis Daerah Yan dan juga gotong royong masyarakat setempat dan mahasiswa IPT.

Pihak selolah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat. Sekarang pihak sekolah sedang memfokuskan untuk menyiapkan sebuah bangunan 3 tingkat yang akan menempatkan block Asrama, Kelas dan Kantin dengan anggaran RM 600,000 (Enam Ratus Ribu). Sumbangan sentiasa terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang ingin melakukan amal jarian kebajikan bagi membantu menyiapkan bangunan tersebut yang wajib disiapkan untuk digunakan pada tahun hadapan.

Semoga dengan ketibaan Ramadhan yang semakin hampir dan pintu pahala dan ganjaran yang tak terhitung yang dijanjikan oleh Allah terbuka luas, marilah sama-sama kita merebut untuk membuat kebajikan dengan menyumbang kepada sekolah ini.

Baca Lagi: Pembinaan Banggunan 3 Tingkat, Blok Asrama, Kelas Dan kantin SAIF Perlukan RM 600,00

   

Jawatan kosong MBAS

PDFCetakemel

Terakhir dikemaskini (Selasa, 30 November 1999 08:00) Khamis, 23 Julai 2009 12:41

Untuk melihat senarai jawatan kosong sila klik  sila layari http://www.mbas.gov.my---> iklan jawatan kosong MBAS

 

Jawatan kosong MADA dan JZNK

PDFCetakemel

Terakhir dikemaskini (Selasa, 30 November 1999 08:00) Isnin, 20 Julai 2009 09:14

Berikut adalah jawatan kosong di MADA dan JZNK :

 

MADA:

 

1. JAWATAN : JURUTERA (AWAM) GRED J41

2. JAWATAN : JURUTEKNIK (AWAM) GRED J17

3. JAWATAN : PEMBANTU PERTANIAN GRED G17

 

Tarikh tutup permohonan ialah pada  29 Julai 2009. Permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan.

 

Untuk maklumat lanjut sila layari www.mada.gov.my

 

Jabatan Zakat Negeri Kedah:

 

1. JAWATAN : PENOLONG AKUANTAN GRED W27

 

STATUS JAWATAN: Tetap, tidak berpencen

 

TARIKH TUTUP :02 Ogos 2009

 

Malumat lanjut sila layari www.zakatkedah.com

   

Halaman 2 daripada 9