Bahasa Kedah: Sen dan kupang
Bahasa Kedah: Sen dan kupang
Terakhir dikemaskini (Isnin, 27 Oktober 2008 01:28) Isnin, 27 Oktober 2008 00:36

Gambar atas: duit syiling 5 Kupang ( Rm 0.50 sen )
Penggunaan sebutan kupang dalam masyarakat di utara semenanjung Malaysia membawa maksud sejumlah matawang dalam unit sen. contohnya RM 0.30 ( 30 sen) di sebut sebagai 3 kupang.
Perkataan ini digunakan secara meluas terutamanya dikalangan orang-orang kampung dan bandar.
Tetapi sekiranya berkunjung ke pasar-pasar besar, juruwang tidak lagi menyebutnya kupang tetapi menyebut sen. Hal ini mungkin kerana lebih memudahkan komunikasi antara penjual dan pembeli-pembeli yang berkemungkinan tidak memahami loghat utara.

Gambar atas: Siput Kupang atau siput sudu
Selain menjadi sebutan kepada nilai matawang, kupang juga merupakan nama kepada sejenis haiwan yang berbentuk seperti kerang.
Nota: Gambar syiling 50 sen diambil dari http://altf4numeric.blogspot.com
Gambar kupang diambil dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Siput_sudu
| < Sblm | Seterusnya > |
|---|


