Bahasa kedah : Kot
Bahasa kedah : Kot
Terakhir dikemaskini (Rabu, 09 Disember 2009 10:55) Ditulis oleh fuadi Ahad, 29 November 2009 10:28
Bahasa Kedah : Kot
Bunyi sebutan - kowd, bunyinya seakan-akan sebutan code ( bahasa Inggeris).
Perkataan ini dituturkan pada ayat-ayat tertentu bagi menggambarkan kemungkinan sesuatu perkara yang berlaku, telah berlaku, sedang berlaku, sesuatu yang tidak pasti dan juga ketika mengharapkankan sesuatu.
Contoh penggunaan perkataan kot adalah seperti berikut:
" kot "Menggambarkan kemungkinan sesuatu perkara yang berlaku -
Hashim : Karim, bas no 7 dak lagi? ( Karim, bas no 7 sudah sampaikah? )
Karim : Belum lagi kot ( Rasanya belum lagi )
" kot " yang menggambarkan penuturnya mengharapkan sesuatu -
Daniel : Hang ni kalau makan kot la nak ingat kat aku sama! ( rungut daniel kepada Farhan kerana tidak simpan sedikit ayam goreng untuknya )
Farhan : Ala... ayam goreng ni sedap sangat, sampai terlupa nak simpan untuk hang ....
Pada masa-masa tertentu makna " kot " hampir sama makna dengan " kalau "
| < Sblm | Seterusnya > |
|---|


