Bahasa Kedah : Pederas
Bahasa Kedah : Pederas
Terakhir dikemaskini (Isnin, 21 Januari 2008 19:57) Ditulis oleh ikhwan Isnin, 21 Januari 2008 19:39
Pederas (sebutan : Pe-de-ras)
Dalam bahasa Kedah, Istilah pederas membawa maksud meningkatkan/menambah kelajuan atau bunyi .Maksud pederas berasal dari perkataan deras contohnya:
"Apa yang kecoh-kecoh kat luar tadi tu?" tanya mazlan kepada Fairuz yang muncul di depan pintu . "Tadi ada budak-budak dok main tepi sungai, aku larang depa jangan main tangtu takut-takut terjatuh dalam sungai tapi depa buat-buat tak dengaq saja. Lepas tu aku pun pederas la suara ni, apa lagi.... habih semua lari lintang pukang" kata Fairuz .
"macam mana boleh eksiden ni mid?" tanya Azrul semasa menziarahi Hamid yang terlantar di hospital. "ala... masa nak sampai kat simpang tiga tu aku ingat takdak kereta, aku pun pederas la. Tiba-tiba ada ada kereta yang dipandu laju keluar dari simpang tu. apa lagi gedebanggggg...." sambil tangannya menggayakan aksi pelanggaran tersebut. "tu la.. aku dah pesan banyak kali kat hang, berhati-hati semasa melalui simpang tiga tu.." balas Azrul.
Sekiranya anda nak tambah, perbetul, bantahan, komen, pertanyaan, cadangan dan lain-lain sila gunakan ruangan komen di bawah atau emailkan ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
| < Sblm | Seterusnya > |
|---|


