Bahasa Kedah: Ralit
Bahasa Kedah: Ralit
Terakhir dikemaskini (Selasa, 30 November 1999 08:00) Ditulis oleh ikhwan Isnin, 21 Januari 2008 19:43
Ralit (Sebutan: Gha-leyt)
Ralit dalam bahasa Kedah bermaksud lalai/asyik bergantung kepada masa dan keadaan semasa perkataan ini dituturkan. Contoh penggunaan perkataan adalah:
"Ralit (asyik) bersembang dengan hang sampai tak sedaq hari dah nak magrib" kata Pak Mail kepada Osman yang sudah lama tidak berjumpa.
"Jangan ralit (lalai)... barang yang Puan Rosmah tempah tu mesti disiapkan sebelum 12 haribulan" kata Johari mengingatkan Salleh yang sedang duduk termenung.
Kalau nak tambah, perbetul, bantahan, komen, pertanyaan dan lain-lain sila gunakan ruangan komen di bawah atau emailkan ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
| < Sblm | Seterusnya > |
|---|


