|
Thai atau Siam: Mana lebih tepat? |
|
|
|
Ditulis oleh Ali Bukhari Amir ( harakahdaily.net )
|
|
Jumaat, 03 Julai 2009 09:31 |
|
BERIKUTAN insiden pembunuhan kejam melibatkan 11 orang Islam ketika menunaikan solat Isyak di Masjid Al-Furqan, Kg Air Tempayan, Narathiwat 9 Jun lalu, kita wajarlah menyusun beberapa pelan tindakan berasaskan kebijaksanaan dan keberanian.
Setidak-tidaknya, ada tiga gerakan yang perlu terlibat iaitu gerakan ilmiah melibatkan ahli akademik, intelektual dan pensyarah, gerakan ketenteraan yang melibatkan Ahmad Zahid Hamidi dan rundingan politik melibatkan Menteri Luar Malaysia.
Percubaan awal untuk membincangkan isu ini di Parlimen menemui jalan buntu apabila Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin, di bawah Peraturan Mesyuarat 18(2) sudah pun menolak usul ini untuk dibincangkan segera.
Ahli Parlimen PAS Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria meminta Malaysia mengambil inisiatif memanggil sidang khas Asean dengan segera bagi membincangkan pergolakan itu. Tambah Nasir, 'Malaysia perlu mendesak OIC agar mengiktirafnya sebagai orang tengah bagi membantu menyelesaikan masalah selatan Thailand.
Tetapi, jika tidak salah ingatan saya, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) sudah meminta Malaysia menjadi wakilnya untuk menangani kemelut di Selatan Thai sebelum ini.
Malangnya, tatkala menjawab tuntutan OIC ini, Rais Yatim berkata, bahawa kemelut itu melibatkan masalah hal-ehwal dalaman negara-negara Asean dan negara tidak boleh ikut mencampuri urusan dalaman Thai.
Akhirnya, titik penamatnya berlaku di situ. Mungkin Rais boleh dihubungi semula untuk mengesahkan hal berkenaan.
Libatkan juga Britain
Selain ketenteraan negara, pergerakan intelektual dan rundingan kuasa politik, pihak yang perlu kita libatkan ialah kerajaan Britain sendiri.
Perjanjian Inggeris - Siam 1909 (Perjanjian Bangkok 1909, Perjanjian Anglo Siam 1909) di Istana Raja Thailand, bersama Gabenor Negeri-Negeri Selat Sir John Anderson adalah antara titik tolak yang menyaksikan pemecahan kerajaan Melayu Patani.
|
|
Terakhir dikemaskini pada Jumaat, 03 Julai 2009 09:44 |
|
Baca Lagi...
|
|
|
Jom Ke Karnival Seri Astana 2009 Di Pasar Astana & Home Mart, Bandar Seri Astana, Sungai Petani |
|
|
|
Ditulis oleh Fuadi
|
|
Khamis, 02 Julai 2009 09:48 |
|
Kami menerima email seperti berikut:
Assalamualaikum..
Saya shaifol nizam bin abu bakar, marketing executive di EUPE Kemajuan Sdn. Bhd. di hubungi di 017-5170691.saya merujuk kepada laman web mykedah.org (Apabila anda ada maklumat seperti aktiviti, berita dan lain-lain yang ingin dihebahkan di sini sila kirimkan kepada kami ke adm...@mykedah.org.).
saya ingin menyumbang sedikit berita untuk dihebahkan .
EUPE Kemajuan Sdn. Bhd., anak syarikat EUPE Corporation Berhad akan mengadakan satu karnival seperti yang saya attachkan di email ini:
_____________________________________________________________________
JOM KE KARNIVAL SERI ASTANA 2009, DI PASAR ASTANA & HOME MART, BANDAR SERI ASTANA, SUNGAI PETANI
Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan “Selamat Datang Ke Bandar Seri Astana” untuk para pembeli Parcel C yang baru sahaja mendapat Sijil Kelayakan Menduduki dan kepada masyarakat di luar umumnya. Sebagai mengalu-alukan perpindahan mereka ke rumah baru, kami akan mengadakan Karnival Seri Astana disamping mempromosikan fasa baru kami iaitu Fasa E. Tarikh : 10 & 11 hb Julai 2009 Masa : 8.00 pagi – 6.00 petang Tempat : Pasar Astana & Home Mart Bandar Seri Astana, Sungai Petani, Kedah. Acara- Acara : 1. Kejohanan Futsal Piala Eupe Corp. Bhd 2009 (Musim ke 3) 2. Pertandingan Autoshow Car & Scooter 3. Pertandingan Gubahan Bunga 4. Penampilan Istimewa Orang Tertinggi Dunia-Ijaz Ahmad Selain daripada acara- acara tersebut, pelbagai aktiviti lain juga akan diadakan. Anda dapat membeli pelbagai barangan dari para peniaga yang turut menyertai aktiviti ini dengan harga yang menarik dan menangilah pelbagai hadiah yang ditawarkan sepanjang hari tersebut.
Untuk maklumat lanjut sila klik pada --> KejohananFutsalPialaEupeCorp.Bhd2009.doc
____________________________________________________________________
Terima kasih kepada saudara Shaifol Nizam bin Abu Bakar di atas email yang dikirim oleh beliau.
|
|
Terakhir dikemaskini pada Khamis, 02 Julai 2009 10:28 |
|
Durian Burung pemangkin ekonomi Kedah Timur |
|
|
|
Ditulis oleh Wadiassofi Jaafar Dan Firdaus ( wartakedah.com )
|
|
Rabu, 01 Julai 2009 08:41 |
ALOR SETAR: Projek Trans Eastern Kedah Interland Highway dari Durian Burung ke Kupang, Baling oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Kedah Darul Aman adalah untuk memantapkan rangkaian jalan di Negeri Kedah khususnya bagi menghubungkan bahagian Utara dan Selatan.
Projek ini menghubungkan pintu masuk ke Thailand di Durian Burung dengan Lebuhraya Timur-Barat melalui Baling dan tempoh perjalanan dari Baling ke Durian Burung dapat disingkatkan dari dua jam 15 minit kepada satu jam 30 minit.
Menurut Jurutera Kanan (Bahagian Jalan), JKR Negeri Kedah, Ir. Salleh Othman, projek ini diharap dapat mempertingkatkan 'accessibility' dan menjadi pemangkin bagi membangunkan bahagian Timur Negeri Kedah meliputi Daerah Padang Terap, Sik dan Baling untuk diseimbangkan dengan bahagian Barat yang lebih maju.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taklimat kepada Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, YB. Dato' Ir. Haji Phahrolrazi Haji Zawawi di JKR Negeri Kedah Darul Aman, Jalan Sultan Badlishah, di sini.
"Skop kerja projek ini ialah membina jalan dua lorong dua hala mengikut piawaian JKR R5 sepanjang 115 kilometer dan keluasan keseluruhan koridor jalan yang terlibat ialah 400 hektar," jelasnya.
Beliau berkata, projek ini juga turut melibatkan pembinaan jambatan baru dan pelebaran jambatan sedia ada berjumlah 18 buah dan kerja-kerja penurapan jalan sepanjang laluan serta pembinaan persimpangan dan kerja-kerja perparitan di samping kerja geoteknikal di kawasan berbukit termasuk menyediakan lanskap, perabut dan lampu jalan serta pengalihan kemudahan awam.
Pakej A melibatkan jalan sepanjang 74.3 kilometer, pakej B segmen A sepanjang 6.6 kilomter, pakej B segmen B sepanjang 8.6 kilometer, pakej B segmen C sepanjang 7.2 kilometer, pakej B segmen D sepanjang 9.4 kilometer manakala pakej B segmen E sepanjang 8.6 kilometer.
Pakej A melibatkan jalan sepanjang 74.3 kilometer membabitkan kos kontrak sebanyak RM287 juta dan tarikh siap semasa ialah pada 30 Mac 2010 manakala pakej B segmen A melibatkan jalan sepanjang 6.6 kilometer membabitkan kos kontrak sebanyak RM32,446,045 dan tarikh siap ialah pada 12 September 2009. Bagi pakej B segmen B melibatkan jalan sepanjang 8.6 kilometer membabitkan kos kontrak sebanyak RMRM28,020,610 juta dan tarikh siap ialah pada 15 Disember 2009; pakej B segmen C melibatkan jalan sepanjang 7.2 kilometer membabitkan kos kontrak sebanyak RM24,249,789 juta dan tarikh siap ialah pada 8 Januari 2010;
Pakej B segmen D melibatkan jalan sepanjang 9.4 kilometer membabitkan kos kontrak sebanyak RM40,950,000 juta dan tarikh siap ialah pada 19 September 2009 dan pakej B segmen E melibatkan jalan sepanjang 8.6 kilometer membabitkan kos kontrak sebanyak RM27,210,183 juta dan tarikh siap ialah pada 30 September 2009.
Status pengambilan balik tanah (sehingga 31 Mei 2009) membabitkan jumlah keseluruhan lot-lot terlibat bagi pakej A ialah 686, lot tanah kerajaan (52), lot tidak dituntut oleh pemilik (dianggap sebagai tanah kerajaan) ialah 31, lot-lot baru yang belum bicara (3), lot bermilik yang telah bicara (600), lot bermilik borang G/H telah dikeluarkan (600) dan lot bermilik yang bayaran telah dibuat ialah 598.
Manakala status struktur/bangunan terlibat (sehingga 31 Mei 2009) melibatkan struktur dalam lot bermilik bagi pakej A ialah 293, struktur yang telah selesai bicara (293), struktur yang telah keluar borang G/H (293) dan struktur yang telah dibayar ialah 293.
"Kita meminta Kerajaan Negeri menguatkuasakan ke atas struktur-struktur yang telah dibayar pampasan di sembilan buah di Daerah Sik manakala di kawasan Pedu, pihak JKR terpaksa merekabentuk semula cerun yang akan melibatkan tanah kerajaan negeri (hutan simpan dan meminta Kerajaan Negeri memberi kebenaran untuk memasuki tanah berkenaan di samping meminta agar menyegerakan proses pengambilan balik tanah untuk lapan lot baru bagi mempercepatkan pelaksanaan projek Trans Eastern Kedah Interland highway dari Durian Burung ke Kupang, Baling," jelasnya.
|
|
Terakhir dikemaskini pada Rabu, 01 Julai 2009 08:48 |
|
|
"
mana penjelasan, mana kebenaran. dah ...
baagus utk folio sjrh ni..
assalamualaikum...saya shiela pelajar...
tolong bagi saya tentang balai besar ...