Bahasa Kedah: Loklaq
Bahasa Kedah: Loklaq
Terakhir dikemaskini (Isnin, 21 Januari 2008 19:57) Ditulis oleh ikhwan Isnin, 21 Januari 2008 19:35
Loklaq (Sebutan: Lok-laq)
Loklaq dalam bahasa Kedah bermaksud sesuatu perbuatan yang tidak senonoh, tidak baik. Contoh penggunaan istilah ini adalah seperti berikut:
"Eeeeiii... loklaqnya budak di meja sebelah kita tu!" Kata Mamat . "Loklaq pasai apa Mat?" Roslan bertanya. "Dia korek hidung sambil bercakap dengan kawan dia..."
"Awat la budak tu cakap loklaq sangat dengan orang yang lebih tua dari pada dia..." keluh Azman.
"Man! lain kali kalau bawak motor tu jangan loklaq sangat, orang kampung dah banyak kali dok mengadu kat ayah pasai hang ni" Kata Hussin kepada anaknya.
Sekiranya anda nak tambah, perbetul, bantahan, komen, pertanyaan, cadangan dan lain-lain sila gunakan ruangan komen di bawah atau emailkan ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
-
|202.170.60.xxx |30-12-2008 08:17:02 En Din - Asal kata Loklaq?Dari mana asal kata Loklaq ni mai? Lok+Laq ada dua suku kata. Lok apa? Laq apa? makasih!
-
|30-12-2008 09:11:55 ikhwanEn Din,
Terima kasih diatas kesudian saudara berdiskusi di sini.
Kami belum tahu asal-usul perkataan loklaq ini dan kami bukan pakar/pengkaji bahasa. Kalau bertanya
pada pakar bahasa mungkin ada jawapan.
Lok + laq mungkin sama seperti suku kata ma + kan iaitu dua suku kata yang membentuk satu perkataan.
bila hanya menyebut lok sahaja tanpa menyebut laq ia tidak menghasilkan apa-apa maksud yang/atau ada kaitan dengan loklaq
Ini cuma pendapat kami sahaja. Untuk penjelasan secara ilmiah dan tepat disarankan En Din rujuk
kepada pakar bahasa.

| < Sblm | Seterusnya > |
|---|



