Hang
Hang
Terakhir dikemaskini (Isnin, 18 Jun 2007 20:57) Ditulis oleh ikhwan Isnin, 18 Jun 2007 20:45
Hang bermaksud kamu / awak .Penggunaan Istilah ini bergantung kepada masa dan dengan siapa ia boleh digunakan. Contoh penggunaan istilah ini ialah:
"Hang dah solat Asar?" ("kamu sudah solat Asar?")
"Aku nak bagi hadiah ni kat hang" ("Aku hendak berikan hadiah ini kepada kamu")
Istilah hang hanya digunakan apabila bercakap dengan kawan atau orang yang sama atau rendah sedikit tarafnya dalam masyarakat seperti kawan bercakap dengan kawannya. si ayah bercakap dengan anaknya dan seterusnya . Apabila bercakap dengan orang yang lebih tinggi tarafnya, istilah kamu/awak digunakan. Jika menggunakan perkataan hang dengan orang yang lebih dewasa atau tinggi tarafnya ia boleh ditafsirkan sebagai tidak beradab sopan .
| < Sblm | Seterusnya > |
|---|


