Berita & Pengumuman

“ماي قدح - mykedah.org” ڤوست معلومت نڬري قدح - Pusat Maklumat Negeri Kedah

Berita & Pengumuman

Pengumuman

PDFCetakemel

Terakhir dikemaskini (Ahad, 30 November 2008 00:06) Rabu, 09 April 2008 14:06

Apabila anda ada maklumat seperti aktiviti, berita dan lain-lain yang ingin dihebahkan di sini sila kirimkan kepada kami ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya .
 

Proses naik taraf sistem joomla! mencapai tahap 90%

PDFCetakemel

Terakhir dikemaskini (Selasa, 30 November 1999 08:00) Selasa, 08 April 2008 13:09

Alhamdulillah .. Akhirnya proses menaik taraf sistem joomla hampir berjaya. Sekiranya anda ada sebarang cadangan, pendapat atau mengesan masalah selepas ini sila beritahu kami di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya . Kerjasama dari anda amat diharapkan.
 

Pusat Bimbingan dan Latihan Saudara Baru (PUSBA)

PDFCetakemel

Terakhir dikemaskini (Selasa, 30 November 1999 08:00) Khamis, 20 Mac 2008 21:08

Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman telah memperuntukan RM 3.16 juta bagi membina sebuah bangunan tiga tingkat dan sebuah surau untuk PUSBA di Sungai Petani. Bangunan merangkumi asrama lelaki, asrama perempuan, dewan dan bilik-bilik kuliah, dewan makan serta surau. Selain kos pembinaan bangunan tersebut, JZNK juga turut membiayai perbelanjaan dan kos operasi PUSBA termasuk pembiayaan kos peserta-peserta kursus, kakitangan pengurusan dan tenaga pengajar di PUSBA.




Bangunan baru mempunyai :
4 buah bilik kuliah. 16 buah bilik asrama.
Perpustakaan. Dewan makan.
2 buah rumah warden. Pejabat kakitangan.
Dewan serbaguna. Dewan mesyuarat.
Pejabat pengetua. Bilik rekriasi.

Bangunan Surau:
Dapat memuatkan 200 orang jemaah dalam satu masa.

PUSBA telah ditubuhkan pada 8 Mac 1998 dan mula beroperasi pada 1 April 1999. Pusat yang dinaungi sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Negeri Kedah ini, ditubuhkan dengan tiga matlamat utama:

i. Melatih saudara-saudara baru mengikut acuan dan suasana Islam yang sebenar.
ii. Mengkader pendakwah-pendakwah di kalangan saudara-saudara baru.
iii. Menjaga dan menunaikan tanggungajawab kebajikan, keselamatan, pertolongan serta bantuan kepada saudara baru.

Dalam merealisasikan objektif yang telah digariskan, PUSBA telah menyediakan kurus intensif selama tiga bulan, kursus mingguan pada setiap hari Ahad dan kursus khas untuk kumpulan atau jabatan yang mempunyai kakitangan saudara baru. Selain itu, pusat ini turut mengadakan kursus mingguan di cawangannya di Masjid Kilang Lama, Kulim dan Rumah Sri Kenangan, Bedong.

Jabatan Zakat Negeri Kedah turut memperuntukan saguhati bantuan permulaan memeluk Islam kepada saudara baru sebanyak RM 500.00 seorang. Selain itu, Jabatan ini juga turut menanggung kos berkhatan bagi mereka. Saudara-saudara baru ini juga akan ditempatkan di PUSBA untuk sesi tempoh latihan dan bimbingan selama tiga bulan.

KELAYAKAN MEMASUKI PUSBA.

  JADUAL WAKTU
1. JADUAL WAKTU (Kelas Pengajian Mingguan Daerah Kulim)
2. JADUAL WAKTU (Kursus Intensif 3 Bulan)
3. JADUAL WAKTU (Kelas Pengajian Mingguan)
4 JADUAL WAKTU (Kelas Pengajian Rumah Seri Kenangan)
  HUBUNGI KAMI
Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak PUSBA di alamat berikut :

Alamat:
PUSBA, Masjid Sultan Muzaffar Shah
Jalan Kolam Air 08000, Sungai Petani Kedah.
Tel / Fax: 04-4258561

 

Mukhtaruddin Bin Ishak
Pengetua, Pusat Bimbingan Dan Latihan Saudara Baru, Negeri Kedah Darul Aman

 

   

Teruskan Tadika Kemas, kami tidak pernah arah tutup - MB Kedah

PDFCetakemel

Terakhir dikemaskini (Isnin, 10 Mac 2008 23:09) Ditulis oleh Helmi Khalid Isnin, 10 Mac 2008 23:02

ALOR STAR, 10 Mac (Hrkh) - Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak mengarahkan semua Tadika Kemas di negeri ini mengekalkan premis masing-masing tanpa perlu berpindah, mengeluarkan barang sebaliknya meneruskan pengajian seperti biasa.

Beliau berkata, beliau sendiri atau pihak PAS tidak pernah mengeluarkan arahan sedemikian rupa sebaliknya akan memikirkan beberapa langkah untuk memantapkan lagi pusat pengajian pra sekolah tersebut.

Katanya, beliau juga telah mengarahkan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kedah, Yusuf Husin untuk menghantar surat kepada kesemua 15 PAS Kawasan untuk memastikan Tadika Kemas di kawasan masing-masing meneruskan sesi pengajian seperti biasa dan jangan terpengaruh dengan mana-mana arahan selain dari arahan kerajaan negeri.

"Kita berterima kasih kepada semua guru-guru Kemas yang telah lama berjasa kepada masyarakat, kita tidak akan tutup Tadika Kemas, ini tidak betul, jangan ada pihak yang cuba mengambil kesempatan, PAS tidak akan tutup Tadika Kemas," tegas beliau lagi.

Ustaz Azizan berkata demikian ketika ditemui di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, dekat sini selepas mengadakan pertemuan ringkas dengan Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang sebentar tadi.

Sebuah akhbar harian hari ini melaporkan bahawa PAS Kedah telah mengarahkan Tadika Kemas ditutup dan telah menimbulkan tanggapan negatif terhadap PAS dan ternyata tidak betul. - mr

 

Ustaz Azizan menghadap Sultan Kedah tubuh kerajaan negeri

PDFCetakemel

Terakhir dikemaskini (Isnin, 10 Mac 2008 23:17) Ditulis oleh harakahdaily.net Isnin, 10 Mac 2008 22:42

ALOR STAR, 9 Mac (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak akan menghadap Sultan Kedah, Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah bagi mempersembahkan pemakluman bahawa pakatan PAS dan KeADILan telah berjaya menubuhkan kerajaan baru di negeri ini.

Majlis akan berlangsung pada jam 3.00 petang ini di Istana Anak Bukit, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Syed Unan Mashri Syed Abdullah memaklumkan Tuanku Sultan telah memperkenan menerima menghadap rombongan dari PAS yang diketuai Ustaz Azizan.

Setiausaha PAS Kedah, Haji Yusuf Husin memaklumkan bahawa rombongan ini akan turut disertai semua Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Ir. Haji Phahrolrazi Zawawi, Haji Mahfuz Omar dan Ustaz Haji Hassan Abdul Razak.

Keputusan pilihan raya semalam menyaksikan PAS berjaya memenangi 16 kerusi Dun, KeADILan empat kerusi, masing-masing satu kerusi oleh DAP dan Bebas.

Ustaz Azizan malam tadi dalam sidang akhbar sulungnya berkata, pembentukan kerajaan baru di Kedah ini adalah dengan pakatan bersama parti KeADILan yang memenangi empat kerusi Dun.

"Kerajaan ini adalah kerajaan rakyat, kita akan bekerja ke arah Kedah Sejahtera Untuk Semua," tegas Ustaz Azizan.

Sementara itu beliau menyerahkan kepada persetujuan di peringkat DAP Pusat untuk menentukan sama ada seorang wakilnya, yang memenangi Dun Kota Darulaman untuk menyertai pakatan ini atau sebaliknya, kalau DAP tidak sertai pakatan ini, dia akan jadi pembangkang yang baik, jelas Ustaz Azizan.

Selain DAP, satu kerusi dimenangi telah dimenangi calon bebas, Arumugam Vengatapakoo di Dun Bukit Selambau.

Bagi kerusi Parlimen, BA memenangi 11 dari 15 kerusi dengan enam dimenangi PAS dan lima KeADILan.

 

   

Halaman 8 daripada 9