Loghat : koi
Loghat : koi
Terakhir dikemaskini (Ahad, 22 Julai 2007 04:37) Ahad, 22 Julai 2007 04:30
Dalam dialog iklan Perkampungan Hadhari di TV9 yang dilakonkan oleh Mazlan pet pet ada menggunakan istilah koi . Istilah koi dalam loghat utara bermaksud semakin , makin.
Dialog dalam iklan tersebut yang menggunakan istilah koi ialah ' patut la ayaq dalam perahu tu koi penuh, hang berat! ' . Dialog tersebut membawa maksud ' patutlah air di dalam perahu semakin penuh, sebab kamu berat! '.
Contoh lain bagi penggunaan istilah koi ialah ' makcik tengok hang la ni koi kuruih la, tak sihat ka? ' ( makcik tengok kamu sekarang semakin kurus, tidak sihatkah? ' .
| < Sblm | Seterusnya > |
|---|


