Berita & Pengumuman

“ماي قدح - mykedah.org” ڤوست معلومت نڬري قدح - Pusat Maklumat Negeri Kedah

Berita & Pengumuman

Kedah mampu tarik pelancong melalui identiti sendiri

PDFCetakemel

Terakhir dikemaskini (Sabtu, 17 Januari 2009 15:54) Sabtu, 17 Januari 2009 15:48

ALOR STAR        - Sejak kurun ke 13, Alor Star telah menjadi ibu negeri Kedah dengan kewujudan beberapa tempat menarik yang menjadi peninggalan sejarah.

Di antara tempat-tempat peninggalan sejarah yang seharusnya menjadi destinasi pelancongan menarik di Alor Star ialah Pekan Rabu, Masjid Zahir dan White Palace yang terletak di belakang Panggung Royal.

Demikian dijelaskan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Azizan Abdul Razak dalam satu sidang media di Pejabat Menteri Besar, di Wisma Darul Aman di sini.

Katanya, suatu masa dahulu White Palace terkenal di seluruh Kedah dengan menu cucur udang dan ais kacang.

Sama juga Sekolah Tenun yang terdapat di Alor Star ketika itu, ia merupakan Sekolah Vokasional yang pertama dibina di Negeri Kedah.

"Dulu orang tak masuk meminang golongan ustazah, tetapi yang menjadi pilihan VVIPs pada masa itu ialah graduan Sekolah Tenun kerana pelajar-pelajar ini memang khas dilatih belajar memasak, menjahit dan menguruskan rumah tangga, "Orang lelaki pula memasuki Sekolah Tukang (Vokasional) di Jalan Pegawai mempelajari ketukangan tangan dan asas-asas binaan," ujar Dato' Seri Azizan.

Menurutnya, Di Cape Town terdapat sebuah kereta kabel yang di bawahnya terdapat restoran menyediakan sajian lobster yang terkenal di seluruh dunia.

"Kita juga boleh menjadikan Tanjung Dawai di Pantai Merdeka sebagai pusat tarikan pelancong sama seperti di Cape Town.

"Kita cuma perlu sediakan menu ketam rebus dan udang goreng sahaja kerana menu yang mudah disediakan itu akan menjadi tarikan utama pelancong-pelancong datang ke situ.

"Di Kuala Kedah ada ikan belacak yang naik pokok sepatutnya juga dijadikan destinasi tarikan pelancongan kepada orang-orang Arab," kata Dato' Seri Azizan.

Beliau turut menjelaskan bahawa di pesisiran pantai Kuala Kedah amat berpotensi disediakan menu gulai ikan keli, kerabu pucuk paku, masakan ikan puyu, cabai ulam putat dan masak cabai sepat benua.

"Ketika saya di Sudan, seorang korporat di situ yang menguruskan 64 cawangan hipermarket memberitahu, beliau mengimpot nenas dari Filipina dan durian daripada Thailand, malangnya produk pertanian daripada Malaysia tidak berjaya menembusi pasaran pasaraya di situ.

"Sekarang orang ramai merungut barang-barang keperluan sangat mahal, sekiranya pengusaha-pengusaha di Kedah mahu menjadikan negeri ini sebagai destinasi tarikan barang-barang murah, saya yakin Kedah bakal menjadi destinasi pelancongan yang menarik di negara ini," katanya.
 

Kerjasama erat,tiada masalah dalam Pakatan Rakyat

PDFCetakemel

Terakhir dikemaskini (Selasa, 30 November 1999 08:00) Isnin, 08 Disember 2008 10:55

ALOR STAR, 8 Dis (Hrkh) - Tiada masalah dalam kerjasama Pakatan Rakyat dan perkara-perkara yang dilakukan sememangnya memerlukan kajian dan pertimbangan memandangkan Pakatan Rakyat baru lapan bulan memerintah.     
      
Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata demikian ketika diminta wartawan mengulas dakwaan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dato' Dr Hasan Ali bahawa sukar mentadbir Selangor bersama KeADILan dan DAP.

"Kita Pakatan Rakyat memang bekerjasama, kalau tidak bekerjasama tak bolehlah 'pukul' Barisan Nasional baru ini dan kita kerjasama nak lawan Barisan Nasional. Di Kedah ini kita atur nak 'pukul' bagi tak bangun dah. Kita akan 'pukul' lepas ini!

"Dia tak payah kerjalah macam mana pun, bagi dia selesai rumah tangga dia dulu. Kita tahu apa mereka buat kerja sekarang ini. Sekarang kita 'silent', tunggu hari kita akan 'pukul' mereka. You settle you punya rumah tangga, kenapa mesti nak kacau rumah tangga orang," tegasnya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Lembu Sempena Hari Raya Korban di perkarangan Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti di sini baru-baru ini.

Ujarnya, banyak perkara yang diputuskan dapat diterima bersama dalam Pakatan Rakyat dan terdapat juga perkara memerlukan masa sesuai untuk dilaksanakan, bagaimanapun pentadbiran dapat berjalan dengan baik.

Menjawab pertanyaan media berhubung tindakan Kerajaan Negeri Kedah berkaitan penguatkuasaan jualan arak, Menteri Besar menegaskan bahawa arak hanya diharamkan kepada orang Islam tetapi tidak kepada bukan Islam.

"Alkohol ini tidak haram pada orang bukan Islam. Yang ada enakmen ini larang bagi orang Islam minum. Kalau dia minum kita perlu ada satu pasukan penguatkuasaan, kekurangan pentadbiran itu akan ambil masa. Lesen-lesen untuk orang bukan Islam hendak minum kita kena berilah, kecuali kalau dia minum arak hingga merosakkan masyarakat, bila dia mabuk di langgar sana sini, itu tidak baik untuk kepentingan awam.

"Sesiapa pun tidak akan benarkan, ada undang-undangnya. Tapi kalau orang bukan Islam hendak minum arak, dia minumlah. Itu hak dia, tetapi hormatlah 'public order'. Orang Islam agamanya melarang, kenapa mesti kita benarkan," ujarnya menerangkan.

Memberi penjelasan lanjut, beliau berkata, umum menuntut untuk melaksanakan banyak perkara tetapi tindakan kerajaan perlu dilaksanakan berperingkat. - mks._
 

Awal cuti Persekolahan

PDFCetakemel

Terakhir dikemaskini (Selasa, 02 Disember 2008 16:55) Selasa, 02 Disember 2008 16:38

Seawal cuti persekolahan yang lalu kita ada menerima beberapa pertanyaan melalui pautan maklum balas yang bertanyakan tentang perkhidmatan feri Kuala Kedah dan beberapa persoalan lain. Kita memohon maaf kerana tidak dapat menjawab pertanyaan tersebut kerana  kekurangan masa 'online' dan maklumat.

kita mencadangkan, apabila pengunjung ada pertanyaan yang memerlukan jawapan segera, sila gunakan ruangan komen.  Dengan cara ini, apabila ada diantara kita yang membacanya  boleh menjawab soalan yang diajukan dengan cepat.

   

Spam di ruangan forum!

PDFCetakemel

Terakhir dikemaskini (Ahad, 16 November 2008 23:39) Ahad, 16 November 2008 22:36

Sebentar tadi saja-saja semak forum walaupun kami tahu ruangan forum tak aktif dan kami pun tak kemaskini.  Tengok bahagian last post ada komen baru. klik sahaja pada link last post tup-tup keluar gambar lucah. Melihat kepada nick yang post ke forum disyaki spam dari robot (robot pun dah pandai register nickname?).

Dari tarikh post tersebut dikirim dianggarkan 2 - 3 hari yang lepas. selama ini sengaja kami biarkan forum tersebut walau ia tidak aktif kerana menganggap mungkin suatu hari nanti pasti akan yang yang akan mengunakannya untuk perkara yang bermanfaat. Oleh itu, kami terpaksa juga menutup ruangan forum agar peristiwa yang sama tidak berlaku lagi.

Bagi pihak laman web ini kami mohon maaf sekiranya ada yang masuk ke ruangan forum dan terlihat post ini kerana ia tidak disengajakan!.

 Sekian. 

 

 

 

Hasil kajian yang dibuat kepada pengunjung laman web ini.

PDFCetakemel

Terakhir dikemaskini (Isnin, 10 November 2008 15:36) Isnin, 10 November 2008 15:19

Bermula dari Selasa 15 julai 2008 undian telah dibuka kepada pengunjung laman ini untuk menilai prestasi Pakatan Rakyat selepas 100 hari mentadbir negeri Kedah, undian terakhir yang diterima adalah pada 4 November 2008 .Terima kasih kepada pengunjung yang membuat undian anda .

Hasil kajian

 

   

Halaman 6 daripada 9