Bahasa Kedah: Piama
Bahasa Kedah: Piama
Terakhir dikemaskini (Isnin, 21 Januari 2008 19:56) Ditulis oleh ikhwan Isnin, 21 Januari 2008 19:46
Piama (Sebutan: pey-ma)
Piama dalam bahasa Kedah bermaksud musim (musim kemarau, musim mengerat padi (menuai padi), musim hujan dan lain-lain musim. Contoh penggunaan istilah ini adalah :
"2 - 3 hari kebelakangan ni angin bertiup dari arah timur, nak mai pema kemarau dah kot...." kata Pak Mail kepada Mak Munah .
Sekiranya anda nak tambah, perbetul, bantahan, komen, pertanyaan, cadangan dan lain-lain sila gunakan ruangan komen di bawah atau emailkan ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
| < Sblm | Seterusnya > |
|---|



Terima Kasih kerana mengingat kembali zaman kecik-kecik dulu, tok wan saya menghitong bulan-bulan
piama ni.
Untuk tatapan pembaca. sekadar yang saya ingat.
1. Kaus (23 Nov - 22 Dis)
Bulan sa untuk mula nak buat bendang.
2. Jadyi (23 Dis - 21 Jan)
Bulan dua piama bendang.
3. Delu (22 jan - 20 Feb)
Bulan tiga piama bendang.
4. Hut (21 Feb - 21 Mac)
Bulan empat piama bendang
5. Hamal (22 Mac - 21 April)
Bulan lima piama bendang. Matahari tegak di atas kepala pada 15 haribulan hamal (6 April.
6. Thaur (22 Apr - 22 Mei)
Bulan enam piama bendang.
7. Jauza (23 Mei - 22 Jun)
8. Saratan 9223 Jun - 23 Jul)
Bintang Kejora/Kartika/Jupiter kelihatan pada waktu subuh di timur.
9. Asad (24 Jul - 23 Ogos)
10. Sumbuluh (24 Ogos - 23 Sept)
Pada 15 hb Sumbuluh (9 Sept)matahari tepat di atas kepala pada jam 12.00 tgh.
11. Mizan (24 Sept - 23 Okt)
12. Akrab (24 Okt - 23 Nov)
Bulan 12 piama bendang.
Dua belas piama menggenapkan setahun.
Tahun-tahun piama pula seperti tahun kelender cina. Mungkin ada perkaitan kot antara Cina dengan
Melayu. Tahun ni pula dalam bahasa Siam. Yang bulan piama tu bunyi macam Arab.
Berikut adalah tahun piama orang melayu.
Cut - tikus
celu - lembu
kan - harimau
thok - pelandok/napoh
merong - naga/ular besar
mesing - ular kecil
memih - kuda
memia - kambing
wok - kera
reka - ayam
cor - anjing
kun - kura-kura
t/k........